Rabu, 19 Februari 2020

(Wafat di Mekah, 6 Ogos 2019 pada umur 90 tahun)

💚🌻Pesan dan wasiat beliau:

1. Jika engkau melihat seekor semut terperangkap dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah... barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

2. Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalannya kaum Muslimin, maka singkirkanlah, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju Syurga.

3. Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah daripada ibunya, maka bantu, ambil dan pulangkan ia kepada ibunya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di Syurga.

4. Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia... barangkali itu mejadi sebab kelapangan dan rezekimu di dunia.

5. Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2mu, setidaknya itu menjadi amal jariah untukmu.... yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kuburmu.

6. Jika engkau tidak boleh membuat kebaikan sama sekali maka tahanlah tangan dan lisanmu daripada menyakiti, setidaknya Itu menjadi sedekah untuk dirimu sendiri.

Al-Imam Ibnul Mubaarak Rahimahullahu Ta'ala berkata:

"رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ."

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya.”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk Syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

Rasulullah SAW bersabda:

« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum."

- (HR. Muslim).

Marilah kita sentiasa berusaha dan berprilaku positif, semangat meraih hasil terbaik serta saling mendoakan akan keberkatan! Aamiin ya robbal 'alaamiin.

💚 Semoga beroleh manfa'at.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak