Jumaat, 5 Julai 2019

"تحقق باوصافك يمدك باوصافه تحقق بذلك يمدك بعزه تحقق بعجزك يمدك بقدرته ثحقق بضعفك يمدك بحوله وقوته."
"TUNJUKKAN sifat-sifat (baik)-mu, maka Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tunjukkan kehinaanmu, nescaya Dia membantu dengan kemuliaan-Nya. Tunjukkan kelemahanmu, maka Dia membantu dengan kekuasaan-Nya. Tunjukkan ketidakberdayaanmu, maka Dia membantu dengan daya dan kekuatan-Nya."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al Hikam.

Tunjukkan sifat-sifat baikmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantu dengan sifat-sifat-Nya. Akui sifat! kehinaanmu, nescaya Dia akan memberimu kemuliaan-Nya sehingga kau akan menjadi mulia, bukan dengan dirimu sendiri.

Tunjukkan dan akui saja sifat kelemahanmu di hadapan Allah, nescaya Dia akan membantumu dengan kekuasaan-Nya sehingga kau mampu berbuat apa saja, bukan dengan dirimu sendiri.


Tunjukkan ketidakberdayaanmu di hadapan-Nya, maka Dia membantumu dengan kekuatan dan daya-Nya sehingga engkau menjadi kuat dengan kekuatan-Nya, bukan dengan kekuatan dirimu sendiri.
Demikian pula jika kau nampakkan keperluan dan kemiskinan di hadapan-Nya, nescaya Dia akan membantumu dengan kekayaan-Nya.

Seandainya kau duduk di hamparan kehinaan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Mulia, siapa lagi yang memberi kemuliaan kepada yang hina selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di hamparan kelemahan, lalu kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuasa, siapa yang memberi kuasa kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di atas hamparan ketidakberdayaan kau katakan, "Wahai Yang Maha Kuat siapa yang memberi kekuatan kepada yang lemah selain diri-Mu?"

Saat kau duduk di permaidani kemiskinan dan kesulitan, sambil berkata, "Wahai Yang Maha Kaya, siapa yang memberi kekayaan kepada orang yang miskin selain diri-Mu ya Allah?" Maka, kau akan mendapatkan jawapan-jawapan itu datang berdasarkan kehendak keinginanmu."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


Rabu, 3 Julai 2019

jun 2001
tamat zaman bujang aku.

tinggalkan dunia glemer kengkawan pompuan. zaman tu setiap kali balik dari asrama ke kampung mesti ada surat sampai... gamaknya cemuih posmen nganto. sebahagian surat tu masih aku simpan sebagai koleksi peribadi... kikiki... bini jangan la marah, bukan nak dok kenangkan awek2 lama tu, sekadar khazanah peribadi yang mungkin takan berulang lagi.. lagipon zaman masuk melinium ni, mana ada lagik surat cinta, kan...


(saja blurkan pic ni... ni draf surat cinta terakhir kat awek yang telah memfrustkan aku... kunun2 nak anto kat dia, sudahnya peram je la... hik3x)

pnah gak aku mintak kat satu ex-awek tu surat-surat aku dulu. pasal dia kabo masih simpan lagi yang aku anto tu.. bukan apa, sume surat aku besanya akan ada kartun kat ujung surat sebagai penyeri dan tambahan info. setiap surat takan sama ideanya.. kalu bule nak cuba retrieve sume surat2 tu dan matchkan dengan surat yang aku dapat... rentikan laaaa

aku pon tak tau sampai bila nak simpan. bukan kerana sayang pada kenangan tapi memikirkan tentang nilai pada hari depan. kekadang, kita rasa takde nilai pada hari ini, tapi pada masa akan datang akan berguna dan orang yang melihatnya akan mengkaji dari sudut pandang berbeza.

setiap dokumen atau artifak akan mempunyai nilai sejarah, perundangan atau nilai-nilai kemanusiaan lain seperti psikologi yang mungkin kita tak sedari. sebab tu mat salih banyak menyimpan menda-menda gini dan dorang sangat menghargainya.


Seorang wartawan Syria pernah menulis mengenai kemewahan hidup orang Arab. Kata beliau, di tahun 80-an, orang Iraq terkenal dengan kemewahan makanan dan cara makan mereka. Jika mereka makan, akan dipastikan di atas meja dipenuhi makanan terlebih dahulu, bila mereka bangun dari meja makan, apa yang baki dianggap sampah kotor walaupun mereka belum menyentuhnya. 

Demikian juga di Syria, aku melihat seorang wanita sedang membeli roti, dan dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa biji roti itu jatuh ke tanah. Beliau langsung tidak mengambilnya walaupun beliau mengetahuinya. Betapa mewahnya dan sombongnya bangsa Arab dengan makanan mereka.

Aku belum lagi bercerita mengenai cara makan orang Teluk, mereka makan bagaikan raksaksa dan membuang sewenang-wenangnya. Kini, orang Iraq dan orang Syria terpaksa makan roti kering yang mereka jumpa di atas tanah. Antara sebab mereka jadi begitu kerana mereka tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. 

-Ibrahim Al-Khuki-

Kita juga khuatir, hari- hari gelap buat orang Melayu tidak lama lagi akan kunjung tiba dan pada masa itu, kita akan menanggungnya. Tidakkah kita merasa berdosa kepada anak-anak kita, generasi akan datang kita lantaran khianat dan sombongnya kita dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT..?

Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, "Pihak DBKL perlu mengurus sampah makanan 4 kali ganda lebih banyak dari hari biasa di bulan Ramadhan". Bidaah apakah yang sedang kita lakukan ?

Jika nak salahkan syaitan, mereka sedang dirantai pada bulan Ramadhan, maka makhluk yang sebenarnya bersalah adalah diri kita sendiri. Allah SWT pernah berfirman, "Jika engkau mensyukuri nikmat itu, pasti Aku akan tambah, jika engkau kufuri, ingatlah azab Aku amat pedih".

Kita melihat lelaki atau wanita bila makan di kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis. Cuba lihat kalau makan di kenduri kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.
Dah menjadi tabiat kita yang tamak, ambil dalam kuantiti yang banyak, tak peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?

Tidakkah kita malu pada makanan, rezeki yang Allah sediakan depan mata kita? Adakah disebabkan makanan itu percuma, kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang kita hanya melihat tanpa rasa berdosa? Makan roti buang kulit, makan cuma secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan hanya secubit dua. Betapa sombong nya kita! Pada rezeki kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?

Nilaikan diri kita sendiri, adakah binatang yang makan sisa dan tak punya akal fikiran itu, lebih baik dari kita, manusia yang dilahirkan sempurna akal fikiran? Bangkitlah wahai bangsaku, perangi diri kita sendiri. Binalah semula saki baki jati diri yang lama kita lupakan itu. Masih belum terlambat. Buanglah ego kita wahai bangsaku..

Jika kita masih leka, hari-hari mendatang amat perit untuk kita semua lalui, bersedialah dari sekarang untuk meredah ranjau duri yang kita sendiri cari..

Mohon didiklah diri dan anak-anak kita, jangan pandang remeh hal yg kecil di mata kasar kita...sebenarnya amat besar di mata dunia!

YAHYA Ibn Muadz Ar-Razi mengatakan, “Siapa saja yang mencintai Allah, maka ia pasti membenci dirinya!” Menurut Yahya lagi, siapa saja yang tidak memiliki tiga ( 3 ) hal berikut ini, maka itu bererti ia tidak cinta.
Pertama, lebih mengutamakan firman Allah SWT dibandingkan dengan ucapan manusia.
Kedua, lebih mengutamakan bertemu Allah dibandingkan dengan bertemu makhluk.
Ketiga, lebih mengutamakan ibadah daripada berkhidmat kepada makhluk.

Bukti cinta yang lain adalah tidak menyesal jika ada sesuatu selain Allah yang terlewati. Sebaliknya, ia benar-benar menyesal ketika sedetik berlalu tanpa zikir mengingati Allah dan mematuhi-Nya. Ketika lalai, ia segera kembali kepada Allah dan memperbanyak permohonan agar dikasihani dan diredai. Ia juga akan segera bertaubat!

Salah seorang arif billah menuturkan, “Allah mempunyai beberapa orang hamba, yang mencintai-Nya dan merasa tenteram bersama-Nya. Hilangkah rasa sesal terhadap segala yang telah lewat. Mereka tidak peduli mengurusi diri mereka sendiri, kerana Sang Maharaja mereka. Apa pun yang Dia kehendaki, pasti terwujud. Apa yang menjadi milik mereka Dia sampaikan kepada mereka. Apa yang terlewatkan adalah cara terbaik Dia mengatur mereka. Hak setiap pecinta setelah ia kembali daripada kelalaiannya sekejap mata, adalah menghadap kepada Allah dan siap menerima teguran-Nya.
Ia lalu berdoa, “Wahai Tuhanku! Dengan dosa apa Engkau putuskan kebaikan-Mu daripadaku, Engkau jauhkan aku daripada hadirat-Mu, Engkau sibukkan aku mengurusi diri sendiri dan mengikuti syaitan?"

Ini akan menumbuhkan kejernihan zikir dan kelembutan hati. Dengan begitu, tertutuplah kelalaiannya yang telah lewat. Kecepatannya untuk bersegera kembali kepada Allah akan menjadikan kesempatan untuk berzikir lagi. Zikir yang baru lagi. Hatinya akan kembali jernih.

Selama seorang pecinta tidak melihat apa pun selain Kekasihnya, tidak melihat sesuatu pun kecuali ia sedar bahawa itu berasal daripada-Nya, ia tidak akan pernah menyesal, tidak ragu, dan menghadapi semua kenyataan dengan hati penuh kerelaan. Ia tahu bahawa Kekasih perlu dilihat hanya kebaikan-Nya semata.

Bukti kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah merasa nikmat dalam ketaatan. Ia tidak merasa berat dan tidak merasa lelah dalam ketaatan kepada-Nya. Hal ini seperti pernah diungkapkan oleh orang yang pernah merasakannya: “Aku menderita sepanjang malam. Meski 20 tahun lamanya. Tapi, selama itu pula aku merasakan kenikmatan yang tiada terkira.”

Imam Al-Junaed juga menegaskan bahawa salah satu bukti cinta kepada Allah adalah ketika sesorang selalu giat dan tekun melawan hawa nafsu. Fisikal boleh lelah, tetapi hati tak akan pernah lelah. Kerana itu, seorang sufi berkata, “Beramal atas dasar cinta tak akan pernah diliputi rasa letih. Dan, tak habis-habisnya orang mencintai Allah berbuat taat, walaupun harus menghadapi berbagai rintangan besar.”
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah!

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa asy-Syawq wa al-Uns wa ar-ridha.

Selasa, 2 Julai 2019

Terdapat TIGA jenis minuman berasaskan kurma di zaman Rasulullah SAW:


Pertama: Kurma direndam dalam air kosong pada waktu pagi dan diminum pada waktu petang atau sebaliknya. Inilah yang dinamakan NABIZ
Kedua: Kurma dihancurkan atau diramas, kemudian dicampur air kosong. diminum sama ada ditapis atau tidak.
Ketiga: Kurma direbus dgn air kosong sehingga air mengering sekadar separuh atau dua pertiga. kemudian disejukkan dan diminum.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Saya petik daripada
*Fb: Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah*

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- malam yang lepas kami bertemu.
- dia datang ke rumah saya.
- dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
- rumah Flat di Sentul

Tuan²...Subhanallah..
- apa kisah hidup dia ni?
- Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
- kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
- tuan² apa yg berlaku?
- kawan dia ni sentiasa hina dia.
- Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
- tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
- anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
- dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
- jumlah RM 6 ribu sebulan.

- Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
- lebih mulia dari saya.
- dia hanya sapu sampah... Allahuakhabar...
- tapi hati dia mulia.
- tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
- agak² lah apa yang dia buat?
- dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
- tolong bayar duit deposit rumah.
- cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

- tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
- satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
- org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
- anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
- tp dia kata : "ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."

- apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
- anak dia tak pernah sakit tuan².
- kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
- zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
- bak kata orang cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Kalau menunggu flight tanpa tiket , pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.
Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud
Bagaimana pula dengan manusia...yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang




#ingatanUntukDirisendiri
_🦅tariee🦅_

Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?

1. Perbanyak membaca al Quran.
2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.
3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.
4. Melazimi membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.
6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.
7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.
8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.
9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.



10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.
11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.
12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.
13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.
14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:
"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak