terngiang-ngiang... heee main perang-perang antara permainan yang paling syok masa kecik-kecik dulu. bila tiba musim ni, sema bebudak akan buat senapang daripada papan. dengan menggunakan arang, papan tu dilukis dengan gambar senapang yang dikehendaki. kendiannya akan digergaji mengikut lakaran tadi. bila dah siap, ia akan dilurut dengan daun palas supaya lebih licin dan kemas. terung pipit digunakan sebagai peluru. sapa punya senapang yang panjang mesti birat belakang dibuatnya kalu kena sedas peluru tu. makcik-makcik plak hangin satu badan. baru mengidam nak buat sambal, terung pipit abih disebat dek bebudak ni. sambil berambat mengejar musuh di celah ampaian, bawah rumah atau di belakang dapur.. kekadang kitorang disergah oleh tuan rumah, "hoh pi main jauh-jauh, anak aku nak tido ni!" selain pada membuat senapang, aku juga buat keris kayu. ada member yang berminat aku pon jual la.. dapat gak topup bli eskrim. tu cerita bebudak. ni aku nak cerita time dah tua-tua ni. argh! tayah crita la korang tengok aje video klip ni. tangan aku dah brapa kali luka buat keja-keja cenggini. siap kena jahit dengan dr. haliza kat taman tenaga dulu. sibbaik doktor lawa, jadik hilang le rasa sakit luka aku.
Selasa, 13 Oktober 2009
Oktober 13, 2009
terokai seni
identiti, seni
6 comments
Related Posts:
DuNiaKu CaCaMerBa 31 kat rumah, kekadang bila takde menda nk tengok, aku akan dok ngulang video keluarga yang aku buat untuk tatapan anak2. imbauan-imbauan ini ada waktunya, melahirkan kekesalan kerana tak buat yang terbaek untuk mereka pada wak… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 27 jun 2001 tamat zaman bujang aku. tinggalkan dunia glemer kengkawan pompuan. zaman tu setiap kali balik dari asrama ke kampung mesti ada surat sampai... gamaknya cemuih posmen nganto. sebahagian surat tu masih aku simpan seb… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 28 satu waktu, kalu tak silap sekitar 2012 kot... kawan aku orang kuat politik mintak tolong... dia nak aku buat lukisan kartun mengenai aktiviti YB dia la... untuk diterbitkan dalam buletin ADUN. besa la, orang politik ni kalu… Read More
PIALA DoNiA 4-2 piala dunia piala dah diamik orang yang tinggal kat kita hanya dunia ada yang ditinggal dunia ada yang dunia tinggalkan dia ada ramai yang meninggal dunia ada sedikit yang meninggalkan dunia 4 - 2 4 untuk ak… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 30 dalam segmen 'duniaku cacamerba', aku tumpahkan segala pengalaman idop yang membentuk identiti, cita-cita dan harapan idop. memang mustahil untuk jadi manusia sempurna, tetapi sekurang-kurangngya aku mencuba segala bidang s… Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 zmn org suka mengomen:
huh, game senapang tu, aku pun layan dulu. bes.
cemomoi ni suka yang nostalgik punya kenangan ek.
bagus, bagus.. mengimbau-ngimbau saat silam bisa mengukir senyuman..
hemmm saja bagi generasi celik komputer ni tau betapa orang kita ni, orang melayu dolu-dolu dulu kreatif mencipta mainan sendiri. kalu tanya tok nenek kita mesti banyak lagi mainan yang dah diorang cipta yang mungkin dah pupus...
reti betui aok ber keraf tangan yek..bagus bagus
mazru, ayah koi tukang rumoh, ander papan lebih tu koi balun le buat senapang ke, keris ke, pedang ke...
paling best main bedil guna buah cenderai.....fuh, sakit menkala kena pipi...
cekgu jang:- gunakan le kertas akhbar yang dibasohkan bio kurang bahaya tu sian kat anok-anok
Catat Ulasan