Selasa, 13 Oktober 2009

terngiang-ngiang... heee main perang-perang antara permainan yang paling syok masa kecik-kecik dulu. bila tiba musim ni, sema bebudak akan buat senapang daripada papan. dengan menggunakan arang, papan tu dilukis dengan gambar senapang yang dikehendaki. kendiannya akan digergaji mengikut lakaran tadi. bila dah siap, ia akan dilurut dengan daun palas supaya lebih licin dan kemas. terung pipit digunakan sebagai peluru. sapa punya senapang yang panjang mesti birat belakang dibuatnya kalu kena sedas peluru tu. makcik-makcik plak hangin satu badan. baru mengidam nak buat sambal, terung pipit abih disebat dek bebudak ni. sambil berambat mengejar musuh di celah ampaian, bawah rumah atau di belakang dapur.. kekadang kitorang disergah oleh tuan rumah, "hoh pi main jauh-jauh, anak aku nak tido ni!" selain pada membuat senapang, aku juga buat keris kayu. ada member yang berminat aku pon jual la.. dapat gak topup bli eskrim. tu cerita bebudak. ni aku nak cerita time dah tua-tua ni. argh! tayah crita la korang tengok aje video klip ni. tangan aku dah brapa kali luka buat keja-keja cenggini. siap kena jahit dengan dr. haliza kat taman tenaga dulu. sibbaik doktor lawa, jadik hilang le rasa sakit luka aku.

Related Posts:

  • akan ku bawa kaumengembara.. menerokai alam fantasi … Read More
  • problemnah! baringkan segala kekusutanmu di ranjang ini agar dapat kuuliti dan kurawati dalam-dalam, kurenungi ulas-ulas bibirnya bergumam-gumam merintih sedih sebelum ini engkau yang menjemputnya ahh! datangnya dengan rawan awas!… Read More
  • ewaah bukan main berpimpin tangan yea..kata akalku, "cintamu bagai taik kucing, biar dalam dikambus tetap berbau jua." cerita pasal cinta takkan habis. semua orang ada pengalaman yang pelbagai dan pandangan yang berbeza. tak perlu kupas, jadik biarkan ia lepas, … Read More
  • jumaat KLEWON ke malam ni?"ko biasa dengo keris terbang? kalu nak aku bole bagi ilmu camana nak buat... ko kena la mandikan dan sintuk keris tertentu malam jumaat... bla... bla... bla..." kata sorang kawan veteran yang pnah melalui zaman 13 mei 1969 d… Read More
  • huwalaaa time posa aktiviti gini la paling bestdah tua-tua gini baru dapat mandi dalam kolah... masa kecik-kecik dulu jangan harap la... tunggu mak suruh basuh kolah baru la dapat berendam.. mula tu sronok la, tapi bila dah letih mulo la maleh nak nyental lumut... buat ki… Read More

6 zmn org suka mengomen:

tinta kasturi berkata...

huh, game senapang tu, aku pun layan dulu. bes.
cemomoi ni suka yang nostalgik punya kenangan ek.
bagus, bagus.. mengimbau-ngimbau saat silam bisa mengukir senyuman..

terokai seni berkata...

hemmm saja bagi generasi celik komputer ni tau betapa orang kita ni, orang melayu dolu-dolu dulu kreatif mencipta mainan sendiri. kalu tanya tok nenek kita mesti banyak lagi mainan yang dah diorang cipta yang mungkin dah pupus...

mazru berkata...

reti betui aok ber keraf tangan yek..bagus bagus

terokai seni berkata...

mazru, ayah koi tukang rumoh, ander papan lebih tu koi balun le buat senapang ke, keris ke, pedang ke...

saharul berkata...

paling best main bedil guna buah cenderai.....fuh, sakit menkala kena pipi...

terokai seni berkata...

cekgu jang:- gunakan le kertas akhbar yang dibasohkan bio kurang bahaya tu sian kat anok-anok

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,960

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak