memanjangkan nasihat dari emel yang baru diterima nih untuk kita manfaatkan bersama:
Sama-sama kita mengingati
Ya ALLAH
Ya KARIM
Ya AWWAL
Ya AAKHER
Ya MUJEEB
SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yang kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Selasa, 24 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 zmn org suka mengomen:
setuju..
salam..trima kasih atas perkongsian ini cuma saya tak setuju tak yang kedekut tue aja???
p/s: tak de crita org asli lg ke?? sy suka dgr citer org asli tue....
Rugi jer kalu kedekut...
semoga kita sentiasa menjadi hamba2Nya yg diredhai...
Salam Cemomoi.
Sama-samalah kita memahami dan menghayati pesanan ini.
Terima kasih berkongsi info yang baik..semoga kita mendapat manfaat bersama drpnya.
Salam..
Bebaskan diri dari sifat kedekut dan bakhil..
Tak kedekut..terima kasih berkongsi te
trm ksh ingatan ni :)
salam tuan..
nok namboh hok kedekuk..
yang kedekut ialah orang yang tidak berselawat ke atas nabi apabila mendengar nama Nabi disebut.. ni hok yang koi ingat ler.. sesapa yang ada matan betul sila sila...
x elok kedekut..
ghiteww kanns..
eheemmmm
n3 yg sgt mudah difahami...
(kalau tak faham-faham lagi ntah lah !!)
IE kedekutkah ???
nanti kita panjang-panjangkan...tak semstinya dalam tulisan kan ? lisan pun lg afdal ?
eh eh yg last tu tak tahan.
syukran atas perkongsian :D
biar murah hati dari kedekut.
terima kasih kerana berkongsi.
jangan le kedekut....tk baikkkkkk
Bulan pose ni jarang orang kedekut.Tapi terlebih2 pulok.Beli banyok2 sampei berbuang lepas berbuke pose.Membazir le pulok ter...
suka dgn yang paling cantik tu..=)
salam en cemomoi.
lepas baca semua tu.kita tanya diri.SIAPA KITA di bumi milik Allah ini
Catat Ulasan