Jumaat, 19 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 1

memanjangkan peringatan yang panjang ni (dengan sedikit suntingan) untuk kita amik ikhtibar

.......

ketika kami sedang bersama rasulullah s.a.w di kediaman seorang sahabat anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? sebab kalian akan memerlukanku. "

rasulullah s.a.w bersabda:"tahukah kalian siapa yang memanggil?"
kami menjawab: "Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
beliau melanjutkan, "itu iblis, laknat Allah bersamanya."
umar bin khattab berkata: "izinkan aku membunuhnya wahai rasulullah"
nabi s.a.w menahannya: "sabar wahai umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
ibnu abbas r.a berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. pada janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah s.a.w lalu bertanya kepada iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

iblis segera menjawab: "kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

diringkaskan: selain itu, manusia yang dibenci syaitan ialah:

1. pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.

2. orang alim dan wara'

3. orang yang selalu bersuci."

4. seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain - tanda kesabarannya; ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar

5. orang kaya yang bersyukur - tanda kesyukurannya; ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

9 orang adijauhari:

cik nurussalwa berkata...

jum jadi orang yang dibenci syaitan tu!

:)

fadh leyanie berkata...

perkongsian yang bagus..syaitan sememangnya mmbenci manusia yg benar di jalan Allah swt,.

azieazah berkata...

Dalam dunia sekarang, manusia yang perangai macam iblis pun dah ramai...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Untunglah orang yang dibenci oleh syaitan

ckLah berkata...

Sayang Allah...itu saja yang kudambakan.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Dibenci syaitan jauh lebih baik dibenci sesama manusia.

Semoga kehidupan kita diredhainya.

TQ.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Jelas syaitanlah musuh utama kita dan wajarlah kita memeranginya dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul..

shameel Iskandar berkata...

berbahagialah org yg dibenci oleh iblis dan meranalah org yg dicintai iblis.

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

cik nurussalwa: kalolah dapat jadik cam saidina umar, ditakuti setan

fadh leyanie: jangan kita glemer di sisi setan

kak azieazah: iblis dah goyang kaki je...

kak werdah: tentulah sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah

ckLah: yaps! mencari mardhatillah

Admin P@P: betui tu, kalo berhutang dengan manusia akan dicari di akhirat

Abd Razak: kena perteguh iman nak bina kekuatan islam dan pertingkat benteng taqwa

shameel Iskandar: kita patut gembira melihat syaitan menangis,jangan biarkan syaitan gembira melihat kita menangis

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong