nak memanjangkan apa-apa yang telah diperingatkan orang...
Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat daripada Campuran Tulang Babi
PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog. Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggan mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu, saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu. Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ia bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan moden.
Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggan mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari China tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya. Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, "kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri di kilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur. Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberitahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskelator untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggan dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memiliki pinggan berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempat itu ingatan serta-merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggan keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggan itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggan mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini, kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya. Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan akidah kita.
babi lagik!!!
Rabu, 14 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 zmn org suka mengomen:
kalau makan sup dalam pinggan tu dah tentu serupa makan sup tulang babi. Terima kasihlah atas maklumat dema te.
Sepatutnya pihak yg bertanggungjawab wajib lebih prihatin bender gini..kita sebagai rakyat dan pengguna terkadang bukan sekadar terlepas pandang bahkan terkadang tak tau lalu. Kalau dah tau bender babi gitu usah di import kemari jauh sekali dibenar dijual dipasaran.
aduh, hampir semua barang nak dicampurkan. habislah kita
terima kasih atas maklumat, ni yg sedih, kitepun ade jugakle buat collection Royal Albert tu hukhukhuk
kuat betul moto tu bwk 2 ekor babi sekali gus..hehe
Salam...
sya ade dpt emel pasal ni dulu...
dah pesan kat mak n kakak2 yg suke beli set pggan mgkuk tu jgn beli..sya sdiri x berduit,jd kecenderungan utk beli set2 pggan mgkuk ni mmg krg la..
gitulah kalau bangsa kita cuma tau membeli dan mgguna...xleh nk salahkan pengilang,deme buat ikut cara deme...ade ke pengusaha pggan mgkuk bumiputera erk?
takut plak smpi bnde cmni pn ad kes haram..aish~
haha.. besor gile babi tu..
Salam...
Pakai pinggan dan cawan besilah pasni...
t kasih weh bkongsi info. Allah selamatkan aok sekeluarga mlalui 'akak' tu.
macamana beringatpun, kdg2 kita keliru juga masa membeli. walaupun kome pakai pinggan mangkuk muroh keknyer manalah tau anok cucu nanti...
hahaha...pakai plastik punya pun apa salahnya...kan?hehe..yg penting halal dan selamat~
Latest post:Aku malu!!
uih bahaye ni...
pasni pakat pakai pinggan besi..
koi setuju kate aok te,kena buat pemantauan beriyer
iskhh..iskkh...kebahayaan nih..
salam wehh..
sama hati la kita ni..
koi pun ada buka entri yang sama sebelum ni..moleklah benda yang baik kita war-war kan buat pengetahuan ramai...
http://zulkbo.blogspot.com/search?q=pinggan+kita+berpinggan+halalkah
salah link la pulok tadi..
ni yang betul..kut kita sesama kongsi
info...
http://zulkbo.blogspot.com/2010/06/hidangan-kita-ber-pinggan-halalkah.html
assalamualaikum:
endiem: baru betui makan sup ayam berperisa babi
akuanakmalaysia: 1malaysia bule kongsi belaka kita yang naya
ampuan awang: rosak iman kita punah anak cucu kita...
kak noorlara: jejaga le kot-kot ander pulok
oldtrafford: rasanya moto hok gini honda je yang tahan ngangkat getah buku
cik shinju: setuju, sebab kita terlalu bergantung dengan orang le kita dibuli dek orang
macy: lorh kena pakai pinggan pakai buang nampoknya le
hamzah: mehei tu, sekelo brapa hengget gamaknya...
abd razak, rasanya kalu tempurung tu lagi cantik kot kalu dibuat elko-elok
abgpie: semoga kita semua beroleh kesejateraan dan keselamatan dunia dan akhirat
iqbal: melamine laku balik le lepas ni yea
mazru: pejabat agama bukan berani nak isytihar nama syarikat yang buat tak senonoh ni.. tu masalohnya
mahira oya: memang kedengerousan
zulkbo: bagus le ter saling mengingatkan dan memanjangkan nasihat yang baik
Catat Ulasan