Rabu, 19 Jun 2019

انت حر مما انت عنه ايس وعبد لما انت له طامع
"KAU merdeka daripada segala yang tidak kau inginkan dan kau adalah hamba daripada segala yang kau inginkan."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, ini merupakan dalil yang menunjukkan betapa buruknya ketamakan dan betapa terpujinya sikap qana'ah terhadap rezeki yang sudah diberi oleh ALLAH.

Ketamakan pada sesuatu sama saja dengan penghambaan terhadap sesuatu itu. Sedangkan keengganan terhadap sesuatu adalah bentuk kebebasan daripada hal itu.

Orang yang tamak akan menjadi hamba, sedangkan orang yang enggan terhadap sesuatu akan menjadi orang yang merdeka. Maka tepat jika dikatakan, "Seorang budak akan merdeka selama ia merasa puas. Seorang yang merdeka akan menjadi hamba selama dia tamak. Sifat qana'ah adalah sikap tenang saat hilangnya sesuatu yang biasa pada dirinya. Ini adalah awal langkah zuhud.

-- Disarikan daripada kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

متي اوحشك من خلقه فاعلم انه يفتح لك باب الانس به
JIKA ALLAH telah membuatmu bosan dengan makhluk, maka ketahuilah bahawa DIA hendak membukakan pintu keintiman dengan-NYA.
--Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, di antara contoh sikap jemu atau bosan terhadap makhluk adalah berasa muak ketika melihat perilaku buruk manusia, berasa lelah menyembunyikan rahsia daripada mereka, atau berasa bahawa mereka tidak dapat mencukupi keperluanmu sama sekali. Dengan perasaan jemu ini ALLAH sebenarnya hendak membukakan pintu kedekatan-NYA dengan dirimu.

Jika dia telah membuka pintu itu dan menyuruhmu dengan panggilan-NYA, maka kau akan menjadi istimewa bersama-NYA sehingga kau akan membenci selain-NYA.

Hal ini seperti dialami oleh Abu Yazid. Dikisahkan bahawa dia mendapatkan berbagai keajaiban dan keistimewaan hingga membuatnya masyhur. Kepadanya ditanyakan, "Apakah semua itu membahagiakanmu?"
Lalu, dia menjawab,
"Aku tidak sedikit pun berasa bahagia dengan semua ini."
Kemudian, dikatakan kepadanya,
"Kau benar-benar hamba ALLAH yang sejati."

Hati hanya boleh mempunyai satu arah dalam satu waktu. Jika hati tertarik atau terikat kepada makhluk, bererti ia teralihkan daripada Sang Pencipta. Hati bertindak balas apa yang dihadapinya. Bersama makhluk, ada kesenangan dan ketidaksenangan. Sedangkan bersama ALLAH, ada penghiburan, kedamaian, dan kepuasan terus menerus. Maka, melarikan diri daripada makhluk untuk menuju Sang Khalik adalah langkah terpenting bagi sang salik....

Renung-renungkanlah, fikir-fikirkanlah!
- Disarikan daripada kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Selasa, 18 Jun 2019

👹  👺Assalamualaikum wbk.

JIKA engkau bertanya tentang Al-Qur'an kepada iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tau persis kapan ayat itu turun dari langit...
Jika engkau bertanya tentang ilmu hadis kepada iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya,
kerana iblis tau asbabul wurud daripada hadis tersebut....
Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dengan tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak Nabi Adam a.s masih berada dalam syurga...

iblis ahli Al-Qur'an...
iblis ahli hadis....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu...
Tapi iblis tidak menjadi kekasih ALLAH, kerana dalam diri iblis ada kalimat...
AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan ALLAH SWT di hati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan... Juga faham bahwa ilmu tak menjamin orang pasti ta'at dan soleh.
Yang aku takut... hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasehat, namun sangat pandai menasehati.
Yang aku takut... aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.
Yang aku takut... egoku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut... aku lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
Yang aku takut... ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang yang lain berbeda denganku.
Yang aku takut... lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.
Yang aku takut... aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat kebaikan.
Yang aku takut... aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.
Yang aku takut... aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya ALLAH SWT senantiasa menyadarkanku sehingga lebih rajin instrospeksi diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik daripada diriku. Aamiin....
SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI

Wallahu a'lam bishowab.
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim.

SYEIKH Ibnu Arabi dalam kitab Al-Washaya li-Ibn Arabi pernah menceritakan keutamaan Surah Yasiin. Beliau mengatakan:
"Perbanyaklah membaca Al-Quran dengan pengkajian (tadabbur), jika engkau seorang yang alim, sebab yang demikian itu adalah zikir yang paling tinggi kepada ALLAH. Jika engkau berada dalam jamaah yang sedang membaca Al-Quran, maka bacalah bersama-sama mereka pada surah yang mereka sepakati. Jika mereka berselisih tinggalkanlah mereka!"

Syekh Ibnu Arabi bercerita:
"Jika engkau menjenguk orang sakit, bacakanlah kepadanya surah Yasiin. Kerana aku pernah merasakan bahawa surah itu sungguh menakjubkan. Aku pernah menderita sakit hingga aku pengsan dan hampir mati. Lalu, aku bermimpi melihat suatu kaum yang aku tidak pernah melihat mereka sebelumnya. Mereka hendak menyakitiku.
Lalu, aku melihat seorang yang sangat tampan dan sangat harum tubuhnya. Dia menghalau mereka daripadaku dan mampu mengalahkan mereka.
Maka, aku bertanya, "Siapakah engkau?"
Dia menjawab, "Aku adalah surah Yasiin. Akulah yang membelamu."
Kemudian, aku siuman daripada pengsanku. Tiba-tiba, aku mendapati ayahku sedang duduk di dekat kepalaku, sambil menangis. Kulihat dia membaca Surah Yasiin hingga selesai. Lalu, aku ceritakan apa yang kusaksikan di dalam mimpiku kepada ayahku. Setelah itu kutemukan dalam sebuah hadis daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda,
"Bacakan surah Yasiin kepada orang yang mati di antara kamu." 

Begitu banyak keutamaan dan keistimewaan Surah Yasiin. Maka, mari melestarikan, menjaga dan membiasakan membaca Surah Yasiin, seperti yang diajarkan oleh, guru, wali dan ulama daripada masyarkat kita secara turun-temurun, agar ia menjadi perisai diri dan penguat ibadah. Mari kuatkan jamaah zikir, tahlil dan yasiin. Semoga ALLAH SWT memberi keberkahan, keluasan ilmu dan rezeki. Aamiin.
Renung dan fikir-fikirkanlah.


Isnin, 17 Jun 2019


inilah racun dunia


ليخفف الم البلاء عنك علمك بانه هو المبلي لك فالذي واجهتك منه اللاقدار هو الذي عودك حسن الاختيار
AGAR ujian terasa ringan engkau harus mengetahui bahawa ALLAHlah yang memberi ujian. Zat yang menetapkan takdir atasmu adalah Zat yang selalu memberimu pilihan terbaik.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.


Sahabatku, menurut Abdullah Asy-Syarqawi, engkau harus sedar bahawa ALLAH dan bukan yang lainnya, DIA yang lebih mengetahui kebaikan pada dirimu sendiri. Kesedaran ini akan menjadi sebab kebahagiaan, kesenangan, ketawakalan dan kesabaran. Zat yang menetapkan perkara yang ditakdirkan untukmu seperti penyakit, hilangnya harta, dan anak atau lainnya adalah Zat yang memilih untukmu berkelakuan baik yang sesuai dengan dirimu.

Dalam kehidupan ini pun kita sering menyaksikan bahawa selalu ada orang yang berbuat baik kepadamu, dan boleh jadi sewaktu-waktu bersikap buruk dan berbuat tidak baik kepadamu. Sekalipun demikian kau tetap harus sabar menghadapi sikap buruknya, kerana mungkin saja keburukan sikapnya itu didasari oleh niat baik daripada dalam lubuk hatinya.

Demikian pula seorang hamba, jika ia mengetahui bahawa ALLAH Maha Pemurah, Maha Lembut, Maha Melihat kepadanya, maka setiap petaka dan ujian dijatuhkan kepadanya tidak perlu dipedulikan, kerana ALLAH tidak menghendaki daripadanya kecuali kebaikan.

Dengan kesedaran itu dia akan berbaik sangka kepada ALLAH dan yakin bahawa itu adalah pilihan-NYA untukmu. Dia harus yakin bahawa dalam ujian itu terkandung maslahat tersamar bagi dirinya yang tidak diketahui kecuali oleh ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
- (QS Al-Baqarah (2): 216).

-- Disarikan daripada Kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


"ما صحبك الا من صحبك وهو بعيبك عليم و ليس ذالك الا مولاك الكريم خير من تصحب من يطلبك لا لشيء يعود منك اليه."
"KAWAN sejatimu adalah sahabat yang mengetahui aibmu. Tak lain Dia adalah Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik sahabat adalah yang tidak mengharap keuntungan daripadamu."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa tak ada yang menjadi sahabatmu dengan sebenar-benarnya, kecuali Dzat yang memberimu kebaikan. Dia sangat mengetahui aib dan cela mu, tapi dia tidak pernah terhalang untuk mendekatimu dan menjadi sahabat bagimu dalam keadaan apa pun.


Padahal Dia sangat mengetahui semua perincian aibmu. Yang mahu berteman seperti itu hanya Tuhanmu Yang Maha Mulia. Seperti itulah persahabatan kaum Sufi dan orang-orang Arif yang memiliki akhlak dengan sifat-sifat Tuhannya.

Adapun orang yang menemanimu dengan kebodohannya, dia bukanlah sahabat sejati, kerana dia tidak kuasa melihat kekurangan dan aibmu. Dia tak akan mampu bersabar menanggungnya, meskipun bersabar pasti ada maksud dan tujuan yang diinginkannya.

Maka sebaik-baik sahabat sejati adalah orang yang tidak menuntut apa pun daripadamu. Seperti itulah persahabatan Tuhanmu atau orang-orang yang berakhlak seperti akhlak-Nya.

Sedangkan orang yang bersahabat denganmu kerana kebaikanmu dan manfaat yang kau berikan kepadanya, sungguh dia bukanlah sahabat sejati kerana tujuannya hanya menunaikan keperluannya sendiri yang diharapkan daripada dirimu. Namun jika tujuan itu telah terlaksana, dia akan meninggalkanmu.
Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!
  
-- Al-Hikam, Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak