Rabu, 3 Julai 2019

YAHYA Ibn Muadz Ar-Razi mengatakan, “Siapa saja yang mencintai Allah, maka ia pasti membenci dirinya!” Menurut Yahya lagi, siapa saja yang tidak memiliki tiga ( 3 ) hal berikut ini, maka itu bererti ia tidak cinta.
Pertama, lebih mengutamakan firman Allah SWT dibandingkan dengan ucapan manusia.
Kedua, lebih mengutamakan bertemu Allah dibandingkan dengan bertemu makhluk.
Ketiga, lebih mengutamakan ibadah daripada berkhidmat kepada makhluk.

Bukti cinta yang lain adalah tidak menyesal jika ada sesuatu selain Allah yang terlewati. Sebaliknya, ia benar-benar menyesal ketika sedetik berlalu tanpa zikir mengingati Allah dan mematuhi-Nya. Ketika lalai, ia segera kembali kepada Allah dan memperbanyak permohonan agar dikasihani dan diredai. Ia juga akan segera bertaubat!

Salah seorang arif billah menuturkan, “Allah mempunyai beberapa orang hamba, yang mencintai-Nya dan merasa tenteram bersama-Nya. Hilangkah rasa sesal terhadap segala yang telah lewat. Mereka tidak peduli mengurusi diri mereka sendiri, kerana Sang Maharaja mereka. Apa pun yang Dia kehendaki, pasti terwujud. Apa yang menjadi milik mereka Dia sampaikan kepada mereka. Apa yang terlewatkan adalah cara terbaik Dia mengatur mereka. Hak setiap pecinta setelah ia kembali daripada kelalaiannya sekejap mata, adalah menghadap kepada Allah dan siap menerima teguran-Nya.
Ia lalu berdoa, “Wahai Tuhanku! Dengan dosa apa Engkau putuskan kebaikan-Mu daripadaku, Engkau jauhkan aku daripada hadirat-Mu, Engkau sibukkan aku mengurusi diri sendiri dan mengikuti syaitan?"

Ini akan menumbuhkan kejernihan zikir dan kelembutan hati. Dengan begitu, tertutuplah kelalaiannya yang telah lewat. Kecepatannya untuk bersegera kembali kepada Allah akan menjadikan kesempatan untuk berzikir lagi. Zikir yang baru lagi. Hatinya akan kembali jernih.

Selama seorang pecinta tidak melihat apa pun selain Kekasihnya, tidak melihat sesuatu pun kecuali ia sedar bahawa itu berasal daripada-Nya, ia tidak akan pernah menyesal, tidak ragu, dan menghadapi semua kenyataan dengan hati penuh kerelaan. Ia tahu bahawa Kekasih perlu dilihat hanya kebaikan-Nya semata.

Bukti kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah merasa nikmat dalam ketaatan. Ia tidak merasa berat dan tidak merasa lelah dalam ketaatan kepada-Nya. Hal ini seperti pernah diungkapkan oleh orang yang pernah merasakannya: “Aku menderita sepanjang malam. Meski 20 tahun lamanya. Tapi, selama itu pula aku merasakan kenikmatan yang tiada terkira.”

Imam Al-Junaed juga menegaskan bahawa salah satu bukti cinta kepada Allah adalah ketika sesorang selalu giat dan tekun melawan hawa nafsu. Fisikal boleh lelah, tetapi hati tak akan pernah lelah. Kerana itu, seorang sufi berkata, “Beramal atas dasar cinta tak akan pernah diliputi rasa letih. Dan, tak habis-habisnya orang mencintai Allah berbuat taat, walaupun harus menghadapi berbagai rintangan besar.”
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah!

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa asy-Syawq wa al-Uns wa ar-ridha.

Related Posts:

  • malam ni bola heh? redakan tensen...aku bukan le kaki bola... cuma kesian kat dorang yang dapdup dapdup nunggu bola tu je... layan ni dulu sambil tengok bola nanti... MUTHU & HIS MANAGER Manager asked Muthu at an interview : Can you spell a word that has … Read More
  • bonussss!Sasaran dicapai, Zolkples boleh tidur lena hee... tajuk n3 tu tak valid untuk kakitangan awam... tapi dengo crita duit skuloh masuk awal disember ni, so terima le seadanya yea! apa keja pon malah dalam idop kita punyai tuju… Read More
  • hee... tak kedekut, kan?memanjangkan nasihat dari emel yang baru diterima nih untuk kita manfaatkan bersama: Sama-sama kita mengingati Ya ALLAH Ya KARIMYa AWWALYa AAKHERYa MUJEEB SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA........... Siapakah orang yang sib… Read More
  • JAGA encik/cik ROHANInak memanjangkan apa-apa yang telah diperingatkan orang... Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat daripada Campuran Tulang Babi PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Ha… Read More
  • syurga di mana?"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" maksud surah an-Nisa: 36 nak kawin, ibu tak restu... kawin juga! sudahnya tersisih dari kluarga. … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,964

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak