Khamis, 25 Julai 2019

"لا تدهشك واردات النعم عن القيام بحقوق شكرك فان ذالك ممايحط من وجود قدرك."
"JANGAN sampai nikmat yang berlimpah membuatmu lupa untuk menjalankan kewajiban bersyukur kerana dapat merendahkan harga dirimu."
--Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa kita tidak boleh terpesona dan tidak boleh lalai untuk menjalankan kewajiban-kewajiban bersyukur kepada ALLAH yang telah memberi berbagai macam nikmat.

Salah satu bentuk syukur adalah dengan cara melihat kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak-hak itu. Kita harus bersyukur atas kurnia ILAHI yang setiap saat kita dapatkan. Sikap lalai itulah yang merendahkan harga diri kita sebagai hamba dan makhluk di hadapan KHALIK.

Jangan sampai banyaknya nikmat yang diberikan ALLAH kepadamu membuat dirimu lupa untuk bersyukur kepada-NYA. Jangan sampai pula kau berpandangan bahawa nikmat yang kau dapat itu datang dengan sendirinya sehingga kau tidak mahu bersyukur kepada yang MAHA PEMBERI.

Contoh bersyukur dengan lisan adalah dengan memperbanyak zikrullah, berselawat, dan beristighfar serta memperbanyak wirid setelah solat lima waktu agar diri kita sebagai hamba selalu mampu mengingat kurnia ALLAH yang tiada tara.

-- Syeikh Ibnu Atha'illah Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • JALAN IHSAN SEORANG HAMBA SALAH satu jalan salik mengenali, mendekati dan mencintai Allah adalah dengan muraqabah. Yakni sikap meyakini bahawa kita selalu dalam pengawasan Allah. Tak ada sesuatu pun yang lepas daripada-Nya. Ini adalah konsep ihsan: … Read More
  • CARA MENGUSIR SYAHWAT "لا يخرج الشهوة من القلب الا خوف مزعج او شوق مقلق." "Tiada yang boleh mengusir syahwat daripada hati, kecuali rasa takut yang menggetarkan atau rasa rindu yang menggelisahkan." -- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam. Sa… Read More
  • MUHASABAH UNTUK PEMBAIKAN DIRI ORANG yang berhasil mengalahkan hawa nafsunya melalui perjuangan yang berat dan melelahkan, maka ia dianggap orang hebat dan kuat. Dia akan meraih redha Allah di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang disebut dalam A… Read More
  • KASIH SAYANG ALLAH BOLEH DATANG DARIPADA HAL YANG KECIL SYEIKH Asy-Syibli pernah memberi dua nasihat: 1) Jika ingin merasa hatimu tenang dan tenteram bersama Allah, janganlah engkau turuti hawa nafsumu. 2) Jika engkau ingin dikasihi Allah maka kasihilah makhluk-Nya. Di dal… Read More
  • JOM ZIKIR! BILA2 DI MANAPUN JUA SYEIKH Ibnu Atha'illah mengatakan: "Tidak ada ibadah yang lebih bermanfaat bagimu daripada zikir. Sebab, zikir adalah ibadah yang boleh dilakukan oleh orang tua dan orang sakit yang sudah tidak mampu lagi berdiri, rukuk, … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,905

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak