Ahad, 26 Januari 2020

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Sibukkanlah dirimu dengan cara memperbaiki diri dan berbuat kebajikan. Tinggalkanlah omongan orang yang menyesatkan, tinggalkan kegilaan terhadap dunia. Bebaskan hatimu daripada kekhuwatiran akan dunia semampumu."

Nabi SAW bersabda, "Bebaskan hatimu daripada kekhuwatiran akan dunia semampumu."

"Wahai engkau yang tidak mengenal masalah dunia, sedarlah bahawa seandainya engkau mengenal betul masalah dunia, tentu kau tidak akan mencarinya. Jika dunia mendatangimu, pasti ia akan membuatmu lelah dan kecewa."

"Bila kau telah makrifat (mengenal) Allah tentu engkau akan mengenal yang selain-Nya. Tetapi, sayangnya engkau tidak mengenal Allah, para rasul, para nabi, dan para walinya. Engkau boleh celaka apabila tidak mengambil pelajaran daripada apa-apa yang telah terjadi pada makhluk terdahulu di dunia ini."

"Maka, carilah sesuatu yang bersih daripada urusan dunia. Tinggalkan pakaian duniawi dan hindarilah. Lepaskan pakaian nafsumu dan berjalanlah menuju pintu Allah."

"Apabila engkau telah melepaskan pakaian nafsumu daripada dirimu, bererti kau benar-benar terlepas daripada yang selain Allah Azza wa Jalla. Jika sesuatu selain Allah masih mengikutimu, maka tolaklah. Dengan begitu nescaya kau akan melihat Allah."

"Berserah dirilah selalu kepada Allah agar engkau selamat. Berjuanglah untuk-Nya agar engkau mendapat petunjuk. Bersyukurlah kepada-Nya agar Dia menambah nikmat untukmu."

"Serahkanlah dirimu dan orang lain kepada-Nya. Janganlah membantah-Nya untuk dirimu mahupun untuk orang lain. Para wali Allah tidak menginginkan suatu kehendak selain kerana Allah. Mereka pun tidak mengajukan suatu pilihan selain pilihan Allah."

"Mereka tidak bercita-cita mencari bahagian dunianya. Mereka tidak memandang bahagian orang lain. Jika ingin bersahabat dengan para wali Allah di dunia dan di akhirat, maka buatlah dirimu layak dan sesuaikan dirimu dengan mereka, dalam ucapan, perbuatan dan keinginan mereka!"

 -- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Fathur Rabbani wa Al-Faidh Ar-Rahmani.

Related Posts:

  • mati hati Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (… Read More
  • syurga menanti Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda kepada wanita-wanita Ansar, sabdanya: "Tidak seorang jua pun di antara kamu sekalian yang kematian anak sampai tiga orang, lalu dia menerima musibah itu dengan s… Read More
  • mainan 5 masa Rasulullah s.a.w bersabda:  "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat Imam Ahmad) … Read More
  • leka "Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan." (HR. Ahmad) … Read More
  • keutamaan Pelajari al-Quran Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi pernah menyatukan dua jenazah sahabat yang gugur dalam peperangan Uhud dalam sehelai kain kapan. Sesudah itu beliau bertanya, "Siapa di antara keduanya yang lebih banyak mempelajari Al Quran?… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,886

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak