(lukisan pada t-shirt ni aku buat masa tahun akhir di universiti, la ni baju tu dah jadik lap dapur kot)
masa terluang sebelum tido tu, aku belek-belek juga le kitab terjemahan Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali. baru nak ngenal dan bertatih membaca kitab tersohor tu... baru baca sikit, aku akui le kitab tu memang sangat bagus untuk kita baca.
part awal tu dia menceritakan kelebihan orang berilmu menurut al-Quran dan Hadis. dan yang menarik perhatian aku bila jumpa satu Hadis yang antara lain memperkatakan keadaan manusia pada akhir zaman. kata Nabi s.a.w "ketika ini kamu di kelilingi ramai ahli fikh dan saat ini amallah yang sebaik-baiknya, nanti pada akhir zaman orang yang beramal lebih ramai daripada ahli fikh maka ketika itu ilmu pengetahuanlah yang paling penting". cenggitu le lebih kurang maksudnya.
aku rasa-rasa le, maksudnya kalau dah ramai ahli hukum, maka ketika itu kita harus beramal dengan hukum yang berkenaan.. tapi pada akhir zaman ini ahli hukum (ahli fikh) dah tak ramai jadi perkara yang patut kita buat ialah menuntut ilmu...
gamaknya macam dah lama adanya petanda bahawa begitu ramai orang yang beramal tapi sangat sedikit alim ulama yang boleh mengeluarkan hukum... sebab itu jarang benar kita dengar ada ulama yang berijtihad tak macam dulu sampai jenuh kita nak menghafal nama para ulama zaman silam yang hebat-hebat. terlebih penting juga, kalau benar petanda tersebut dah ada, kita sememangnya berada pada petanda akhir zaman. satu-persatu menunggu-nunggu lagi petanda kiamat yang lain pulak.
jom le kita fikir-fikirkan camana nak buat supaya bangsa kita akan melahirkan lebih ramai ulama (ulama jangan anggap sebagai ahli agama aje, kerana Islam tiada sekularisme)
Jumaat, 15 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 zmn org suka mengomen:
Salam..
Rasulullah SAW bersabda;
" Seksa yg terpedih pd hari Kiamat ialah org alim yg tidak memanafaatkan ilmunya."
Dan Sabda Rasulullah SAW lagi;
" Di akhir zaman akan ada orang-orang bodoh dan ulama-ulama fasik."
Salam saudaraku Cemomoi. Untuk menilai seseorang itu bertahap ulama, kita memerlukan saya tahap ilmu yang mencukupi. Jika tidak, dengan kurangnya ilmu, kita boleh tersesat mengikut orang yang kita anggap ulama itu. Hayatilah kata Saidina Ali "menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslimin dan muslimat" (nota: ramai orang mengatakan bahawa ini hadis). Wallahualam.
Salam.
Saya juga membaca kitab yang sama. Tapi belum khatam. Saya sukakan karya2 Buya Hamka.
banyak banyak berkitab di masjid dan surau. Tak semestinya belajar secara fomal.
wujudkan lebih banayak sekolah agama dan kerajaan kena sokong lah....
Cemomoi..
Bawa kereta laju bukan tak takut mati..tapi kalau dh pandu TOYOTA ALFARD..drive 160kmj pun rasa cool jeee..
p/s- kejar masa gamaknya..
Dah banyak sangat petanda akhir zaman.. maksiat berlaku dimerata2
... dah macam haiwan.. tepi jalan pun jadi... Risau melihat anak2 muda laa ni, minum arak dah jadi biasa
salam,
kekadang dalam zaman serba canggih ni.. manusia semakin alpa .. asyik dengan kesibukan duniawi... kalau dah terdesak baru insaf...
..Time ingat bolehlah pandu perlahan tapi time nak ke sekolah waktu pagi laju gak pasal terkejar masa..dah lupa baik buruknya..
shaniza:- tima kasih menambahkan lagi ilmu, risau gak memikirkan peringatan tu
mybabah:- ada orang kata air dan minyak takan bercampur... hari ni banyak orang alim tapi selamba je karaoke dalam party
iris;- ada gak baca novel hamka yang glamer tu... di bawah lindungan kaabah ke tajuknya? best novel tu
endiem:- tul tu yang penting berguru walaupun sekadar baca buku kena gak tanya orang berilmu
cekgu jang:- setuju ya amat. buat skoloh agama sains bio tak ander sekularisme dalam ilmu
lanabulu:- selari pemikiran... beli kete hensem-hensem bawak terkedek-kedek... hek eley baik beli honda c70 je
nida:- manusia ada dua sifat, sifat malaikat dan sifat binatang... kalau terlebih baik orang akan kata "baik tul dia cam melekat" kalu jahat "mak oi macam setan dia nih"
anismi:- hemm, spendapat.
lagik laju kita bawak lebih cepat perasaan kita sampai kat pejabat
Catat Ulasan