Rabu, 12 Jun 2019


"SIAPA yang merasakan buah amalnya di dunia maka itu bukti bahawa amalnya diterima di akhirat."
-- Syeikh Ibnu Atha 'illah.

Menurut Syeikh Asy- Syarqawi, yang dimaksud dengan "buah amal di dunia" adalah kenikmatan dalam beramal. Jika seseorang sudah merasakan nikmatnya beramal, itu bererti bahawa amalnya tersebut telah diterima Allah selagi masih di dunia.

Abu Turab berkata, "Jika seorang hamba tulus dalam amalnya, ia akan mendapatkan manisnya amal itu sebelum mengerjakannya. Jika ia ikhlas dalam amalnya, ia akan mendapatkan manisnya amal itu saat mengerjakannya."

Amal yang memiliki sifat-sifat seperti ini akan diterima ALLAH. Jika Allah telah menerima amal seorang hamba di dunia, maka hal itu adalah tanda bahawa kelak di akhirat, Dia akan memberinya pahala, sebagaimana yang akan dijelaskan.

Sekalipun telah merasakan manisnya beramal, seorang hamba tidak layak untuk terlena dan merasa bahagia terlebih dahulu. Ia juga tidak layak berharap agar amal tersebut terus berlangsung lantaran ia merasa nikmat dan mujur di dalamnya. Hal itu boleh merosakkan keikhlasannya dalam beribadah dan ketulusan niatnya."
  
-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, disyarah oleh Syekh Abdullah Asy-Syarqawi.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak