biasa ke dengar lagu ni? kalau ikut klip video ni, habsah hasan penulis liriknya. aku suka lagu ni tapi dari perspektif lain. lain sama sekali daripada apa yang terpaparkan dalam klip tu. apsal? ni yang ajak belajar tafsir ni... jom le
aku mentafsirkan lagu ini sebagai syair sufi yang memuji keagungan Allah dan beliau sebagai hambanya, kira konsep Rububiyyah dan Uluhiyyah la.
cuba tengok antara liriknya yang menguatkan sangkaan aku bahawa penulisnya sedang bermeditasi dengan Penciptanya.
"tiada batasan waktu
tiada tempat-Mu tertentu"
Allah tidak terikat dengan waktu dan Dia tiada tempat duduk
"di gunung di lembah
di darat di air
siapa pun hamba
keikhlasan doa keagungan kasih
berubah takdir"
segala yang ada di alam maya ini ialah hamba kepada al-Khaliq, bagi kita jika kita ikhlas dalam berdoa dan dilimpahi kasih Allah nescaya takdir walaupun telah tertulis di Lauh Mahfuz boleh berubah dengan izin Allah (qada' mubram' tak boleh diubah contohnya kita semua akan mati)
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibu bapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
"Engkau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya..."
Allah Huwa Awwalu wal Akhiru (Asma' al-Husna) dan ketika dalam kesesatan maka Allah le yang memberikan petunjuk...
hayatilah lagu tersebut hingga akhirnya untuk selami maksud tersirat. yang lain tu kena tanya penulisnya apa sebenarnya yang nak diungkapkan. kalu betui sangkaan aku, malang le sapa yang buat video klip tersebut
Isnin, 22 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 zmn org suka mengomen:
Salam..
Tingginya laras bahasa, tak tercapai dek akal fikiran hamba yang banyak menggunakan hemisfera otak kanan ni.
Terimakasih berkongsi sesuatu yang sungguh berkesan...
tokdan nok memikirkannye.....tapi dgr lagu tu besh jugak...
jazakallah... terima kasih atas pkongsian ilmu.
assalamualikum kengkawan blog:
nida:- heemmm hemisfera otak kanan untuk saintis, untuk kartunis banyak guna otak kiri le kot cuma akhir-akhir ni modula oblongata dah tak kuat berfungsi
kak azieazah:- andaian je tu
cekgu jang: bukan time kome le nak memikir pasal lagu ni.. lagu ni pon lagu lama time bujang-bujang dulu ada le amik kesah, orang kabo zaman rock kapak... dah tua-tua gini lantoknyeloh dema ni
piewahid:- yang ilmunya tang hadis tu... kalu nak idop lama kena le buat baik dengan ibu bapok
Salam..
Ini syair sufi....
Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit bala-Nya dirasa nikmat
Diterima gembira apa yg Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya si Dia yang ada dihati
Dia taat segala ucapan-Nya.
salam..
keindahan bahasa dalam lirik lagu ini amat halus lagi tinggi dengan makna yang tepat, kesufian.
saya mengagumi penulis@ penyair habsah hassan.
tidak menghairankan andai maksud dan perkataan amat tepat secara perbandingan.
Subhanallah...
bagus...
terkesan dgar lagu ini..
tp kebanaykan lagu2 skarang ssguh meloyakan...
Salam...
Wah..saya sangat suka lagu ini...
Bila terkeliru aku ungkap namaMU
terasa diriku kembali dipandu...
nyanyi pulak...
shaniza: waaa lagu yang tu camana nak nyanyi ni... kena buat video klip la nampaknya
kelompen: betul le kata saudara tu, rasa meresap di jiwa bila nanyi sorang-sorang, gamaknya kalau tasauf tu bule masuk peringkat dzauk tu
ahmad muslihin: yang buruk kelihatan cantik oleh nafsu, nak wat camana tu
iris: nyanyi kuat sikit bia sampai dengo kat sini... bule ulang sekali lagi juri nak nilai ni...
Salam cemomoi,
lirik lagu alhamdulillah, membawa makna untuk mengajak kita kepada mengingati keagungan, kebesaran, Allah swt.
TQ..cemomoi..
Perkongsian ilmu..yg sangat baik
kalo lg skrg, kdg2 smpi tak faham maksudnye..
werdah: ulama dulu-dulu bayak bersajak bersyair untuk melahirkan rasa pengabdian kepada Allah.. tang lagu ni tak reti la pulak.. sebab bercampur pelbagai unsur muzik dan cara persembahan yang boleh melalaikan
abg lanabulu: ilmu agak-agak je ni
arryani: bukan aje tak faham kadang-kadang menjelekkan.. ada satu lagu indon tu cerita tentang perempuan simpanan yang dia sayang.. enta laa
Catat Ulasan