Khamis, 13 Jun 2019


SYEIKH Abu Hasan Asy-Syadzili mengatakan, "Sesungguhnya kami melihat ALLAH dengan bashirah iman, dan itu membuat kami tak memerlukan dalil dan bukti lagi.
Sungguh kami tak beranggapan bahawa seseorang adalah salah satu daripada makhluk. Apakah di dalam wujud ini ada yang lain selain ALLAH, SANG, MAHARAJA DAN MAHABENAR? Jika ada yang lain, itu hanya seperti awan di udara: jika kita cermati tidak ada apa-apa."
Bagaimana mungkin ciptaan-ciptaan itu menjelaskan keberadaan-NYA, sedangkan DIAlah yang menampakkan semua itu?

Menurut Syeikh Abdul Halim Mahmud, sebenarnya beliau ingin mengajarkan kepada salik untuk kembali kepada manhaj Islam terkait dengan pembahasan keberadaan ALLAH. Sesungguhnya keberadaan ALLAH itu sudah jelas, sangat nampak dan zahir sehingga tak perlu lagi dalil untuk membuktikannya. Penyucian jiwa seorang Mukmin hendaknya dilalukan dengan menjauhkan diri daripada persepsi bahawa ALLAH memerlukan dalil dalam menegaskan keberadaan-NYA.

Syeikh Abu Hasan menjelaskan, "Orang-orang yang pandai mengeluarkan dalil dan bukti (keberadaan ALLAH) adalah orang awam di mata ahli syuhud. Sebab, ahli syuhud mensucikan ALLAH AL-HAQQ -- dalam penampakan-NYA (zhuhur)--daripada memerlukan dalil yang menunjukkan keberadaan-NYA. Kerana, bagaimana mungkin ALLAH memerlukan dalil sedangkan DIA yang menegakkan dalil? Bagaimana mungkin DIA diketahui dengan dalil, sedangkan DIAlah yang mengenalkan manusia pada dalil?"
 
 

--- Syeikh Abdul Halim Mahmud, Madrasah Asy-Syadziliyah Al-Haditsah wa Imamuha Syekh Abu Hasan Asy-Syadzili.

Related Posts:

  • TAUBAT PEMBERSIH JIWA BERTAUBATLAH kepada Allah setiap saat, kerana hal tersebut dianjurkan dan diperintahkan oleh-Nya. Allah SWT berfirman, "Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung." - (QS… Read More
  • ANTARA AKU, TUHAN DAN ALAM “ALLAH mengizinkanmu untuk merenungkan apa yang ada di seluruh alam. Tetapi, Dia tidak mengizinkanmu hanya berhenti pada benda-benda di semesta alam semata. "Katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit," - (QS Y… Read More
  • FAHAMILAH TAUHID PARA GURU SUFI IMAM Al-Qusyairi mengatakan: “Ketahuilah, wahai hamba-hamba yang dikasihi Allah, sesungguhnya para guru kaum sufi telah membangunkan kaedah-kaedah ajaran sufi di atas prinsip ketauhidan yang benar. Mereka menjaganya darip… Read More
  • RINDU KEPADA ALLAH DAN KETENANGAN JIWA DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada Allah SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah. Suatu … Read More
  • JIKA ENGKAU BERASA KECEWA, BERERTI JAUH DARIPADA ALLAH “JIKA hatimu masih berasa kecewa dan sedih bererti masih terhalang untuk menyaksikan-Nya," jelas Syekh Ibnu Atha'illah. Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika hati kita masih berasakan kecewa, sedih dan g… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

358,514

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak