Rabu, 25 Ogos 2010

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (maksud surah al-Qadar:1-5)

LAILATUL QADAR diceriterakan orang...

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya, emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. “Mungkin kubah itu tengah sujud ,” fikirku.

"Kenapa?" tanya abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah... bodoh," sambung abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

pssst: moga kita beroleh seribu rahmat pada malam laitul qadar nanti, insyaallah...

Related Posts:

  • raya datang lagi angkasa raya - tengah tengok anak bulan, tok imam kata kad raya - tak ramai dah yang guna hantu raya - raya lebih tapi tak posa duit raya - cukup ke dak, dah berkira-kira kuih raya - tunggu malam last sepuluh, tiga pa… Read More
  • dah nampak anak bulan ke Mewartakan kepada kami Abu Marwan Al-'Utsmaniy, mewartakan kepada kami Ibrahim bin Sa'ed, dari Az-Zuhriy, dari Sa'id bin Al-Musayyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda; "Bila kamu sekalian melihat… Read More
  • dah nak raya? Dan Anas bin Malik katanya: "Bagi masyarakat jahiliyah mempunyai dua hari raya setiap tahun, yang mana di dua hari raya itu mereka melakukan berbagai permainan. Ketika Nabi saw tiba di kota Madinah, maka beliau bersabda: … Read More
  • banyak yang lapar dahaga sesaja ketika berpuasa Al-Hasan bin Ash-Shabbah Al-Bazzar menceritakan kepada kami, 'Abdush Shamad bin 'Abdul Warits memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Tsawab bin 'Utbah dari 'Abdullah bin Buraidah dari ayahnya dimana dia berkata: "Na… Read More
  • dah makin hampir nih! "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada M… Read More

16 zmn org suka mengomen:

Nur -al- Ain berkata...

hahaa.. sian sian.. tapi indah nye kalau jumpe lailatul qadar kan ;)

Abd Razak berkata...

Salam...

Nasib baik tak kena penampar ngan ayah..

endiem berkata...

dekat nak raya kubah kena betulkanlah ..

Nizam Awang Brahim berkata...

Kan dah kene tak pasey2.

sahromnasrudin berkata...

salam...bacer doa qunut panjang ke qunut pendek??? huhuhuhu

piewahid berkata...

hehehe....
koi dh khusyuk2 baca nasihat, tetiba aok potong stim. aduih!

hentakbelipat berkata...

jom same2 raikan malam tu jom

Shaizul Sapar berkata...

bertuah anda sempt menemui lailatul qadar.hee

Anaasuria berkata...

wakakaka.. hampir terpedaya aii.. ingatkan betul lerrr. cisss..

masjid udah start baca surah al-Qadr jer kan skang nih.. (ambe dok gi sejik dok tahu).. udah kena start baca doa "Allahumma Innaka 'Afuwwunkarimun tuhibbul 'afwa fa`fuanni" masa masak nasi ngan panaskan lauk taim sahur dah ni .. :)

Puan Nurussalwa berkata...

=) nice 1 pakcik.. cian kene marah.. hiihhii

semoga kita dpertemukan dgn lailatul qadar.. =)

oya berkata...

smoga doa dimakbulkan..amin

. berkata...

haha.hebat.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

penuh masjid dan surau ketika ini

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

masa kecik-kecik dulu memang orang tua-tua kabo kalu nak tau lailatul qadar, semua mahkluk dok sujud pada malam tu hatta sungai pon berenti mengalir... heee kepercayaan ni diperturunkan sekian lama dan membudaya dalam masyarakat kita

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

kekeke..
berdesing telinga.


mula baca macam suspens jer..

terokai seni berkata...

kak azrina: bagi senyum sikit bulan posa jagan stress sangat

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,646

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak