Rabu, 12 Jun 2019


Al Syeikh Abu Bakar Al Jazairi,di dalam bukunya Manhaj Muslim berusaha membela fahaman Wahhabi dengan mengatakan bahawa perkataan tangan , istiwa , wajah , dan lain-lain yang dinisbahkan kepada Allah tidak perlu ditakwilkan dengan alasan semuanya itu hanya sama pada nama sahaja tetapi tidak sama pada hakikat seperti ‘mata Allah’ dan ‘mata makhluk’ sama pada nama mata tetapi hakikat mata Allah itu tidak sama dengan hakikat mata manusia.

Nah lihatlah bagaimana beliau telah terkeliru antara hakiki dan majazi,sehingga beliau tidak dapat menempatkan kedua-dua istilah itu dengan betul.Sesungguhnya kudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam adalah hakiki bagi Allah dan majazi bagi makhluk.

Sebab itu apabila dikatakan makhluk itu berkuasa, maka yang demikian adalah secara majazi sahaja kerana yang berkuasa pada hakikatnya hanya Allah. Oleh itu sah jika dikatakan kudrat Allah dan kudrat makhluk itu sama pada nama tetapi tidak sama pada hakikat.Sedangkan lafaz tangan dan seumpamanya, adalah hakiki bagi makhluk tetapi majazi bagi Allah.

Maka tidak sah jika dikatakan mata Allah dan mata makhluk misalnya,dikatakan sama pada nama dan tidak sama pada hakikat kerana pada hakikatnya Allah Taala memang tidak punya mata hakiki seperti yang ada pada makhluk.

Sebagai kesimpulannya kita wajib berpegang kepada Imam Abu Hasan Al Asy'ari di dalam akidah kerana hanya dengan akidah Asy'ariah sahajalah kita terselamat dari sebarang penyelewengan dan kekeruhan.
 
 


0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak