Rabu, 23 Jun 2010

dalam perjalanan nak g kija, tersekat sedikit dek kesesakan yang agak asing kat satu jalan u-turn yang biasanya orang cross secara salah. berdasarkan kesesakan tersebut, aku jangkakan mesti eksiden berlaku. dan firasat aku betul bila melihat sepasang kaki terlentang dan diapit orang dua orang. sorang lelaki, polis manakala di sebelah kanan kepalanya seorang wanita. tangan aku mula memegang kamera... sambil berfikir tentang penunggang motor yang terbaring di sisi wanita - isteri dia ke? tetiba tak jadik aku nak amik gambar bila lihat mukanya berlumuran darah dan agak mengerikan kalu tak salah penglihatan aku, lukanya merobek muka hingga ke hidung. ya Allah! aku terjerit terus mengungkapkan nama tersebut berkali-kali. ya Allah! betui ke aku nampak ni, hidungnya dah hilang... mengeleng-ngeleng kepalanya menahan sakit. ya Allah! sepanjang jalan aku dok teringat lagik dan terbayangkan cermin belakang kereta kompak yang pecah. tu yang menyebabkan terbatalnya niat aku nak amik gambo tu.

...

alih topik

tentang hikmah buah kurma... tak lama nak posa, kan? ni satu emel yang dok crita tentang penggunaan kurma dalam perubatan.

Ubat selsema babi

Salam... saya baru balik dari thailand. saya ke pulau temelang dan ban tun. apa yang saya nak kongsikan ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.

bahan2nya adalah:

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya:

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

wallahu a'lam. heee, sapa yang suka minum air kelapa, cuba le kot bule menambahkan perisanya. untuk beberapa kelebihan kurma ada masa nanti insyaallah akan menyusul.

13 zmn org suka mengomen:

sahromnasrudin berkata...

salam..kalau betul itu isterinya saya tumpang simpati..semoga wajahnya tidak apa2 dan jika ada apa2pun, semoga suaminya setia menjaganya :-(

zulkbo berkata...

salam..
alhamulillah
tiada penyakit
tanpa ubat
agaknya ini
la penawar yang
di cari selama ni

Mimie.Candy Cane berkata...

ishh...koi yg membace nye pun berkerut2 dahi...kalo tengok boleh pitam agaknye..


nti boleh try minum air kelapa dengan kurma tu.selain rasa sedap,boleh ubat penyakit...yer dok..wallahualam.

CekWa berkata...

air kelapa mmg penawar...best jugak dgn kurma, thanks...

Unknown berkata...

er...napew ada gambar babi tu!hehehe

Saya tak penah tgok accident dan arap2 takkan tengok!huhuhu...ngeri~

saya suka kurma!!lagi2 yg free~hehehehe

Abd Razak berkata...

Salam...

Kebiasaannya saya blend kurma dengan susu...sedap :)

Nanti nak cuba cara sdra buat tu..

shameel Iskandar berkata...

Ttg kemalangan itu, moga kecederaan lelaki itu mampu dirawat dan pulih spt sediakala dan kpd pengguna jln raya( trmasuk kita) wajar berwaspada slalu. kecelakaan boleh menjelma bila2 masa sahaa di atas jalan raya.

Tt kurma, ada satu hadis ttg khasiatnya . Naib s.a.w berpesan agar memakan 7 biji kurma Ajwah utk mengelakkan keracunan dan sihir. ia ada diulas oleh Ustaz Mohammad Nor bin Mansur al-hafiz, YDP Persatuan ulama malaysia cawangan perak, juga merangkap imam besar masjid negeri perak

mr.kordes berkata...

siannya org eksiden tu...

kurma dgn air kelapa mmg mknanan dan minuman yg hebat!

Aku Anak Pahang berkata...

Kawan x penoh rasa lagi air kelapa campo kurma mungkin best agaknya lepas nie boleh try dan boleh jadi penawar TQ info menarik.

Acik berkata...

Salam..
Resepi tu boleh cuba waktu berbuka.. letak ais ketul sikit tentu, nyaman!

Seksa betul babi2 tu..

Tanpa Nama berkata...

suka air kelapa.. tak suka kurma.. taknak kena.. huk3

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

sahrom: rasanya pompuan tu driver kereta sebab dia seperti sedang memujuk mangsa yang terbaring tu... ish, masih terkenang-kenang penderitaan lelaki tu

zulkbo: harapnya begitu le, kurma ni disebut dalam Quran ketika maryam melahirkan nabi Isa, Allah menyuruh beliau memakan buah kurma

mimie: semoga orang tu selamat le.

kalu sdap air klape tu bule jual tepi jalan tu

cekwa: gitu le gayanya mengikut perubatan melayu campur pulak kurma yang banyak khasiat tentu lebih power

iqbal: keterangan gambar menunjukkan penyebaran selsema babi bila babi kat bawah tu sibuk bercium manakala yang di atas tu senang mencarik-carik napas terakhir sebelum di bawa ke pasar (tau dah, memang tak slamat)

aku pon tak suka berenti nak tengok eksiden, kang takut takleh tido... yang ni pon dok terbayang-bayang lagik

ada memmber tanya makan apa yang paling sedap? makan freeee... kurma free kat masjid time posa banyak le

abd razak: waaa terima kasih, bule test menu tu nanti

shameel: setuju tu, t insyaallah ada lagi kot tentang n3 kurma ni

pakcik kordi: heee orang posa je kata kurma sedap, sebab tu kurma laku dalam bulan posa je

akuanakpahang: koi pon tak pnoh rasa cuma memanjangkan crita orang je ni, sesama le kita acu cuba try test

acik: nyamai kata orang sarawak

babi tu memang sik nyamai
.
macy: wooo ada sikit persamaan dan ada sikit perbezaan, suka air kelapa tapi suka juga kurma

Mia Liana berkata...

hmmm.. info yang menarik. tak terfikir pula. gambar naik motor bawa b_b_ tu... leh pulak muat sampai 3 sekali bawak... pening gak..

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak