Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, ketika dia membalikkan badannya sambil menyebut "Allah!" maka kata malaikat kepadanya: Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya: (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian, berdoalah pakaian: (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut: (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba: (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang, berdoalah air itu: (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang, berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah, lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya, maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
tido bulan posa pon dapat pahala?
nak banyak lagi pahala, tido la kat semejid tapi jangan lupa niat iktikaf dulu
Sabtu, 14 Ogos 2010
Ogos 14, 2010
terokai seni
zikir
13 comments
Related Posts:
YA! JADIKAN AL-QURAN TEMAN DI DUNIA DAN PENOLONG DI AKHIRAT *Berkata Ibnu Solah:* "Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia." *Berkata Abu Zanad… Read More
KELIHATANNYA KAU SEDANG MEMUJI ALLAH, PADAHAL SEBENARNYA KAU SEDANG MEMUJI DIRIMU KISAH Syeikh Abu Yazid Al-Busthami, yang Insya- Allah, dapat kita ambil pelajaran; di samping seorang sufi, Syeikh Abu Yazid juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang murid yang rajin mengi… Read More
DOA INDAH RASULULLAH SAW "YA ALLAH, anugerahilah kami rasa takut kepada-Mu yang menjadi penghalang antara kami dan maksiat-maksiat kami, dan anugerahilah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menghantarkan kami kepada syurga-Mu, dan anugerahilah kami … Read More
DOA CINTA AJARAN NABI DAWUD A.S. MARI kita warnai media sosial dengan kesejukan batin dan kejernihan akal. Hindari kisruh, caci-maki dan konflik sesama saudara sendiri. Lalu, cambuk penyakit hati dan kebutaannya dengan doa ini. Mari bangkitkan rasa cinta k… Read More
TANAMKAN ZIKIR DALAM LISAN & KALBUMU! SYEIKH Ibnu Atha'illah mengatakan: "Tidak ada ibadah yang lebih bermanfaat bagimu daripada zikir. Sebab, zikir adalah ibadah yang boleh dilakukan orang tua dan orang sakit yang sudah tidak mampu lagi berdiri, rukuk, dan s… Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 zmn org suka mengomen:
Maka memang banganglah mereka yang mengaku Islam tapi tak mahu berpuasa. Mudah-mudahan kita semua dipeluhara dan diberi kekuatan luar biasa di bulan mulia ini.
tdo dalam kelas niat iktikaf bleh? hehee
SubahanAlllah.. banyak sungguh fadhilat Ramadhan kareem
selamat berpuasa cik cemomoi =)
melampau ngat laki dia tu...:)
Terima kasih berkongsi info yang baik ini. Tidur pun boleh dpt pahala sekiranya kita berpuasa itu belum bender lain.. benarlah bulan ramadhan ini penuh kerahmatannya amin.
sgt mudah nk beroleh pahala... nk atau tak je... niat baik pun da tercatat pahala =)
salam ramadhan..
Subhanallah, Allah memang benar-benar Maha Pemurah. Apa yang dilakukan seorang muslim dikala Bulan Ramadhan, semua benda yang digunakan, berdoa untuk orang muslim tersebut.
begitulah kehebatan bulan ramadhan, tidur pun dapat pahala. sebab tu bulan ramadhan layak digelar pesta ibadat. Tapi ramai yg lupa dgn mnejadikan ramadhan sebagai pesta juadah
salam..tidur waktu tengahri lagi besar pahalanya kan
salam,
selamat menjalani ibadah puasa moga ramadhan ini meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita jua..
assalamualaikum:
penat menjawab sampai tengah malam, hilang pulok...
noorlara: memang bingai le tu, tambah yang ngaku tak posa dengan bangganya dan makan di khalayak
ain: niat blajo kerana Allah pon dapat pahala cuma niat iktkaf hanya kat tempat solat jumaat didirikan kalo surau je pon tak aci le
ligh of happiness: sesama le kita moga dirahmati di bulan barakah ni
cemomoi tu memang nama gadis pinggitan tapi saya lelaki tulin
abgpie: asyik tido je tu le jadiknya bangun je mamai...
akuanakpahang: semoga kita mendapat rahmat dan pahala atas apa yang kita usahakan sepanjang ramadhan ini
miss xyz: Allah Maha Pemurah, beruntungnya umat Nabi Muhammad, umur pendek ibadah sikit tapi pahala berlipat ganda..
misscloudy: moga kita sokmo diberkati rahmat Ilahi
pelangi anak: semua makhluk diciptakan oleh Allah untuk bertasbih kepada-Nya, jadik kalau kita menggunakan mereka pada jalan yang diredhai Allah pantaslah mereka mendoakan kita
shameel: manusia berpesta seumur idop dalam meladeni nafsunya
sahrom: betul tu tapi sebelum masuk zohor supaya senang bangkit tahajud
penjejak maya: tima kasih semoga doa itu dirahmati Allah untuk kita semua
la.. cemomoi lelaki ke?? ingat kan gadis tadi hehehe
Catat Ulasan