Isnin, 8 Julai 2019

"تشوفك الي ما بطن فيك من العيوب خير من تشوفك الي ما حجب عنك من الغيوب."

"USAHAMU untuk mencari-cari kekurangan yang tersembunyi di dalam dirimu lebih baik daripada usahamu untuk menyibak tirai ghaib yang terhijab bagimu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Al-Hikam.

Sahabatku, contoh kekurangan yang biasa bersemayam dalam diri adalah sifat riya', tingkah laku tidak sopan, bermuka dua, suka pangkat, dan haus akan kedudukan. Jadi, engkau harus mengarahkan tekadmu untuk menghapus semua keburukan itu dengan riyadhah dan mujahadah, serta berusaha untuk terbebas daripadanya. Upaya ini biasanya harus di bawah bimbingan seorang guru. Langkah rohani semacam ini lebih baik daripada usahamu dalam menelusuri takdir yang terselubung, pelajaran yang tersembunyi, rahsia-rahsia Ilahi, ilmu laduni atau karamah. Sebab, biasanya, dorongan-dorongan seperti itu semua ditunjukkan demi kepuasan dirimu, bukan demi mencari reda ALLAH.

Maka, janganlah engkau mencari semua itu dengan amalan-amalanmu. Jangan sibukkan hatimu dengannya. Jangan pula berhenti di tempat munculnya karamah tersebut, kerana hal itu justeru akan mengurangi ibadahmu.

Sahabatku, ketahuilah olehmu:
"Jadilah pencari istiqamah, jangan menjadi pencari karamah!"

Jiwamu selalu bergerak dan berkeinginan mencari karamah, padahal RABBmu menuntutmu untuk istiqamah. Kerana itu, tunaikanlah hak ALLAH lebih dahulu daripada kau tunaikan keinginanmu sendiri!

Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah!

Related Posts:

  • Kenali dan sayangi Ulama Assalamualaikum.. Ulama hari ini hidup senang di sisi pemerintah... kerosakan dibiarkan maharajalela... Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya d… Read More
  • TIDAK ADA YG KEBETULAN DI DUNIA INI Seorang petani Scotlandia mendengar jeritan anak minta tolong yg datang dari semak belukar dekat rumahnya. Secara spontan dia berlari ke arah suara itu & menemukan seorang anak laki² sedang berjuang keluar dari lumpur … Read More
  • taktik perdaya setan "Tidak semuanya syaitan menyeru akan kejahatan adakalanya ia menyeru kearah kebaikan, Tetapi kebaikkan yang ia seru itu d hiasi dengan Riya ,Ujub serta Takabbur... Inilah Syaitan sesekali tidak akan Redha dengan anak Adam… Read More
  • dengarKan nasihat dan dengarLah nasihat Abu ‘Ashim berkata: Aku pernah bertanya kepada Sufyan, “Siapakah manusia yang sejati?”  Beliau menjawab, “Para ulama.”  Aku berkata, “Siapakah raja yang sebenarnya?”  Beliau menjawab, “Orang-orang yang… Read More
  • Mana yang lebih baik dan lebih besar pahalanya? Jika ada dua orang datang ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ? 1) Pengemis yang memohon sedekah 2) Sahabat yang ingin berhutang PENCERAH… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

357,419

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak