Isnin, 16 November 2009

perkara pertama yang aku buat bila masuk rumah baru pada penghujung 2006 ialah gali tanah buat kolam di depan laman rumah. rasa yang membuak-buak ini terpendam sejak sekian lama khususnya selepas kolam yang aku buat di kampung telah lenyap. beberapa kali ubah suai dengan dengan bantuan jiran baik, Khairil, jadilah kolam aku seperti gambar berkenaan.
memang sikap manusia tak pernah puas, kolam ini akhirnya terkambus dengan harapan baru dan lokasi baru. 2009, hampir lima hari aku menggali tanah di tepi rumah dalam bulan puasa yang lepas.. rasa macam nak mati pon ada... dan waktu itu barulah aku terasa nikmat berbuka puasa apabila setiap kali aku meneguk air, aku akan mengucapkan 'alhamdulilah' tak berenti.. (agaknya apa la yang Nabi s.a.w dan para Sahabat rasa ketika mereka berperang Badar dalam bulan Ramadhan tu ye...) dengan panjang 12 kaki dan kedalaman hanya 2 kaki je, peh... sesekali membebel sambil bekerja, "kalu aku diupah untuk gali kubur, maunya lepas seminggu baru dapat tanam kawan tu..."
(entri julai)
kolam ini masih belum siap sepenuhnya hingga kini. cuma beroperasi separuh aje kerana kerja-kerja penyelenggaraan selepas tu mesti dilaksanakan bagi memastikan tiada kebocoran. dan seperti yang paling aku tak mau berlaku tapi tetap berlaku ialah air menyerap dari bahagian mana ntah (khususnya di bahagian air terjun la)... sampai sekarang aku masih mengesannya. ikan dah masuk la dua tiga ekor untuk layan feeling.

berasa nak kongsi minat yang sama?

Related Posts:

  • jumaat KLEWON ke malam ni?"ko biasa dengo keris terbang? kalu nak aku bole bagi ilmu camana nak buat... ko kena la mandikan dan sintuk keris tertentu malam jumaat... bla... bla... bla..." kata sorang kawan veteran yang pnah melalui zaman 13 mei 1969 d… Read More
  • anak tukang rumah pencen"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." maksud surah Mukminun - 114 orang cina sibuk braya, kitorang sibuk dengan projek mega. tak … Read More
  • ewaah bukan main berpimpin tangan yea..kata akalku, "cintamu bagai taik kucing, biar dalam dikambus tetap berbau jua." cerita pasal cinta takkan habis. semua orang ada pengalaman yang pelbagai dan pandangan yang berbeza. tak perlu kupas, jadik biarkan ia lepas, … Read More
  • akan ku bawa kaumengembara.. menerokai alam fantasi … Read More
  • duit beli duitaduyai... napa la susah bebeno nak upload... ... cerita ni aku tulis time kul 1.00 petang tadi. tapi punya la teruk line... mood raya lagik? iye... tapi bukan hari raya sebaliknya bunga raya pagi tadi abih seperkara lag… Read More

9 zmn org suka mengomen:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam,
Minat juga berkolam dan bertaman ni.. tapi cuma takut kolam tu jadi penternakan lain pulak nanti..

Ikan ntah ke mana.. jentik2 yang mendominasi...huhu

Unknown berkata...

Hero2 yg ada tu mesti depa tolong korek tanah sama kan..?Hee..

tinta kasturi berkata...

di mana ada air
kat situ memang bes..
layan rasa..

shairoh mohamad berkata...

cantiknya....
nak wat tempahan tuk umah saya nanti leh x?

terokai seni berkata...

nida ; - setiap makhluk ada guna tu, mungkin nyamuk kalu ternak byk2 kot ada fungsi lain kot (soalan utk saintis)

lanabulu ; - hero takat penyelamat dunia je, kolam dorang blum ble blajar lagi

kasturi ; - dari air diciptakan kehidupan


shairoh mohamad ; - ble bagi tau je khusus utk sktr cheras kajang

Nida n' Hanafi berkata...

Kalau takde nyamuk.. takde ler kilang ubat nyamuk atau spray racun nyamuk.. maka takdelah operator + manager dan yg seangkatan dengannya kat kilang tu... (jawapan bg pihak ahli ekonomi)

terokai seni berkata...

nida :- ni dah pakat dgn org ekonomi ni payah la nak argue... pesan jurumandi jenazah masa dok ikut kursus dulu, dia kabo kalu lalat suka ngat kat kita ada dua makna:
1. kita tak mandi
2. kita nak mati

reason mudah je, sebab lalat bole kesan bau busuk.
gamaknya sebelum kita mati bau ala-ala mayat dah ada kot...

Nana berkata...

kolam tuh cantik...tambah motor kasi arus layu sket, sesuai benarlah letak kelah!

terokai seni berkata...

nana:- tu la pasal nak join kelah tuuu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,944

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak