Isnin, 18 Januari 2010

1991

ayahku sorang tukang rumah... namun kemahiran yang ada tak dapat diwarisi dengan mudah kerana kami bersekolah. hanya waktu tertentu, kederat kami adik-beradik diperlukan untuk membantunya. itu pun sekadar membina rumah sendiri.
gian bermain paku dan tukul besi, kami buat sendiri. sudahnya, aku dengan adik aku membina satu projek besar untuk kami bangunkan sebuah angan-angan. lebih tepat ialah tempat berangan.
setelah hampir seminggu mengerjakannya, siaplah teratak angan-angan. bersama sedikit doa dan perasmian oleh makteh, jiran sebelah. mak aku pon menatang cekodoknya untuk kami nikmati bersama. di sinilah bersemadinya segala angan-angan dan cita-cita. sebelum hujan turun, pasti aku segera berlari untuk merasai setiap denyut nadi titis-titis hujan yang mengetuk zink-zink tua, pondok angan-angan.


ia kini terbiar... terbiar bersama kenangan yang luput. ikan yang dulunya bermain, kini sembunyi merajuk. tiada lagi yang mahu memujuk.

Related Posts:

  • camana la aku nak tenyeh lagi dah puas tul aku cuba jadi pelukih potret, bila aku jumpa orang yang pandai lukis potret aku mesti tanya apa rahsia melukis potret, teknik ke tak kira apa la... aku penah tanya kat s.amin sahab... iskh! pasal aku jeles tengo… Read More
  • menyelami erti ketenangan andai kau ikan, akulah nelayan andai kedapatan, awas kau jadi hidangan … Read More
  • sakit lagi ke kepala tu?owh... aku tak tau, apa yang aku mau aku tak pasti, apa yang aku cari aku tak suka, apa yang aku pinta aku tak nampak, apa yang aku hendak aku tak dapat, apa yang aku hasrat aku tak rasa, apa yang aku raba aku tak rindu… Read More
  • cerpen: jangan ekploitasi kaminini mendengus marah. matanya bulat menelan raut wajah lopi. lopi cuma terkebil-kebil memikirkan nasib yang kian terjepit. sekali-sekala dia menggaru pangkal telinga yang kemerah-merahan. misainya bergerak-gerak bagai daun la… Read More
  • khazanah yang dilupakantime boring nunggu lemang masak masa raya aidil adha itu hari, takde menda kerja nak buat aku cuba-cuba la mengeraskan tangan buat menda alah ni. dah lama berkenan nak buat sendiri. rasa hati melonjak-lonjak nak buat terutama… Read More

12 zmn org suka mengomen:

endiem berkata...

bagus, hebat rumah aok te.

Nida n' Hanafi berkata...

Damainya tempat tu.. hijau yang menyegarkan... Mungkin lebih menarik jika dapat dibangunkan semula.

saharul berkata...

bab buat rumah sendiri ni..koi dulu penah jugaklah tolong org tua buat rumah...susah sgt rasanya sebab x pandai...erot petot jadinya kalau ikat batu bata..dan memelas..

I'm Seri berkata...

Membaca coretan ini menyebabkan saya terfikir sesuatu. Beruntungnya saya masih punya ayah sekarang. Saya boleh belajar banyak perkara daripada dia.

Thanks

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Aku tak punya teratak angan-angan
walaupun pernah kuimpikan
sekadar bermain di halaman atau bersembunyi di pinggir hutan

Indahnya kenangan masa lalu
membuat kita tersenyum dan terharu
insaf diri dan memikir hala tuju
adakah tercapai segala impianmu?

terokai seni berkata...

assalamualaikum teman blog:

endiem:- hensem jugak le walopon herot-petot

nida:- tak tau le sape yang nak membangunkannya... biar le dia jadi puing kenangan sebab tak ade menda yang kekal kat dunia ni

cekgu jang:- jangan putus asa, nak jadik sifu pon kita mesti jadik murid dulu... rugi warisan orang tua-tua kita abih gitu aje

iris:- betul tu iris, moga warisan kita akan berkesinambungan

shaniza:- emm.. tersirat tu... apa pun kenangan tu suatu sejarah yang menjadi pedoman untuk laluan masa depan

Unknown berkata...

laa..pasai apa yg pi buat pondok tu kat dalam kolam tu...
tapi kalau boleh mancing syok jugak tu..cemomoi..kan

Unknown berkata...

Salam Cemomoi. Saya tak dapat tengok sebab streamyx tak potong lagi (tengah geram ni). Apa-apapun, kenangan bersama ayah akan tersemat di dalam hati cecomoi sampai bila-bila.

Unknown berkata...

Salam. Tak dapat tengok sebab streamyx tak potong lagi (tengah geram ni). Apa-apapun kenangan bersama ayah akan kekal tersemat di hati cecomoi sampai bila-bila.

terokai seni berkata...

teman maya:-

lanabulu: air tu kan punca kehidupan dan asal kejadian.. dan dapat memberikan ketenangan, lagi pon kalau takut dilambung ombak bole le berumah tepi kolam kalu aje

mybabah:- geram? jangan lepaskan geram cam apek sorang tu dah le... takpe insyaallah tak lama lagi ok le tu

Tanpa Nama berkata...

aalaaaaaaa pkcik...
saya tk nmpk la...tenet tak ok nih..huhuhu

terokai seni berkata...

jane:- camana nak nampak kalu dah asik berteeenet aje... fuh kiri fuh kanan buka mata besau-besau mesti nampak

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

357,242

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak