Khamis, 18 Ogos 2011

Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Baginda Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada para Sahabat; “Tahukah kamu sekalian akan siapakah gerangannya orang yang MUFLIS!"

Para sahabat pun meneka; “Setahu kami, MUFLIS itu bermaksud orang yang tiada wang yakni dirham dan tiada harta miliknya."

Baginda Rasulullah s.a.w menjelaskan; “Sebenarnya MUFLIS di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat yang penuh sarat dengan pahala solat, pahala puasa dan pahala zakat. Akan tetapi, malangnya dia di dunia dulu sering mencaci maki si Fulan dan menuduh si Fulan dengan tuduhan yang palsu dan dusta. Dia juga pernah menumpahkan darah si Fulan dan memukul si Fulan. Sebagai hukumannya, pahala kebajikannya baik pahala solat, puasa dan zakat serta lain-lainnya di dunia, akan diserahkan kepada mereka yang dizaliminya hingga apabila selesai pahalanya, maka akhirnya diambil pula dosa-dosa orang yang dizaliminya lalu dicampakkan kepadanya dan akhirnya dia pula dihumban ke dalam neraka”. (maksud hadis riwayat Imam Muslim).

psst: banyakkan sedekah dalam bulan posa ni, jangan lupo bayar ftrah, zakat pendapatan, zakat simpanan dan zakat emas kalo ada terlebih nisab dan cukup haulnya...

Related Posts:

  • ada penyakit Iri Hati? Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang: 1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan 2. Orang yan… Read More
  • nilai DuniA Mewartakan kepada kami Yahya bin Habib bin 'Arabiy; mewartakan kepada kami Hammad bin Zaid, dari Mujalid bin Sa'id AlHamdaniy, dari Qais bin Abu Hazim Al-Hamdaniy, dia berkata: Mewartakan kepada kami Al-Mustaurid bin Syadd… Read More
  • naluri solat Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah orang Islam bertambah banyak, mereka mengusulkan supaya memberitahukan waktu solat telah tiba, dengan suatu tanda yang mudah dikenal. Ada yang mengusulkan supaya menyalakan api a… Read More
  • lorong ke NERAKA Ibnu Abbas r.a. menceritakan: "Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukan… Read More
  • kehebatan khulafa ar-rasyidin Ibnu Umar r.a., berkata bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi: Seseorang datang kepada ku memberikan segelas susu. Lalu ku minum susu itu, sehingga ku lihat air merengat … Read More

14 zmn org suka mengomen:

Asmi Asmidar berkata...

Muflis kat dunia takpe lagi kalau akhirat . .Masya-allah

Anaasuria berkata...

Kena selalu ingat hadis ni supaya tak memufliskan diri tanpa sedar...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang diam tak bersuara bila orang lain buat naya dan fitnah juga
penyokong sizalim juga muflis diakhirat.

Miecyber berkata...

Semuga kita semua tidak muflis..

Mohamad berkata...

Salam Ramadhan..
Semoga sama-sama kita kaya di dunia ataupun di akhirat..

ajumohit berkata...

Teringat Anak2 yatim piatu berumur 6/7 tahun masih kecil tp mendahulukan adik2 lain yg masih Kecil ketika mkanan diagihkan... Mmg bergenang airmata bila diingati, dermalah walau sedikit tp besar nilainya buat anak2 ini....

zaty luvlianncez berkata...

jangan lupe bayar zakat =)

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
petua cari jodoh!

zulkbo berkata...

salam..
terima kasih peringatan tu..
rasa takut sangat jika ada dosa
sesama insan..moga terampun salah dan silap :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Muflis di akhirat satu bencana yang sangat dahsyat dan penyesalan yang takkan ada maknanya..

ummiross berkata...

Takut menjadi orang yang muflis diakhirat, moga Allah ampunkan kiranya kita ada terlalai...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum cemomoi..

trime kasih mengingatkan kami disini..insyaAllah, pesanan cemomoi itu kami akan ingati

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Mengikut yang kak dengar daripada Ustaz Kariman, ketika hurai satu ayat dalam surah al-'Ankabut yg bagi tahu bila kita mencaci, mengumpat dsbnya maknanya kita makan daging saudara kita.. dan katanya lagi Nabi pernah tegur ada di kalangan para sahabatnya yang baru sahaja mengumpat mulutnya masih basah dengan darah (hanya Nabi dan org yang diberi kasyaf saja dapat lihat). Maksudnya kata ustaz perkara ni berlaku ketika masih berada di dunia lagi.. seram dengarnya.. semoga kita dapat kawal diri..

si para para berkata...

semoga kita terhidar daripada menjadi muflis di dunia dan di akhirat..

banyak sedekah dan amal soleh..

Unknown berkata...

mmg terasa banyak tul yg "muflis" dlm diri nih.....

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

358,882

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak