Isnin, 18 April 2011

memanjangkan peringatan yang menakutkan:

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya, "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagungan-Nya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

14 zmn org suka mengomen:

Miecyber berkata...

Sungguh menginsafkan....

Ikan Patin Temerloh

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

semoga amalan kita cukup menghadapai hari pembalasan ini

saharul berkata...

Subhanallah....Allah maha besar . Semoga kita mendapat tunggangan utk bergerak ke perhimpuan besar...

BZ berkata...

Subhanallah!ALLAHUAKBAR!!

zulkbo berkata...

salam..
SUBHANALLAH..
maha suci Allah yang menjadikan
langit dan bumi dan di antaranya..

Unknown berkata...

seram plak baca entry ni

kakibiskut berkata...

ya Allah, ringankanlah hisabmu terhadapku..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Cemomoi

Kena banyak2 muhasabah diri ni..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam, dengor namanya aje dah ketor :(

Cik SHiNJU berkata...

Manusia kena selalu diingatkan pasal hari kiamat nih..Baru gerun sket nak buat dosa..Mekasih mengingatkan..

Asmi Asmidar berkata...

memang dasyat .astagfirullahalazim .

nadbaptist berkata...

Assalammualaikum cemomoi,

sudah bersiap-siap ke kita ini??entah hari ini, esok sape yg tahu..terima kasih atas peringatan.

Unknown berkata...

As salam....
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa."

Sungguh menginsafkan...Aku ini hanyalah hambaMU yg kerdil, semoga aku sentiasa ingat padaMU ya Allah..

dyea irdina berkata...

Ya Allah..peringatan yg bagus unt sesama manusia..semoga aku tak lalai dlm menjadi ummat mu..semoga keturunan ku terus dgn agama mu berpegang pada ajaran mu..biar kami bersama berjumpa semula dlm syurga..amin

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak