Isnin, 16 November 2009

perkara pertama yang aku buat bila masuk rumah baru pada penghujung 2006 ialah gali tanah buat kolam di depan laman rumah. rasa yang membuak-buak ini terpendam sejak sekian lama khususnya selepas kolam yang aku buat di kampung telah lenyap. beberapa kali ubah suai dengan dengan bantuan jiran baik, Khairil, jadilah kolam aku seperti gambar berkenaan.
memang sikap manusia tak pernah puas, kolam ini akhirnya terkambus dengan harapan baru dan lokasi baru. 2009, hampir lima hari aku menggali tanah di tepi rumah dalam bulan puasa yang lepas.. rasa macam nak mati pon ada... dan waktu itu barulah aku terasa nikmat berbuka puasa apabila setiap kali aku meneguk air, aku akan mengucapkan 'alhamdulilah' tak berenti.. (agaknya apa la yang Nabi s.a.w dan para Sahabat rasa ketika mereka berperang Badar dalam bulan Ramadhan tu ye...) dengan panjang 12 kaki dan kedalaman hanya 2 kaki je, peh... sesekali membebel sambil bekerja, "kalu aku diupah untuk gali kubur, maunya lepas seminggu baru dapat tanam kawan tu..."
(entri julai)
kolam ini masih belum siap sepenuhnya hingga kini. cuma beroperasi separuh aje kerana kerja-kerja penyelenggaraan selepas tu mesti dilaksanakan bagi memastikan tiada kebocoran. dan seperti yang paling aku tak mau berlaku tapi tetap berlaku ialah air menyerap dari bahagian mana ntah (khususnya di bahagian air terjun la)... sampai sekarang aku masih mengesannya. ikan dah masuk la dua tiga ekor untuk layan feeling.

berasa nak kongsi minat yang sama?

Related Posts:

  • TOLONGGGGGG!!! tolong la amik... tanpa menyebut nama tertentu penghargaan dan terima kasih aku nak titipkan pada semua rakan yang sentiasa bertamuyang membuatkan kuntum senyuman sentiasa tersimpul yang membuatkan persahabatan makin berkepul-kepulyan… Read More
  • titis-titis seni kesunyian memberikan kedamaian, sentuhan naluri yang tenang akan membenih hasil seni yang menawan. aku paling suka mendengo rintik-rintik hujan. irama yang jatuh dari cucur atap (nak-nak dok kat pondok tepi kolam ikan)… Read More
  • last: sentimental from china (ni beberapa pelukis china yang bertaraf profesor) sblom aku mengakhiri edisi china ni, elok juga kita tinjau lokasi yang membuatkan aku sangat le terujanya... sesuai dengan minat yang ada... selain lukisan klasik eropah,a… Read More
  • diari hidop: mural untuk tutup kesan tapak kakisabtu1304199612.00p.m minggu exam dah nak mula dah. pagi tadi aku dengan mat not jumpa puan hamidah (pengetua kamsis dato' onn 2) discuss pasal tender lukih mural kat bangunan pentadbiran kamsis, tingkat 2. sebelum tu, perjum… Read More
  • aksesori mudah dan murah... jangan ikut aaabila orang beri sesuatu kat aku sebagai tanda kenangan, aku suka simpan menda alah tu. tak kesah la sekecil manapun fizikal dan nilainya... ia mengingatkan aku pada kawan tersebut... kengkadang aku catatkan nama dan tarikhnya… Read More

9 zmn org suka mengomen:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam,
Minat juga berkolam dan bertaman ni.. tapi cuma takut kolam tu jadi penternakan lain pulak nanti..

Ikan ntah ke mana.. jentik2 yang mendominasi...huhu

Unknown berkata...

Hero2 yg ada tu mesti depa tolong korek tanah sama kan..?Hee..

tinta kasturi berkata...

di mana ada air
kat situ memang bes..
layan rasa..

shairoh mohamad berkata...

cantiknya....
nak wat tempahan tuk umah saya nanti leh x?

terokai seni berkata...

nida ; - setiap makhluk ada guna tu, mungkin nyamuk kalu ternak byk2 kot ada fungsi lain kot (soalan utk saintis)

lanabulu ; - hero takat penyelamat dunia je, kolam dorang blum ble blajar lagi

kasturi ; - dari air diciptakan kehidupan


shairoh mohamad ; - ble bagi tau je khusus utk sktr cheras kajang

Nida n' Hanafi berkata...

Kalau takde nyamuk.. takde ler kilang ubat nyamuk atau spray racun nyamuk.. maka takdelah operator + manager dan yg seangkatan dengannya kat kilang tu... (jawapan bg pihak ahli ekonomi)

terokai seni berkata...

nida :- ni dah pakat dgn org ekonomi ni payah la nak argue... pesan jurumandi jenazah masa dok ikut kursus dulu, dia kabo kalu lalat suka ngat kat kita ada dua makna:
1. kita tak mandi
2. kita nak mati

reason mudah je, sebab lalat bole kesan bau busuk.
gamaknya sebelum kita mati bau ala-ala mayat dah ada kot...

Nana berkata...

kolam tuh cantik...tambah motor kasi arus layu sket, sesuai benarlah letak kelah!

terokai seni berkata...

nana:- tu la pasal nak join kelah tuuu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,905

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak