Khamis, 20 Februari 2020

SYEIKH Ibnu Atha'illah mengatakan:

"Tidak ada ibadah yang lebih bermanfaat bagimu daripada zikir. Sebab, zikir adalah ibadah yang boleh dilakukan oleh orang tua dan orang sakit yang sudah tidak mampu lagi berdiri, rukuk, dan sujud.

Maka, bersihkan cermin hatimu dengan khalwat dan zikir hingga kelak kau berjumpa dengan Allah SWT. Hatimu harus selalu ingat Allah sehingga cahaya menyinarimu. Jangan seperti orang yang ingin menggali perigi, kemudian ia menggali di satu tempat sedalam satu jengkal lalu menggali di tempat lain sedalam satu jengkal pula. Jadi, airnya tidak akan pernah keluar. Tetapi, galilah di satu tempat sehingga airnya memancar.

Hai hamba Allah, agamamu adalah modalmu. Jika engkau telah menyia-nyiakan modalmu, sibukkan lisan dengan berzikir mengingati-Nya, sibukkan hati dengan cinta kepada-Nya, dan sibukkan tubuhmu dengan mentaati-Nya. Tanamlah wujudmu di tempat menanam hingga benih muncul dan tumbuh. Siapa yang memperlakukan hatinya sebagaimana petani memperlakukan tanahnya, pasti hatinya bersinar!"


-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Taj Al-'Arus.

Related Posts:

  • PENERANG JIWA ALLAH SWT berfirman: “Wahai anak Adam! Perbanyaklah bekalmu kerana perjalanan sangat jauh. Perbaharuilah amal ibadahmu kerana laut sangat dalam. Cermatlah dalam beramal kerana ash-shirat begitu halus. Dan, ikhlasl… Read More
  • APAKAH KALBUMU BUTA? "PENYEBAB kebutaan kalbu adalah kerana adanya tabir gelap (al-hujub azh-zhulmaniyah), lalai dan lupa kerana jauhnya diri daripada menepati janji pada Allah saat di Alam Arwah. Adapun sebabnya lalai adalah kebodohan seseoran… Read More
  • QANA'AH MEMBUAT HATIMU MERDEKA "انت حر مما انت عنه ايس وعبد لما انت له طامع." "KAU merdeka daripada segala yang tidak kau inginkan dan kau adalah hamba daripada segala yang kau inginkan." -- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam. Sahabatku, menurut Syei… Read More
  • GEJOLAK HATI MELEBIHI AIR YANG MENDIDIH SYEIKH Ibnu Atha'illah berkata, "Rasulullah SAW. bersabda, "Hati manusia lebih bergolak daripada kuali yang sedang mendidih di atas api."- (HR Ahmad dan Al-Hakim). Betapa banyak manusia yang kadang-kadang hatinya menya… Read More
  • MASA PENANTIAN DI HARI KEBANGKITAN IMAM Al-Ghazali mengatakan bahawa pada Hari Kebangkitan (Yaumul Qiyamah) nanti semua makhluk akan berdiri dengan mata menatap ke atas dan hati yang sangat hancur. Mereka tidak lagi diajak berbicara dan tidak ada yang menaru… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,932

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak