Rabu, 4 Ogos 2010

4 ogos 2010

(rumah orang bonggi ada satu bilik je...)
lebih kurang 8.00 pagi naik bot selama sejam, cuaca pon ok aje kami tiba di pulau bonggi dengan disambut oleh beberapa pegawai pejabat daerah bonggi dan ketua kampung lambuak darat, en. layut.

berpecah kepada dua kumpulan, kitorang bertiga terus ke kampung limbuak darat untuk bertemu dengan bebrapa penduduk di sana. namun temu ramah tentang masyarakat, adat dan budaya kehidupan tu semuanya diberikan oleh en. layut sendiri.

(haaa tengok, dorang tangkap kancil dengan tangan je...)

berbanding kaum lain, bonggi didakwa penduduk asal kawasan pulau tersebut berdasarkan tidak ada orang bonggi di mana-mana kawasan penempatan sekitar borneo termasuk di mindanao, filipina. bahasanya juga berbeza dengan bahasa etnik lain.

adat dan budaya yang diceritakan kepada kami semuanya mengenai adat lama yang sebahagian besarnya tidak lagi diamalkan setelah mereka memeluk islam. satu yang aku ngeri dengo... jika berlaku sumbang mahram (berzina dengan ahli keluarga tertentu je), mereka akan dihukum bunuh dengan cara dihumban ke laut manakala anak zina akan dihukum bunuh setelah dia besar dan pandai bercakap (barangkali tiga atau pat tahun) dengan cara dikerat dari kangkang hingga ke kepala... (ish! jangan salah aku dengo dah le, laporan tak buat lagik ni) aku tanya la, bila kali terakhir hukuman tu dilaksanakan? dia kabo, sekitar tahun 50-an, tu pon dia cuma dengo crita je...

(kehidupan yang simple je tanpa kelengkapan yang canggih-canggih, tapi ada dapur gas tuuu...)

walaupun ada yang masih pagan, kebanyakan masyarakat pulau ni dah islam. tapi semenjak dua menjak ni, dikatakan bahawa gerakan kristian makin kuat. jadik bagi orang islam sabah, kena amik tindakan segera menyelamatkan akidah mereka. maklum le orang susah kalu diberikan duit macam la orang ngantuk disorong bantal... jangan adik cam orang asli di semenanjung satu ketika dulu. masuk islam dua tiga kali sebab lepas kita dakwah, mereka ditinggalkan begitu je dalam tempoh yang lama. esok-esok datang dak,wah lagikkk

10 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

ngerinya hukuman tu!anak yg tak bersalah pula yg kena hukuman...!

Pasal gerakan kristian,mmg selalu sy dengar...merisaukan..hmm
Latest post:Cerita Pangkor bahagian 2 pula

Abd Razak berkata...

Salam...

Dahsyatnya hukuman mereka hingga anak yang tidak berdoa itu kena hukuman bunuh juga..

Dakwah itu perlu...

Aku Anak Pahang berkata...

Jauh berjalan luas pandangan.

Err..seram juga kalau membaca bab hukuman main kerat2..campok kelaut tu huhuhu... :(

penjejak maya berkata...

salam,

menarik entri ni yang menggambarkan perbezaan budaya masyarakat di negara kita..

memang selalu dengar cerita masyarakat orang asli diislamkan secara beramai-ramai tapi malangnya tiada follow up daripada pihak tertentu menyebabkan mereka terabai dan kesempatan itu digunakan oleh para mubaligh kristian ini..

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum,
Pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi, Tak pernah dengar tentang golongan ini sebelum ini...

oya berkata...

kene keep track..jgn tnggl gitu jer..

endiem berkata...

jauh jugak yek.

Unknown berkata...

gerakan dakyah kristian menggunakan dana yg besar..
sedangkan para pendakwah kita sangatlah terhad..
kalau ada pun petugas2 agama dari majlis agama negeri..mereka dikatakan terlalu menumpukan pada elaun..
Banyak kerugian bila mana kerja mulia ini yg dujalan oleh kumpulan darul arqam dulu ..dan kini tiada lagi..

shameel Iskandar berkata...

salam.

Walaupun sy hampir 6 tahun mendiami bumi sabah, tapi tak pernah pulak saya sampai ke bonggi. bonggi ke pulau bangi sebenarnya.

Ttg gerakan kristian mmg hebat kat sabah dan sarawak. Malah tika saya ke kuching tahun lepas, paderi2 pelatih dgn berbasikal akan menyebarkan dakwah kristian kpd masy tempatan.

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

iqbal: cuba membayangkan, kanak-kanak kecil dibuat cenggitu ish!!!

memang dakwah kristian kuat di borneo ni, berbekalkan duit mereka umpan orang susah

abd razak: manusia mencipta hukuman!

sukarnya orang kita nak berdakwah... banyak alasan! teramuk saya yang nak g buat keja kat sana...

penjejak maya: Allah ciptakan manusia dari pelbagai kaum supaya saling mengenali

kelemahan kita dalam berdakwah ialah tak konsisten/istiqamah

kak lipislady: pengalaman berharga. kaum ni dulunya memang sukar didekati orang luar kerana bersifat pemalu

oya: dah banyak agensi kerajaan yang masuk kat sini

endiem: bule tahan... sampai tak tahan naik bot

abglanabulu: memang arqam rajin masuk ke pedalaman satu ketika dulu malangnya agensi agama kerajaan tak sanggup dok dalam hutan

shameel: pulau banggi dan kaum bonggi, tapi dek selesa menyebut kaum tu lagipun nama pulau tu diambil dari nama kaum tu... takpe bule g tengok tak lama lagi sebab dorang nak majukan dah pulau ni

kita tak sekuat semangat mereka walaupun mereka main taktik kotor tabur duit tapi tak sepatutnya kita jadikan alasan untuk mengalah

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak