Selasa, 19 April 2011

dunia ni terlalu indah untuk dimusnahkan. tapi bila baca artikel ni, layan pulak lagu rabbani 'pergi tak kembali' buat aku rasa dunia ni tak bererti.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain ialah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab ialah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan ialah perkara pertumpahan darah.

...

sebenonya artikel ni masih panjang. aku pon senak perut bila membayangkan keadaan tu. sesapa yang nak tau lebih lanjut, bole dapatkan:-

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

18 zmn org suka mengomen:

Ati Masrif berkata...

memang baguih baca cerita2
macam gini...

sentiasa membuat kita insaf
dan tidak lalai akan suruhan
yang Maha Esa

Miecyber berkata...

Insaf dan seram...

China miliki 960,000 jutawan


Bolehkah kita bertukar bloglist ?

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Aku rasa sesiapa pun senak perut nak bayangkan keadaan tu.

munna berkata...

INSAF DAN BUAT PEDOMAN DGN ENTRY INI

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

elok di jadijadikan dalam bentuk nota kecik bagi kat ahli parleman ni

sud@is berkata...

muhasabah diri..sgt ciput amalan untuk bekalan

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Menilai diri adakah selamat dari neraka dan azab Allah SWT..

Kakzakie Purvit berkata...

Sesungguhnya mati itu benar dan kiamat itu benar...

Banyak article sebegini harus dipaparkan buat umat sejagat sebagai peringatan agar sentiasa sedar bahawa hidup kita sementara saja dan ada perhitungan di akhirnya kelak.

Unknown berkata...

bila memabaca artikel macam ni... rasa insaf dlm diri....

Aku Anak Pahang berkata...

tak dapat nak kita bayangkan semoga kita dibawah lindungannya jua insyaallah.

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Mekasih beri peringatan..
Manusia kena selalu diingatkan ttg hari pembalasan..

Tanpa Nama berkata...

thnks mengingatkan :)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

elok sangat kita selalu membaca kisah alam ghaib ini supaya kita sentiasa muhasabah diri

Nizam Awang Brahim berkata...

Beribadah lah seolah2 kite akan mati esok...

Sham berkata...

perghhh tak boleh nak bayangkan weh...seram...!

Unknown berkata...

dulu kecik2 penah dengo bila ustaz bg ceramah...tp dh lama2 cepat ngat lopenya..
Mmg elok aok buat artikel ni..bio sesama kite beringat..

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

Ati Masrif: tolong sambung peringatan orang kat kita

Miecyber: nak peringat diri sendiri ni

azrina: semoga kita selamat le di waktu itu...

munna: sesekali kena ingatkan diri kita ni juga

brutalsolo: ko copy terus je emel dak parlimen heeee

S.U..D..@..I..S: saling mengingatkan...

Abd Razak: semoga Allah SWT melindungi kita daripada azab-Nya

Kakzakie: dalam seronok berblog sesekali kena peringatkan diri kita dan kengkawan kita ni

alimaz kembara terasing: moga bertambah amalan kita

akuanakpahang: ya Allah selamatkan kami pada hari yang tiada lagi waktu untuk kembali beribadah kepada-Mu

Cik SHiNJU: berkongsi ingatan

iszieylyanziy: supaya sesama kita tak lalai

kak Werdah: ketakutan akan membawa kita kepada ketakwaan kepada Allah

Jejaka Desa: orang yang sokmo ingat mati, orang yang cerdik

Sham: moga kita tak dilalaikan dengan keduniaan

Yastro: koi tolong ingatkan diri dan kengkawan juga

Woofer Storm berkata...

menakutkan suasana diambang hari kiamat ni..ermmmm moga2 kita diterpatkan diklangan orang beriman..amin

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak