1991
ayahku sorang tukang rumah... namun kemahiran yang ada tak dapat diwarisi dengan mudah kerana kami bersekolah. hanya waktu tertentu, kederat kami adik-beradik diperlukan untuk membantunya. itu pun sekadar membina rumah sendiri.
gian bermain paku dan tukul besi, kami buat sendiri. sudahnya, aku dengan adik aku membina satu projek besar untuk kami bangunkan sebuah angan-angan. lebih tepat ialah tempat berangan.
setelah hampir seminggu mengerjakannya, siaplah teratak angan-angan. bersama sedikit doa dan perasmian oleh makteh, jiran sebelah. mak aku pon menatang cekodoknya untuk kami nikmati bersama. di sinilah bersemadinya segala angan-angan dan cita-cita. sebelum hujan turun, pasti aku segera berlari untuk merasai setiap denyut nadi titis-titis hujan yang mengetuk zink-zink tua, pondok angan-angan.
ia kini terbiar... terbiar bersama kenangan yang luput. ikan yang dulunya bermain, kini sembunyi merajuk. tiada lagi yang mahu memujuk.
Isnin, 18 Januari 2010
Januari 18, 2010
terokai seni
identiti, seni
12 comments
Related Posts:
baru bertatihalhamdulillah... aku dianugerahi bakat melukih sejak kecil tanpa pnah amik mana-mana kursus secara formal. hatta sampai sekarang aku tak le expert menggunakan warna melainkan melukih kartun dengan pen dan pensel aje. kalu ada… Read More
tempat jatuhemmm... bila ziarah kengkawan punya blog, tengok ... banyak menda menjadi bualan ada crita semasa ada crita keluarga ada crita bangsa ada crita sengsara ada crita ria ada segala-galanya. meriahnya dunia dengan selur… Read More
bila aku lukih potret je... aku mula melukih potret masa derejah nam lagi, gambar p.ramlee menjadi pojaan atiku ketika itu, kendian aku lukih gambar jamal abdillah... malangnya kedua-dua gambar tu tak tau mana peginya, sayang tul… Read More
layan seni... terapi minda perkara pertama yang aku buat bila masuk rumah baru pada penghujung 2006 ialah gali tanah buat kolam di depan laman rumah. rasa yang membuak-buak ini terpendam sejak sekian lama khususnya selepas kolam yang aku buat di kampu… Read More
mencari diri di celah usia lampau1991 ayahku sorang tukang rumah... namun kemahiran yang ada tak dapat diwarisi dengan mudah kerana kami bersekolah. hanya waktu tertentu, kederat kami adik-beradik diperlukan untuk membantunya. itu pun sekadar membina rumah … Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 zmn org suka mengomen:
bagus, hebat rumah aok te.
Damainya tempat tu.. hijau yang menyegarkan... Mungkin lebih menarik jika dapat dibangunkan semula.
bab buat rumah sendiri ni..koi dulu penah jugaklah tolong org tua buat rumah...susah sgt rasanya sebab x pandai...erot petot jadinya kalau ikat batu bata..dan memelas..
Membaca coretan ini menyebabkan saya terfikir sesuatu. Beruntungnya saya masih punya ayah sekarang. Saya boleh belajar banyak perkara daripada dia.
Thanks
Salam..
Aku tak punya teratak angan-angan
walaupun pernah kuimpikan
sekadar bermain di halaman atau bersembunyi di pinggir hutan
Indahnya kenangan masa lalu
membuat kita tersenyum dan terharu
insaf diri dan memikir hala tuju
adakah tercapai segala impianmu?
assalamualaikum teman blog:
endiem:- hensem jugak le walopon herot-petot
nida:- tak tau le sape yang nak membangunkannya... biar le dia jadi puing kenangan sebab tak ade menda yang kekal kat dunia ni
cekgu jang:- jangan putus asa, nak jadik sifu pon kita mesti jadik murid dulu... rugi warisan orang tua-tua kita abih gitu aje
iris:- betul tu iris, moga warisan kita akan berkesinambungan
shaniza:- emm.. tersirat tu... apa pun kenangan tu suatu sejarah yang menjadi pedoman untuk laluan masa depan
laa..pasai apa yg pi buat pondok tu kat dalam kolam tu...
tapi kalau boleh mancing syok jugak tu..cemomoi..kan
Salam Cemomoi. Saya tak dapat tengok sebab streamyx tak potong lagi (tengah geram ni). Apa-apapun, kenangan bersama ayah akan tersemat di dalam hati cecomoi sampai bila-bila.
Salam. Tak dapat tengok sebab streamyx tak potong lagi (tengah geram ni). Apa-apapun kenangan bersama ayah akan kekal tersemat di hati cecomoi sampai bila-bila.
teman maya:-
lanabulu: air tu kan punca kehidupan dan asal kejadian.. dan dapat memberikan ketenangan, lagi pon kalau takut dilambung ombak bole le berumah tepi kolam kalu aje
mybabah:- geram? jangan lepaskan geram cam apek sorang tu dah le... takpe insyaallah tak lama lagi ok le tu
aalaaaaaaa pkcik...
saya tk nmpk la...tenet tak ok nih..huhuhu
jane:- camana nak nampak kalu dah asik berteeenet aje... fuh kiri fuh kanan buka mata besau-besau mesti nampak
Catat Ulasan