Ahad, 26 Januari 2020

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:

"Jika engkau mengeluarkan makhluk di dalam hatimu, maka engkau akan bersama Al-Khaliq. Dia akan memberitahumu apa yang bermanfaat bagimu dan apa yang menimbulkan mudarat."

"Allah akan membezakan antara milikmu dan milik orang lain. Oleh kerana itu, kau harus teguh dan istiqomah berada pada pintu Allah Azza wa Jalla dan memutuskan berbagai sebab (asbab) daripada dalam hatimu. Sungguh engkau melihat kebaikan di dunia dan akhirat.

Dan, sungguh merupakan sesuatu yang tidak sempurna jika makhluk dan rasariya masih menetap di dalam hatimu, sementara yang selain Allah ada dalam hatimu walaupun hanya seukuran biji atom yang paling kecil sekalipun."

"Jika engkau tidak bersabar bererti kau tidak beragama, imanmu tidak berkepala. Nabi SAW bersabda:
"Sabar adalah sebahagian daripada iman, sebagaimana kepala adalah bahagian daripada badan."

"Makna sabar adalah ketika engkau tidak mengadu kepada seseorang daripada makhluk, tidak bergantung kepada sebab, tidak membenci bencana atau cubaan, dan tidak merasa senang atas adanya cubaan.

Seorang hamba Allah adalah orang yang merendah kepada Allah Azza wa Jalla pada waktu dia fakir dan sempit yang selalu bersamanya atas kehendak-Nya. Dia tidak memandang rendah pada sifat yang dibolehkan dan dia mencampuradukkan antara yang terang dengan yang gelap dengan ibadah dan usaha, sehingga Allah akan memandang kepadanya dengan pandangan kasih sayang. Dia akan membuat hamba dan keluarganya menjadi kaya dalam arah ini."

Allah Azza wa Jalla berfirman: "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia menyediakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya."
- (QS 65:2-3).
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Fathur Rabbani wa Al-Faidh Ar-Rahmani.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak