assalamualaikum...
esok befday seseorang yang paling kita sayang ni... ada sesapa yang dah tempah kek? takyah kot... ramai orang pegi berarak untuk nyambut befday Rasulullah esok. apa pon, slamat menghayati peristiwa hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang ketika baginda lahir, terpadamnya api sembahan Majusi yang tak pernah terpadam selama seribu tahun, dan bergegarnya Mahligai Kisra hingga runtuh beberapa tiang istananya menandakan kemunculan hidayah yang akan menutupi kesesatan di timur dan barat.
dan seperti minggu-minggu sebelumnya, minggu depan juga minggu yang sibuk, nak otstesen lagi. jika ada kesempatan insyaallah kita ketemu lagi.
Khamis, 25 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 zmn org suka mengomen:
Selawat dan salam buat jujungan mulia.
dialog teruna dan dara:
"teruna, kalau benar cintamu suci padaku, adakah, kau sudi mengikut ku dan bersamaku dalam apapun keadaan jua?"
"dara, mmg cintaku benar2 suci,tetapi aku tidak dapat bersamamu sepanjang masa. mana yg boleh, aku ikut. kalau aku tak suka, aku ikut dara yang lain. tapi janjiku padamu, stiap kali besdaymu, aku akan ku sambut dgn penuh meriah..."
"sampai hatimu teruna...!"
selamat out station sahabat!
selamat menyambut mulidur rasul
Salam..
Teringat zaman bergelar pelajar sekolah dulu, berarak beramai2 sambil bermarhaban.. kemudian beramai2 makan nasi dalam dulang.. yg bestnya pada hari berkenaan boleh pakai baju raya..
assalamualaikum:
akuanakpahang: semoga kita beroleh manfaat di sebalik sambutan mualud rasul ter
piewahid: heee... dasat tul awokme kat kaum hawa ter..takan ikut cuepacs marah kat deme ni
endiem: oak berarok juga ke?
nida: sama le kita, masa kenit-kenit dulu ikut ayah berarak last hilang tah ke mana
Selawat dan salam ke atas baginda.
semoga kita sama-sama beroleh pengajaran..
Selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti ye.
hehehe...beli kek buat makan sendiri je.
=)
salam dan salawat buat nabi junjungan Muhammad SAW...
salam maulidulrasul... semuga sejahtera dan di rahmati....
Salam
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
Semoga pengorbanan Baginda SAW menjadi ikutan dan sanjungan kita setiap masa...
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyapu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
keretamayat.blogspot.com
kak azieazah, iris, cekgu jang, abe li dan shaniza jom kita hayati sirah nabi s.a.w untuk ditauladani dan diwarisi oleh generasi kita
hamka
terima kasih atas nasihat dari riwayat sirah Rasul yang sangat memberikan keinsafan. semoga kita semua beroleh kekuatan dan ketabahan serta kesabaran dalam memikul beban dakwah yang ditinggalkan oleh junjungan kita nabi s.a.w
Catat Ulasan