Rabu, 19 Februari 2020

SALAH satu jalan salik mengenali, mendekati dan mencintai Allah adalah dengan muraqabah. Yakni sikap meyakini bahawa kita selalu dalam pengawasan Allah. Tak ada sesuatu pun yang lepas daripada-Nya. Ini adalah konsep ihsan: "menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak melihat-Nya, yakinlah bahawa Allah melihatmu."

- (H.R. Muslim).

Muraqabah juga melahirkan kewaspadaan pada diri, penerimaan, sabar, tunduk, patuh, ingat dan tawakal kepada Allah.

Penyedaran tentang ihsan ini merupakan bahagian penting yang harus dilalui seorang sufi. Sebab, kerohanianlah yang kelak melahirkan etos kerja, prasangka baik, semangat, dan kerja keras. Jadi, semakin tinggi kerohanian seseorang adalah mereka yang paling berakhlak mulia, menghargai manusia dan kemanusiaan, menjadi rahmat, serta selalu menginspirasi bagi sesama.

Mereka mampu menebarkan cahaya ilahiah bagi yang lain. Jiwanya telah sampai pada pemahaman tauhid yang tinggi, sedangkan sikap alamiah kemanusiaannya selalu bermanfaat bagi sesama.

Rasulullah SAW bersabda;

"Peliharalah perintah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Allah sentiasa berada di hadapanmu. Ingatlah Allah saat engkau dalam kegembiraan, nescaya Allah akan mengingatimu kala engkau dalam kesulitan. Ketahuilah, sesuatu yang terlepas darioadamu itu bukanlah bahagianmu dan sesuatu yang menjadi bahagianmu tidak akan terlepas daripadamu. Ketahuilah, kemenangan akan diperolehi dengan kesabaran, kegembiraan akan diperolehi setelah berpeluh-peluh, dan selepas kesulitan pasti akan ada kemudahan!"

- (H.R. At-Tirmidzi).

Related Posts:

  • muhasabah mujahadah muraqabahmencari keikhlasan di celah ramadhan almubarak penyakit hati ni bukan senang nak dibasuh... nak tambah dengan penyakit hati yang lain lebih mudah dan kadang-kadang tak perasan pon ia datang. biasa kita dengar atau kita send… Read More
  • Memberi Pertolongan Daripada Jabir RA lagi katanya, “Bahawa Rasulullah SAW biasanya berjalan dibelakang sekali di dalam sesuatu perjalanan, Baginda menolong orang yang lemah mendapatkan rombongan dan menumpangkan ke atas kenderaan yang dinaikin… Read More
  • gigi abang CANTIK! pnah ke dengo orang pompuan puji lelaki cenggitu? #picdelete tu le perangkap yang pnah diberikan sorang awek kat aku satu masa dulu. terkesima aku dengan 'ayat' dia tu. sebab, setau aku gigi aku puntang-panting (berterabur)… Read More
  • Rezeki yang Baik Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bertakwalah kepada Allah,wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yg haram." (HR.Hakim) … Read More
  • barakah pahala kaffarah dosa Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa ya… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,155

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak