Jumaat, 5 Julai 2019

"تحقق باوصافك يمدك باوصافه تحقق بذلك يمدك بعزه تحقق بعجزك يمدك بقدرته ثحقق بضعفك يمدك بحوله وقوته."
"TUNJUKKAN sifat-sifat (baik)-mu, maka Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tunjukkan kehinaanmu, nescaya Dia membantu dengan kemuliaan-Nya. Tunjukkan kelemahanmu, maka Dia membantu dengan kekuasaan-Nya. Tunjukkan ketidakberdayaanmu, maka Dia membantu dengan daya dan kekuatan-Nya."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al Hikam.

Tunjukkan sifat-sifat baikmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantu dengan sifat-sifat-Nya. Akui sifat! kehinaanmu, nescaya Dia akan memberimu kemuliaan-Nya sehingga kau akan menjadi mulia, bukan dengan dirimu sendiri.

Tunjukkan dan akui saja sifat kelemahanmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantumu dengan kekuasaan-Nya sehingga kau mampu berbuat apa saja, bukan dengan dirimu sendiri.


Tunjukkan ketidakberdayaanmu di hadapan-Nya, maka Dia membantumu dengan kekuatan dan daya-Nya sehingga engkau menjadi kuat dengan kekuatan-Nya, bukan dengan kekuatan dirimu sendiri.
Demikian pula jika kau nampakkan keperluan dan kemiskinan di hadapan-Nya, nescaya Dia akan membantumu dengan kekayaan-Nya.

Seandainya kau duduk di hamparan kehinaan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Mulia, siapa lagi yang memberi kemuliaan kepada yang hina selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di hamparan kelemahan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuasa, siapa yang memberi kuasa kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di atas hamparan ketidakberdayaan kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuat siapa yang memberi kekuatan kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di permaidani kemiskinan dan kesulitan, sambil berkata, "Wahai Yang Maha Kaya, siapa yang memberi kekayaan kepada orang yang miskin selain diri-Mu ya Allah?" Maka, kau akan mendapatkan jawapan-jawapan itu datang berdasarkan kehendak keinginanmu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • KEADAAN SESEORANG KETIKA TERBIT PAGI HARI💚| ORANG ‘Arif ada berkata: “Ketika waktu pagi manusia itu terbahagi kepada tiga keadaan: Pertama: Empunya harta akan merenung dan memikirkan hartanya sama ada lebih atau kurang. Kedua: Empunya amal akan memerhatikan am… Read More
  • KESEIMBANGAN ANTARA TAKUT DAN HARAPAN JIKA ditanya, "Jalan mana yang mesti ditempuh, apakah harus menempuh jalan khauf (takut) ataukah harus menempuh jalan raja' (harapan)?" Maka jawablah begini, "Yang baik itu adalah antara khauf dan raja!" Sebab, ada orang… Read More
  • KURANGI TIDUR DAN BERDZIKIRLAH!!! TIDUR memang misteri. Sebahagaian sufi mampu menjadikan tidur sebagai zikir. Tapi, hatinya tetap terjaga dan sedar bahawa dia sedang bertawajjuh kepada ALLAH. Namun bagi salik, memperbanyak tidur dan tidak berzikir juster… Read More
  • SUCIKAN KALBU DARIPADA NODA DOSA! “ KEADAAN kalbu bagaikan atap rumah. Jika engkau menyalakan api di dalam rumah, asapnya akan membumbung ke atap dan membuatnya hitam. Seperti itu pulalah api syahwat. Ketika api syahwat berkobar dalam tubuh, asap-asap dos… Read More
  • NASIHAT JIWA PENTING SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Wahai anak muda! Seperti yang dikatakan oleh para ulama yang berilmu, "Demi Allah, sekali seseorang dirasuki kedengkian, nescaya dia akan berani melangkah jauh dengan membunuh s… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,776

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak