Rabu, 19 Jun 2019

متي اوحشك من خلقه فاعلم انه يفتح لك باب الانس به
JIKA ALLAH telah membuatmu bosan dengan makhluk, maka ketahuilah bahawa DIA hendak membukakan pintu keintiman dengan-NYA.
--Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, di antara contoh sikap jemu atau bosan terhadap makhluk adalah berasa muak ketika melihat perilaku buruk manusia, berasa lelah menyembunyikan rahsia daripada mereka, atau berasa bahawa mereka tidak dapat mencukupi keperluanmu sama sekali. Dengan perasaan jemu ini ALLAH sebenarnya hendak membukakan pintu kedekatan-NYA dengan dirimu.

Jika dia telah membuka pintu itu dan menyuruhmu dengan panggilan-NYA, maka kau akan menjadi istimewa bersama-NYA sehingga kau akan membenci selain-NYA.

Hal ini seperti dialami oleh Abu Yazid. Dikisahkan bahawa dia mendapatkan berbagai keajaiban dan keistimewaan hingga membuatnya masyhur. Kepadanya ditanyakan, "Apakah semua itu membahagiakanmu?"
Lalu, dia menjawab,
"Aku tidak sedikit pun berasa bahagia dengan semua ini."
Kemudian, dikatakan kepadanya,
"Kau benar-benar hamba ALLAH yang sejati."

Hati hanya boleh mempunyai satu arah dalam satu waktu. Jika hati tertarik atau terikat kepada makhluk, bererti ia teralihkan daripada Sang Pencipta. Hati bertindak balas apa yang dihadapinya. Bersama makhluk, ada kesenangan dan ketidaksenangan. Sedangkan bersama ALLAH, ada penghiburan, kedamaian, dan kepuasan terus menerus. Maka, melarikan diri daripada makhluk untuk menuju Sang Khalik adalah langkah terpenting bagi sang salik....

Renung-renungkanlah, fikir-fikirkanlah!
- Disarikan daripada kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • padamkan dosa dengan amalan yang baik Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskann… Read More
  • jangan suka berhutang nanti suka kelentong dari Az Zuhri dari 'Urwah dari 'Aisyah ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam paling sering berlindung dari hutang yang tak terbayar dan sesuatu yang menyebabkan dosa. Aku pernah bertanya; "Wahai Rasulullah, ke… Read More
  • jaga maruah saudaramu Dari Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif dari bapaknya dari Nabi SAW baginda bersabda: "Barangsiapa yang di sampingnya ada seorang Mukmin yang direndahkan, lalu dia tidak menolongnya padahal dia mampu, nescaya Allah Azzawajall… Read More
  • sifat dicintai Allah Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin abdil Qais. "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai Allah, iaitu lemah lembut dan sifat berhati hati (sabar)," (Hadis riwayat Tarmizi) status… Read More
  • jenis sombong yang tak masuk syurga Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Sesungguhnya laki-laki menyukai ap… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,982

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak