Isnin, 22 Februari 2010

biasa ke dengar lagu ni? kalau ikut klip video ni, habsah hasan penulis liriknya. aku suka lagu ni tapi dari perspektif lain. lain sama sekali daripada apa yang terpaparkan dalam klip tu. apsal? ni yang ajak belajar tafsir ni... jom le

aku mentafsirkan lagu ini sebagai syair sufi yang memuji keagungan Allah dan beliau sebagai hambanya, kira konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah la.

cuba tengok antara liriknya yang menguatkan sangkaan aku bahawa penulisnya sedang bermeditasi dengan Penciptanya.

"tiada batasan waktu
tiada tempat-Mu tertentu"


Allah tidak terikat dengan waktu dan Dia tiada tempat duduk

"di gunung di lembah
di darat di air
siapa pun hamba
keikhlasan doa keagungan kasih
berubah takdir"


segala yang ada di alam maya ini ialah hamba kepada al-Khaliq, bagi kita jika kita ikhlas dalam berdoa dan dilimpahi kasih Allah nescaya takdir walaupun telah tertulis di Lauh Mahfuz boleh berubah dengan izin Allah (qada' mubram' tak boleh diubah contohnya kita semua akan mati)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

"Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya..."


Allah Huwa Awwalu wal Akhiru (Asma' al-Husna) dan ketika dalam kesesatan maka Allah le yang memberikan petunjuk...

hayatilah lagu tersebut hingga akhirnya untuk selami maksud tersirat. yang lain tu kena tanya penulisnya apa sebenarnya yang nak diungkapkan. kalu betui sangkaan aku, malang le sapa yang buat video klip tersebut

Related Posts:

  • martabat rindu Ibn Asakir menuturkan bahawa Dzunnun al-Misri pernah mengatakan, ”Kerinduan itu berada di posisi dan darjat tertinggi. Jika seorang hamba telah mencapainya, dia akan melangkah menuju kematian; sebagai wujud rasa rindu… Read More
  • sunyi buat aku rindu DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada ALLAH SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah. Suatu har… Read More
  • tinggallah... Abu Utsman menuturkan, ”Tanda kerinduan adalah kecintaan pada kematian.” Sebahagian ulama mengatakan, ”Sesungguhnya para pencinta akan merasakan manisnya kematian pada saat kemunculannya. Saat itu, terbukalah bagi me… Read More
  • SEBUAH PERCAKAPAN IBLIS KEPADA ANAK2 BUAHNYA "JIKA kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!" Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi2 yang membuatnya merasa lemah dan habis energi. Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya. … Read More
  • ilmu untuk dunia? Ibn ‘Abbas r.a. meriwayatkan,  “Jika ilmuan (ulama) menjaga ilmunya dan mewariskannya kepada keluarganya, maka mereka akan dapat membuat orang-orang yang hidup sezamannya menjadi baik. Sayangnya, mereka mencurahka… Read More

14 zmn org suka mengomen:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Tingginya laras bahasa, tak tercapai dek akal fikiran hamba yang banyak menggunakan hemisfera otak kanan ni.

azieazah berkata...

Terimakasih berkongsi sesuatu yang sungguh berkesan...

saharul berkata...

tokdan nok memikirkannye.....tapi dgr lagu tu besh jugak...

piewahid berkata...

jazakallah... terima kasih atas pkongsian ilmu.

terokai seni berkata...

assalamualikum kengkawan blog:

nida:- heemmm hemisfera otak kanan untuk saintis, untuk kartunis banyak guna otak kiri le kot cuma akhir-akhir ni modula oblongata dah tak kuat berfungsi

kak azieazah:- andaian je tu

cekgu jang: bukan time kome le nak memikir pasal lagu ni.. lagu ni pon lagu lama time bujang-bujang dulu ada le amik kesah, orang kabo zaman rock kapak... dah tua-tua gini lantoknyeloh dema ni

piewahid:- yang ilmunya tang hadis tu... kalu nak idop lama kena le buat baik dengan ibu bapok

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Ini syair sufi....

Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit bala-Nya dirasa nikmat
Diterima gembira apa yg Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya si Dia yang ada dihati
Dia taat segala ucapan-Nya.

kelompen berkata...

salam..
keindahan bahasa dalam lirik lagu ini amat halus lagi tinggi dengan makna yang tepat, kesufian.
saya mengagumi penulis@ penyair habsah hassan.
tidak menghairankan andai maksud dan perkataan amat tepat secara perbandingan.
Subhanallah...

Ahmad Muslihin berkata...

bagus...
terkesan dgar lagu ini..
tp kebanaykan lagu2 skarang ssguh meloyakan...

I'm Seri berkata...

Salam...

Wah..saya sangat suka lagu ini...

Bila terkeliru aku ungkap namaMU
terasa diriku kembali dipandu...


nyanyi pulak...

terokai seni berkata...

shaniza: waaa lagu yang tu camana nak nyanyi ni... kena buat video klip la nampaknya

kelompen: betul le kata saudara tu, rasa meresap di jiwa bila nanyi sorang-sorang, gamaknya kalau tasauf tu bule masuk peringkat dzauk tu

ahmad muslihin: yang buruk kelihatan cantik oleh nafsu, nak wat camana tu

iris: nyanyi kuat sikit bia sampai dengo kat sini... bule ulang sekali lagi juri nak nilai ni...

Werdah berkata...

Salam cemomoi,

lirik lagu alhamdulillah, membawa makna untuk mengajak kita kepada mengingati keagungan, kebesaran, Allah swt.

Unknown berkata...

TQ..cemomoi..
Perkongsian ilmu..yg sangat baik

Tanpa Nama berkata...

kalo lg skrg, kdg2 smpi tak faham maksudnye..

terokai seni berkata...

werdah: ulama dulu-dulu bayak bersajak bersyair untuk melahirkan rasa pengabdian kepada Allah.. tang lagu ni tak reti la pulak.. sebab bercampur pelbagai unsur muzik dan cara persembahan yang boleh melalaikan

abg lanabulu: ilmu agak-agak je ni

arryani: bukan aje tak faham kadang-kadang menjelekkan.. ada satu lagu indon tu cerita tentang perempuan simpanan yang dia sayang.. enta laa

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,906

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak