Jumaat, 17 Januari 2020


Imam al-Ghazali menegaskan tentang kepentingan seorang Syeikh, "Seseorang murid perlukan seseorang Syeikh atau Ustaz yang boleh diikutinya, agar Syeikh akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalan syaitan itu pula terlalu banyak dan mudah pula. Sesiapa yang tidak ada Syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya ke arah jalan-jalannya.

Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya ia telah membahayakan dirinya dan membinasakannya. Orang yang bersendirian (tanpa Syeikh) itu adalah ibarat pokok tumbuh sendiri berdaun (rimbun) ia tidak akan berbuah. Maka hendaklah orang yang mengawasi seseorang murid itu ialah Syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap Syeikhnya itu."

Selanjutnya, Syeikh Ibnu 'Athaillah as-Sakandari Rahimahullah juga berpesan, "Sayugialah bagi sesiapa yang telah berazam untuk mendapatkan asuhan agama dan menjalani jalan kebenaran untuk mencari seseorang Syeikh dari kalangan ahli al-tahqiq yang menjalani jalan tersebut, yang meninggalkan hawa nafsunya, yang teguh pendiriannya dalam khidmatnya terhadap Tuhannya. Maka apabila murid itu telah mendapat Syeikh tersebut, hendaklah ia taat terhadap suruhannya dan menjauhi apa-apa yang dilarangnya dan ditegahnya."

Seorang Syeikh melantunkan sebuah puisi,
"Bila engkau berjalan tanpa pembimbing, akan memerlukan waktu dua ratus tahun untuk perjalanan dua hari."

Syeikh juga mengatakan, "Mempelajari Ilmu Hakikat perlu limpahan dari rohani guru. Tak bisa dari sekadar akal melalui ruang seperti ini (pembacaan). Harus dibimbing seorang Guru Mursyid yang sanad ruhaninya/keguruan tidak terputus dengan Rasulullah saw kerana bisa tersesat dengan akal sebagaimana dijelaskan Syeikh Abu Yazid Al-Bustami ” Barang siapa berguru tanpa Mursyid maka wajib syaitan gurunya”. Carilah seorang Waliyam Mursida/pembimbing agar tidak gelap didalam gua jasadmu."

Allah SWT berfirman:
وَتَرَى الشَّمْسَ اِذَا طَلَعَتْ تَّزٰوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِيْنِ وَاِذَا غَرَبَتْ تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِيْ فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۗ ذٰلِكَ مِنْ اٰيٰتِ اللّٰهِ ۗ مَنْ يَّهْدِ اللّٰهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۚ وَمَنْ يُّضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهٗ وَلِيًّا مُّرْشِدًا

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas di dalam (gua) itu. Itulah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa disesatkan-Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 17)

Allah SWT berfirman:
فَسْــئَلُوْۤا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

"maka bertanyalah kepada Ahli Dzikir (orang yang mempunyai pengetahuan) jika kamu tidak mengetahui,"
(QS. An-Nahl 16: Ayat 43)
Sayugia bagi yang belum dikurniakan seorang Syeikh akan ditemukan satu hari nanti. Ikhlaskanlah niat untuk Allah. Allah akan mengurniakan kepada mereka yang benar dalam niatnya. Perbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. serta berusaha ke arah jalan yang terpimpin.

Related Posts:

  • TANDA-TANDA WALI ALLAH DALAM kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyebutkan:  “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hamba-Ku yang mencintai-Ku dan selalu merindukan-Ku dan Aku pun demikian. Mereka suka men… Read More
  • JAUHKAN DIRI DARIPADA PERASAAN IRI HATI DAN DENGKI SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasihat: “Wahai orang-orang yang beriman mengapa engkau merasa iri terhadap tetanggamu yang hidup senang, yang memperolehi rahmat daripada Tuhannya. Tidakkah kau tahu bahawa yang demi… Read More
  • NASIHAT DAN CAHAYA KALBU "CAHAYA orang bijak mendahului ucapan mereka. Ketika cahaya telah terpancar, nasihat itu pun akan sampai." --- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Al-Hikam. Menurut Syeikh Abdullah Syarqawi,  "Cahaya orang-orang b… Read More
  • APAKAH ADA KEBAIKAN DI HATIMU❓ SIKAP sombong, iri hati, dengki khianat, marah, dendam dan bermegah-megahan kadang sering menghiasi diri kita tanpa disedari. Hati kita dikotori sedikit demi sedikit oleh penyakit hati, sebab kita selalu tergoda oleh hawa n… Read More
  • 4 mutiara jiwa dirosakkan 4 perkara DALAM Kitab “Al-Isti’dad li Yaum Al-Ma’ad”, Imam Ibn Hajar Al-Atsqalani menyebutkan ada empat mutiara yang ada di dalam diri manusia, yang akan hilang dan hancur kerana empat hal lainnya, iaitu: Akal, agama, malu dan amal … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,538

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak