Selasa, 13 Oktober 2009

woih abih la pisau mak tuuu...

Post oleh : budak cemomoi | Rilis : 3:48:00 PTG | Series :
terngiang-ngiang... heee main perang-perang antara permainan yang paling syok masa kecik-kecik dulu. bila tiba musim ni, sema bebudak akan buat senapang daripada papan. dengan menggunakan arang, papan tu dilukis dengan gambar senapang yang dikehendaki. kendiannya akan digergaji mengikut lakaran tadi. bila dah siap, ia akan dilurut dengan daun palas supaya lebih licin dan kemas. terung pipit digunakan sebagai peluru. sapa punya senapang yang panjang mesti birat belakang dibuatnya kalu kena sedas peluru tu. makcik-makcik plak hangin satu badan. baru mengidam nak buat sambal, terung pipit abih disebat dek bebudak ni. sambil berambat mengejar musuh di celah ampaian, bawah rumah atau di belakang dapur.. kekadang kitorang disergah oleh tuan rumah, "hoh pi main jauh-jauh, anak aku nak tido ni!" selain pada membuat senapang, aku juga buat keris kayu. ada member yang berminat aku pon jual la.. dapat gak topup bli eskrim. tu cerita bebudak. ni aku nak cerita time dah tua-tua ni. argh! tayah crita la korang tengok aje video klip ni. tangan aku dah brapa kali luka buat keja-keja cenggini. siap kena jahit dengan dr. haliza kat taman tenaga dulu. sibbaik doktor lawa, jadik hilang le rasa sakit luka aku.

google+

linkedin

6 orang adijauhari

Tulis orang adijauhari
avatar
14 Oktober, 2009 10:41

huh, game senapang tu, aku pun layan dulu. bes.
cemomoi ni suka yang nostalgik punya kenangan ek.
bagus, bagus.. mengimbau-ngimbau saat silam bisa mengukir senyuman..

Reply
avatar
cemomoi
Admin
15 Oktober, 2009 13:23

hemmm saja bagi generasi celik komputer ni tau betapa orang kita ni, orang melayu dolu-dolu dulu kreatif mencipta mainan sendiri. kalu tanya tok nenek kita mesti banyak lagi mainan yang dah diorang cipta yang mungkin dah pupus...

Reply
avatar
31 Oktober, 2009 01:50

reti betui aok ber keraf tangan yek..bagus bagus

Reply
avatar
cemomoi
Admin
02 November, 2009 09:04

mazru, ayah koi tukang rumoh, ander papan lebih tu koi balun le buat senapang ke, keris ke, pedang ke...

Reply
avatar
29 November, 2009 13:50

paling best main bedil guna buah cenderai.....fuh, sakit menkala kena pipi...

Reply
avatar
cemomoi
Admin
21 Disember, 2009 14:24

cekgu jang:- gunakan le kertas akhbar yang dibasohkan bio kurang bahaya tu sian kat anok-anok

Reply