Pertama: Kerana mengambil kesempatan bercuti pulang ke Kampung.
Kedua: Mengikuti Ijtihad Imam Badruddin al-Aini. Imam Badruddin al-Aini w855H telah Mensyarahkan Hadith Sahih Al-Bukhari dalam kitabnya al-Umdatul Qari, ketika Mensyarahkan Hadith Nabi SAW yang pulang dengan jalan yang berbeza dari Solat Aidilfitri, beliau menyebut 20 hikmah dari perbuatan Baginda Nabi SAW, dan salah satu daripada Hikmahnya ialah;
ليزور أَقَاربه الْأَحْيَاء والأموات
iaitu Baginda Nabi SAW menziarahi kerabat Baginda yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Penjelasan ini menunjukkan Baginda Nabi SAW menziarahi kubur ketika pulang dari Solat Aidilfitri, dan ini adalah ijtihad dari para Ulama' yang Muktabar dari kalangan Muhaddithin serta Sejarahwan yang Setaraf dan Sezaman dengan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani.
عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. (4) مصنف ابن أبي شيبة – (ج 2 / ص 70)
“Daripada Atha’ Bin Saib dia berkata: “Saya Solat Subuh di Masjid ini pada Hari Raya Aidilfitri, ternyata bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah Bin Ma’qil. Setelah kami melakukan Solat, keduanya keluar dan saya juga keluar bersama mereka menuju ke Kuburan.” (Mushonnaf Ibni Abi Syaibah, 1/70)
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan