alhamdulillah...
aku dianugerahi bakat melukih sejak kecil tanpa pnah amik mana-mana kursus secara formal. hatta sampai sekarang aku tak le expert menggunakan warna melainkan melukih kartun dengan pen dan pensel aje. kalu ada yang berwarna tu memang teruk la catannya. aku pon tak pnah cuba mengembangkan bakat tersebut atas sebab-sebab agama. member slalu tanya, "ko amik subjek lukisan ke masa SPM." "tak pon!" sebab itu aku melukih sekadar hobi, menconteng kertas ketika blajar atau meeting selebihnya hanya tersimpan sebagai koleksi .
dulu ada yang bagi tau melukih ni berdosa. di akhirat nanti kita akan diminta oleh Allah untuk hidupkan smula apa yang telah kita lukihkan tu. aku cuak juga. dalam pada tu aku cuba cari hadis sohih yang menjadik dalil. pertama yang aku jumpa, hadis mengatakan haram mengukir berhala (ukir arca atau apa-apa aje yang seangkatan dengan dia terhadap menda hidup atau yang menjadik sembahan memang sah la tak bule) yang kedua hadis menyuruh kalu tak silap Aisyah r.a supaya memalingkan sehelai kain (aku tak ingat sama ada hamparan/karpet atau langsir yang mempunyai gambar la). Nabi s.a.w tak suka atas sebab ia boleh melalaikan atau kalu dalam solat akan memalingkan fokus kita la (time semayang jemaat korang tengok la brapa ramai jemaah pakai baju yang ada gambar dan tulisan, sampai tengah baca fatehah pon sempat pulak kerling dok baca tulisan kat baju tu.. heh ghosak somayang deyan). aku takde la jumpa secara spesifik mengatakan melukih itu haram sebagaimana hadis yang mengatakan pengukir berhala itu akan dipaksa menghidupkan ukirannnya di akhirat nanti. sedikit ilmu yang aku ada: segala yang Allah jadikan asalnya adalah harus selagi belum ada dalil yang mengatakan hukumnya haram atau sebagainya. setiap yang Allah jadikan mesti ada tujuan, sebab dan musabab. jadik pada aku, melukih pon gitu la. sejauhmana kita menggunakannya le yang akan menentukan hukum halal dan haram. kalu ada tok imam tok khatib yang dapat memberikan aku tambahan maklumat untuk aku mencari jawapan di sebalik kemusykilan aku ni.. tima kasih aku ucapkan.
Isnin, 12 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 zmn org suka mengomen:
Lukislah keindahan alam...
mengesahkan ttg kajadian ciptaan Tuhan..
cantik...
Bukan semua orang boleh 'mengeluarkan fikiran/gambaran melalui pen atau pensil'/tangannya..
Mesti akan timbul dari zuriat keturunan kome yg bijak melukis nanti...
adaaa.. biasanya atas jubin atau cermin menggunakan spray dan cat minyak. tu pon dah lama tinggalkan. berharap tu tidak la tapi kalu ada yang mewarisinya nanti harap tak salah guna sudah le.
Catat Ulasan