Isnin, 17 Jun 2019


ليخفف الم البلاء عنك علمك بانه هو المبلي لك فالذي واجهتك منه اللاقدار هو الذي عودك حسن الاختيار
AGAR ujian terasa ringan engkau harus mengetahui bahawa ALLAHlah yang memberi ujian. Zat yang menetapkan takdir atasmu adalah Zat yang selalu memberimu pilihan terbaik.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.


Sahabatku, menurut Abdullah Asy-Syarqawi, engkau harus sedar bahawa ALLAH dan bukan yang lainnya, DIA yang lebih mengetahui kebaikan pada dirimu sendiri. Kesedaran ini akan menjadi sebab kebahagiaan, kesenangan, ketawakalan dan kesabaran. Zat yang menetapkan perkara yang ditakdirkan untukmu seperti penyakit, hilangnya harta, dan anak atau lainnya adalah Zat yang memilih untukmu berkelakuan baik yang sesuai dengan dirimu.

Dalam kehidupan ini pun kita sering menyaksikan bahawa selalu ada orang yang berbuat baik kepadamu, dan boleh jadi sewaktu-waktu bersikap buruk dan berbuat tidak baik kepadamu. Sekalipun demikian kau tetap harus sabar menghadapi sikap buruknya, kerana mungkin saja keburukan sikapnya itu didasari oleh niat baik daripada dalam lubuk hatinya.

Demikian pula seorang hamba, jika ia mengetahui bahawa ALLAH Maha Pemurah, Maha Lembut, Maha Melihat kepadanya, maka setiap petaka dan ujian dijatuhkan kepadanya tidak perlu dipedulikan, kerana ALLAH tidak menghendaki daripadanya kecuali kebaikan.

Dengan kesedaran itu dia akan berbaik sangka kepada ALLAH dan yakin bahawa itu adalah pilihan-NYA untukmu. Dia harus yakin bahawa dalam ujian itu terkandung maslahat tersamar bagi dirinya yang tidak diketahui kecuali oleh ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
- (QS Al-Baqarah (2): 216).

-- Disarikan daripada Kitab Al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'illah, syarah Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • HAKIKAT KEHENDAK ALLAH "KEPADA kehendak-Nya segala sesuatu bergantung, sedangkan kehendak-Nya tak bergantung pada sesuatu." --- Syeikh Ibn Atha'illah, Al-Hikam. Sahabatku, setiap yang memiliki wujud bersandar kepada kehendak Allah, kerana keh… Read More
  • MARI MENUJU PINTU REZEKI ALLAH SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberikan nasihat:  "Wahai anakku, janganlah kalian memutuskan diri daripada kenikmatan yang sudah saya jelaskan kepadamu. Berlarilah agar rezeki itu berjalan di belakangmu. Ini adalah … Read More
  • WASIAT SAYYID AHMAD IBN ISRIS RA DALAM MENYAMPAIKAN CAHAYA MANHAJNYA DI DALAM ILMU TASAWUF HENDAKLAH kamu mengamalkan wasiat ini, kerana nilainya lebih tinggi dan hebat daripada emas dan perak. Dengannya, kamu akan dapat mengalahkan penunggang kuda yang pantas di gelanggang perlumbaan. Bahkan, akan menyampaikan … Read More
  • UJIAN HIDUP SESUAI TINGKATAN IMAN SAHABATKU, jangan pernah menganggap ujian dan cubaan hidup yang kita jalani lebih berat daripada orang lain. Kerana, pahit-getir ujian yang diberikan Allah kepada para Rasul, Nabi dan Wali jauh lebih besar daripada apa yan… Read More
  • NASIHAT UNTUK PARA PECINTA SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Jika seorang pecinta telah sampai kepada kekasihnya, maka apakah masih ada kelelahan yang tersisa? Kelelahan akan berubah menjadi ketenteraman , jarak yang jauh akan menjadi dek… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,977

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak