Rabu, 17 Februari 2010

baru baca tajuk mesti kata aku racist... taaakkk aku just compare aje.

aku peminat cerita KUNGFU (rasa semangat pahlawan tu meluap-luap aje bila tengok cerita lawan-lawan ni walaupun belajar silat tak khatam) kalu cerita jet li dan jackie chan, aku akan layan macam cerita p.ramlee... dua tiga round dah tengok masih nak layan lagi.. berasa tak jemu

cuma aku terasa perbezaan bila raya tahun baru cina kali ni, stesen tv banyak siarkan cerita patriotik masyarakat cina. berbanding hari raya aidilfitri, cerita kita mesti bertemakan kesedihan, penyesalan, putus harapan dan banyak lagi yang negatif. barangkali mengajak supaya masyarakat kita lebih bersifat penyayang dan ingat le orang tua kat kampung... malangnya keadaan tak banyak berubah. hari raya menjadi gelanggang remaja kita menjadi jaguh gejala yang merosakkan moral. akhir-akhir ini lebih teruk sampai sanggup bakar janin... seolah tema kita yang sedih-sedih melalui filem tak memberi apa-apa kesan.

tapi bila melayan cerita cina, aku tertegun bila jet li dan 2 rakannya berjanji sehidup semati "lahir pada hari berbeza tapi mati pada hari yang sama" begitu kuat sumpah janji persaudaraan mereka. jauh lebih kuat daripada apa yang kita ada di kalangan orang Melayu yang diikat dengan persaudaraan seagama tanpa mengenal warna kulit dan bangsa.

falsafah hidup orang cina umpama sebatang pokok yang membesar, cabang mekar menjulur berkembang tapi daun tetap gugur ke pangkal pokok. retinya sejauhmana pun kamu merantau, akan kembali ke tanah leluhur... sebab itu ke mana mereka pergi, asal usul bangsa dan budaya tidak akan tinggal... malang bagi kita: pernah aku terbaca satu blog orang melayu di UK, katanya mat saleh UK berkata orang melayu sombong bila berada di London dan penulis itu sendiri terkena tempias sikap bangsanya...

eh... melalut la pulak dari filem ke blog orang

moralnya: identiti kita adalah dari leluhur budaya kita... warnakan le apapon rambut, mata atau topup la hidung tinggi melangit... bangsa kita tak boleh ditukar ganti

16 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Salam Cemomoi. Satu coretan yang jujur dan patut dijeritkan di telinga semua orang Melayu. Satu lagi yang perlu dibisikkan perlahan-lahan di telinga orang Melayu ialah "Kau orang ni bangsa yang cepat lupa". Ungkapan ini dipopularkan oleh Cek Det yang selalu mengungkap sikap orang Melayu yang terus melayu. Namun, jeritan dan bisikan kita tidak akan diambil endah melainkan telinga Melayu kita gigit sampai putus...

saharul berkata...

koi setuju dgn awok...bangsa cine ni kalau nak dibandingkan dgn bangsa melayu ade kelebihannye dan ade kekurangannye....tapi kalo bab ikatan persaudaraan....memang kalah kite...

Tanpa Nama berkata...

Nak geget teling melayu smpi putus pun, tak guna gak...tk dtgkn hasil.

crita2 yg sedeh syahdu syahdan kat TV tu semua tak mmpu nk bagi touching kat dorang sebab, dorang2 ni tak tgk citer2 mcm tu.

Dorang lbih suka tgk citer2 ganas, punk, dan cerita2 berkisar mt rempit.

pnyudahnye...mak2 dorang nk nanges2 layan citer tu...

endiem berkata...

setuju.. banyak drama dan filem melayu sekarang yang tak ada nilai untuk membentuk jati diri.

I'm Seri berkata...

Salam.

Malu baca post ini. Tapi itulah hakikatnya.

Masyarakat kita dah pandang wang sebagai keutamaan daripada persaudaraan yang dituntut.

Takdak wang...saudara melayang.

Nida n' Hanafi berkata...

Salam tuan..

Nida ada filem kita kena ada unsur2 kung fu baru boleh pikat anak2 muda untuk menonton.. kemudian heronya kena hensem barulah laku kot..

p/s: nak berbesan??? Boleh,hehe.. Cemomoi ngan Kuantan tak jauh jer.. (kami menetap di Kuantan.. beli rumah pun di sana)

Abeli Rosli berkata...

salam cemomoi...
orng kita ni payoh sikit.. nak buat sesuatu tu kena tunggu saat akhit.. baru nak buat... puah dah bagi tau... hak kuat lagi sikap PHD... MENEBAL BETUL...

piewahid berkata...

china mempunyai sejarah tamadun yg sgt pjg. itu kelebihan mereka tetapi kecemerlangan sesebuah bangsa tidak menghalang mana2 individu lain bersaing kerana sesuatu tamadun hanya boleh dipelajari bknnya diwarisi.

melayu, arab, cina, eropah adalah bangsa. islam adalah the way of life!

terokai seni berkata...

assalamualikum:

babah: nak kena gigit telinga ke.. eee.. dulu samy vellu kata nak makan sup tangan bule g klate... lepas ni sapa nak makan sup telinga gigit aje telinga orang mlayu.. heee hukuman untuk orang degei

cekgu jang: memang setiap orang dan bangsa ada kelebihan dan kekurangan supaya saling tampung untuk membuah suatu kejayaan... ketnya bangsa kita ni sokmo la yang kurang dari yang lebihnya

arryani: tul tu... paling seronok ngacau orang tengok tv time dia tengah feeling nangis tu kita sergah dia.. "wooo semayang tak penah nangis, tengok tb sampai meleleh-leleh air mata"

endiem: wuih, ti marah pulak pengarah-pengarah filem kita... apa pun mungkin dari satu aspek ada betulnya, dari aspek lain macam cik arryani kata, bebudok ter tak tengok filem kita pon

iris: heemm.. macam pepatah "ada duit abang sayang, tade duit abang melayang" jeee bunyi tu.

nida: iskh bab nikah jangan buat main, sibbaik bukan cik abang yang cakap sebab kalu ada saksi, ijab qabul tu dah bule sah tu sebab wali dah setuju nak nikahkan anak tanpa pengetahuan diorang... apa pon jodoh di tangan Allah..

tang crita kungfu tu, apa kata orang cina pakai baju melayu dan berlakon dalam filem silat orang melayu... mesti terharu dan haru-biru

abeli: moleknya oghe klate ado persamoe assabiah srupo oghe cino tapi bilo kat lua la, kalu kat klate demo ni gocoh ssama sdiri jugokk, meme payoh la

piewahid: setuju sangat le tu. sebenarnya bangsa kita menghadapi krisis 'inferiority complex'. bagi orang yang lemah selalu melihat orang gagah sebagai idola dan nak jadik seperti mereka. dema ni senalo maki diri sendiri dan menganggap menda hok ada padanya tidak berharga.

Adinda Amy Sensei berkata...

SALAM BUAT CEMOMOI..

APA KHABAR?
MOGA BAIK SAJA..

RINDU NAK MAKAN KOPOK LEKOR LAA..huhu..

terokai seni berkata...

cik amy: alhamdulillah baik adanya.. nak kopok lekor datang umah la, ada lagi stok baru balik semalam dari kola tengganu, sata pon ada lagik kot

Nida n' Hanafi berkata...

Salam tuan..

Ish..ish..ish... maaflah tuan kalau ayat saya tu memberi bekas di hati tuan.. tak terlintas pun, sekadar bergurau sahaja... maaf sekali lagi.

Unknown berkata...

Yg teman nampak adalah kebanyakkannya cerita cina semasa CNY dan masa time raya aidil fitri ada juga cerita cina dan tambah lagi dgn hindustan..entah ape2..
Lepas tu cerita atau show yg dok nyanyi dan joke yg tak berpijak dibumi nyata..
pokoknya semuanya melalaikan..
p/s-F1 & motogp teman minat..hee

terokai seni berkata...

nida: maaf le kalu salah bicara... bukan gitu maksudnya. banyak orang suka main-main perara nikah terutama orang lelaki nak jodohkan anak dia dengan anak rakannya. tanpa sedar dia tu wali yang bole menikahkan anak. kalau cukup syarat nikah tu sah bila disetujui oleh kawannya dan ada saksi. yang bahayanya, anak mereka tak sedar dah bernikah waktu kecik sedang bila besar diorang bernikah lain pulak. kena tanya ulama la pulak tentang hukumnya tu...

abg lanabulu: memang betul, kalu kecik-cik dulu tiap kali raya mesti ada sarkas n silap mata...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

salam..
Tu le pasainya tak suka tengok cite Melayu.. byk cite tahyul. hantu, sedih....boring. Tak membina akal dan jati diri langsung.

terokai seni berkata...

shaniza: ramai orang kita suka hidup dalam khayalan sebab tu crita camtu dapat permintaan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak