Isnin, 22 Februari 2010

biasa ke dengar lagu ni? kalau ikut klip video ni, habsah hasan penulis liriknya. aku suka lagu ni tapi dari perspektif lain. lain sama sekali daripada apa yang terpaparkan dalam klip tu. apsal? ni yang ajak belajar tafsir ni... jom le

aku mentafsirkan lagu ini sebagai syair sufi yang memuji keagungan Allah dan beliau sebagai hambanya, kira konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah la.

cuba tengok antara liriknya yang menguatkan sangkaan aku bahawa penulisnya sedang bermeditasi dengan Penciptanya.

"tiada batasan waktu
tiada tempat-Mu tertentu"


Allah tidak terikat dengan waktu dan Dia tiada tempat duduk

"di gunung di lembah
di darat di air
siapa pun hamba
keikhlasan doa keagungan kasih
berubah takdir"


segala yang ada di alam maya ini ialah hamba kepada al-Khaliq, bagi kita jika kita ikhlas dalam berdoa dan dilimpahi kasih Allah nescaya takdir walaupun telah tertulis di Lauh Mahfuz boleh berubah dengan izin Allah (qada' mubram' tak boleh diubah contohnya kita semua akan mati)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

"Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya..."


Allah Huwa Awwalu wal Akhiru (Asma' al-Husna) dan ketika dalam kesesatan maka Allah le yang memberikan petunjuk...

hayatilah lagu tersebut hingga akhirnya untuk selami maksud tersirat. yang lain tu kena tanya penulisnya apa sebenarnya yang nak diungkapkan. kalu betui sangkaan aku, malang le sapa yang buat video klip tersebut

Related Posts:

  • ruang perut Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Abdul-Malik AlHimshiy, mewartakan kepada kami Muhammad bin Harb, mewartakan kepadaku ibuku, dari ibunya-yakni: nenekku", bahawasanya dia mendengar Al-Miqdam bin Ma'dikariba mengatakan: Say… Read More
  • peribadi muslim jaga tangan dan lidah Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah saw., "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam l… Read More
  • doa, senjata mukmin Qutaibah menceritakan kepada kami, Ibnu Lahiah memberitahukan kepada kami dari Abiz Zubair dari Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seseorang berdoa dengan suatu doa melainkan Allah memberik… Read More
  • berdoa pon kena peratikan apa yang diminta Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada ku, Sufyan memberitahukan kepada kami dari AI-Jurairi dari Abil-Ward dari AllajlW dari Muadz bin Jabal berkata: "Rasulullah saw mendengar seseorang be… Read More
  • bencana tidak semestinya balasan tetapi ujian Maksudnya :Muhammad bin Abdul-A'la, menceritakan kepada kami, Yazid bin Zurai memberitahukan kepada kami dari Muhammad Bin Amr dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Bencana selalu meni… Read More

14 zmn org suka mengomen:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Tingginya laras bahasa, tak tercapai dek akal fikiran hamba yang banyak menggunakan hemisfera otak kanan ni.

azieazah berkata...

Terimakasih berkongsi sesuatu yang sungguh berkesan...

saharul berkata...

tokdan nok memikirkannye.....tapi dgr lagu tu besh jugak...

piewahid berkata...

jazakallah... terima kasih atas pkongsian ilmu.

terokai seni berkata...

assalamualikum kengkawan blog:

nida:- heemmm hemisfera otak kanan untuk saintis, untuk kartunis banyak guna otak kiri le kot cuma akhir-akhir ni modula oblongata dah tak kuat berfungsi

kak azieazah:- andaian je tu

cekgu jang: bukan time kome le nak memikir pasal lagu ni.. lagu ni pon lagu lama time bujang-bujang dulu ada le amik kesah, orang kabo zaman rock kapak... dah tua-tua gini lantoknyeloh dema ni

piewahid:- yang ilmunya tang hadis tu... kalu nak idop lama kena le buat baik dengan ibu bapok

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Ini syair sufi....

Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit bala-Nya dirasa nikmat
Diterima gembira apa yg Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya si Dia yang ada dihati
Dia taat segala ucapan-Nya.

kelompen berkata...

salam..
keindahan bahasa dalam lirik lagu ini amat halus lagi tinggi dengan makna yang tepat, kesufian.
saya mengagumi penulis@ penyair habsah hassan.
tidak menghairankan andai maksud dan perkataan amat tepat secara perbandingan.
Subhanallah...

Ahmad Muslihin berkata...

bagus...
terkesan dgar lagu ini..
tp kebanaykan lagu2 skarang ssguh meloyakan...

I'm Seri berkata...

Salam...

Wah..saya sangat suka lagu ini...

Bila terkeliru aku ungkap namaMU
terasa diriku kembali dipandu...


nyanyi pulak...

terokai seni berkata...

shaniza: waaa lagu yang tu camana nak nyanyi ni... kena buat video klip la nampaknya

kelompen: betul le kata saudara tu, rasa meresap di jiwa bila nanyi sorang-sorang, gamaknya kalau tasauf tu bule masuk peringkat dzauk tu

ahmad muslihin: yang buruk kelihatan cantik oleh nafsu, nak wat camana tu

iris: nyanyi kuat sikit bia sampai dengo kat sini... bule ulang sekali lagi juri nak nilai ni...

Werdah berkata...

Salam cemomoi,

lirik lagu alhamdulillah, membawa makna untuk mengajak kita kepada mengingati keagungan, kebesaran, Allah swt.

Unknown berkata...

TQ..cemomoi..
Perkongsian ilmu..yg sangat baik

Tanpa Nama berkata...

kalo lg skrg, kdg2 smpi tak faham maksudnye..

terokai seni berkata...

werdah: ulama dulu-dulu bayak bersajak bersyair untuk melahirkan rasa pengabdian kepada Allah.. tang lagu ni tak reti la pulak.. sebab bercampur pelbagai unsur muzik dan cara persembahan yang boleh melalaikan

abg lanabulu: ilmu agak-agak je ni

arryani: bukan aje tak faham kadang-kadang menjelekkan.. ada satu lagu indon tu cerita tentang perempuan simpanan yang dia sayang.. enta laa

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,930

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak