Jumaat, 20 Mei 2011

pra khutbah (n3 khatib tak bertauliah)

Post oleh : budak cemomoi | Rilis : 10:13:00 PG | Series :
orang kata, nak tau kekuatan dan kelemahan diri kita, selidiki le daripada musuh kita

setahun beli buku ni baru khatam. teruk tul... puncanya, membaca time nak seru ngantuk mai selepas berblog sampai tengah malam. takdan 2, 3 minit hanyutttt.

kenapa kita kena baca buku cenggini? sebab ada orang tanya, apa pekdah dok kaji hal dorang, agama sendiri pon tak abih ngaji... ada logiknya soklan tu. tapi bila kita baca buku camni, kita akan dapat lihat kehebatan agama kita daripada perpektif berbeza. melihat mereka mengkaji islam dan rasulullah s.a.w (walopon untuk tujuan permusuhan) dapat le kita kenal lebih dalam kekuatan islam.
kebencian yang ditaburkan kepada islam akan menjadi ukuran kepada kita. sama ada kita berupaya untuk menjawab soklan mereka. terlebih daripada itu, sebenarnya kajian orientalis ini sebenarnya menghukum kita, sejauhmana pengetahuan kita terhadap agama kita sendiri?

kita hanya pandai mendakwa bible telah diubah, tapi kita tak mampu menjawab soklan 'apa yang telah diubah?' orang tanya, apa perlu kita kaji perubahan itu? takpe tinggalkan dulu soklan mereka tapi jawab soklan musuh islam ini. antara dakwaan musuh islam, al-quran juga telah diubah! alasan mereka dengan menggunakan ayat nasakh dan mansukh... tau ke kita istilah tu? alasan kedua mereka, saidina uthman telah membakar semua mushaf kecuali yang telah ditulis semula yang dikenali dengan nama mushaf uthmani... tau ke kita sejarahnya dan dapat ke kita jawab soklan dorang?
jangan lupa baca juga tulisan dr. maurice bucaille tentang perbandingan al-quran, bible dan sains... kita akan dapat menyelami betapa mukjizat al-quran itu bukan sekadar di bibir kita aja yang dok mencanangkannya... selamat mencuba dan selamat beramallll

psst: kalu nak kenal lebih lagi tentang keindahan islam, sesekali kena juga ke tengok dari perspektif musuh kita.

google+

linkedin

24 orang adijauhari

Tulis orang adijauhari
avatar
20 Mei, 2011 10:23

yup setuju,,uncle kekadang suke juga bace buku macam ginih...membantu kite



suke juge mengkaji Freemason & Illuminati...syok, at least kite tahu sesuatu

Reply
avatar
Ampuan Awang
Admin
20 Mei, 2011 10:24

err, kalau nak tahu kebaikan diri kita tanyalah sahabat; kalau nak tahu keburukan diri kita bertanyalah kepada musuh. heh heh heh

Reply
avatar
20 Mei, 2011 10:43

Membaca adalah cabang ilmu. Keknya kawan nei asal membaca tak dan lama mengantuk selalu hehehe..

Reply
avatar
Abd Razak
Admin
20 Mei, 2011 10:46

Assalamualaikum...

Benar apa yang dibicarakan. Dulu saya ni cetek juga dengan hal-hal yang sdra kemukakan, namun lepas beberapa kali menghadiri kursus perbandingan agama barulah ada sedikit ilmu untuk menjawab soalan-soalan orang bukan Islam kepada kita...

Reply
avatar
20 Mei, 2011 11:01

sekadar ilmu takde masalah..mcm org yg amek bidang perbandingan agama..nak dpt ilmu dari agama lain bukannya amalan kan

Reply
avatar
Kakzakie
Admin
20 Mei, 2011 11:41

Dua-dua buku tu kakak belum baca dan tak ada pun. Namun benar membaca buku seperti itu akan membuka minda kita membuat penilaian sejauh mana ilmu kita tentang agama kita.

Baguslah cemomoi...

Reply
avatar
20 Mei, 2011 12:09

Aku beli satu buku tu... Yakjuj & Makjuj di Sebalik Gunung sampai hari ni pun tak khatam lagi.

Pening aku dibuatnya.

Reply
avatar
LIPISLADY
Admin
20 Mei, 2011 12:43

Sallam cemomoi,

Pening juga kepala yek kalau tak tau menda2 tetiba orang lain tuduh macam-macam terhadap Islam, nak jawab macam mana, bagus juga buku2 cengini untuk pengetahuan.

Reply
avatar
20 Mei, 2011 13:39

Wah,,,bagus lah entry ni >.<
nak tau kekuatan dan kelemahan diri kita, selidiki le daripada musuh kita.
betol3

Reply
avatar
Abu Aiman
Admin
20 Mei, 2011 15:39

saya pun suka membeli buku, tapi nak ngabihkan baca tu slow jugak, hehe.

betul, buku2 mcm ni dapat lebih membuka minda kita...

Reply
avatar
cik sakdi
Admin
20 Mei, 2011 20:29

betul la persoalan2 tu kite xdapat jawab coz kite lbh banyak bace buku duniawi spt contoh detektif conan hehe btw, try nak berubah ni. ngehehe

Reply
avatar
Cik SHiNJU
Admin
20 Mei, 2011 23:17

Ho'oh yek...dok sibuk2 kata bible dah diubah tp x dpt jwb ape yg diubah tu... Kalau ade ilmu boleh la berkongsi dgn org lain...

Reply
avatar
anitaare
Admin
21 Mei, 2011 02:45

betul tu saya juga suka baca buku2 cam gini..kita dapat tahu kelemahan musuh kita..maka makin terserlahlah keindahan Islam kita

Reply
avatar
21 Mei, 2011 03:29

p/s: blog tuan hamba dah dinaiktaraf jadi blog yang dibace hari2 oleh uncle syaf..he3, insyaalah cube tak ponteng bace blog ni..thanks cuz support uncle..he3

Reply
avatar
Mohd Yazan
Admin
21 Mei, 2011 10:53

Dah ada semangat membaca tu kira oklah cemomoi..haa

Reply
avatar
zulkbo
Admin
22 Mei, 2011 00:50

salam..
jika kita hendak berdakwah kepada bangsa lain kita perlu tahu apa kemahuan dan apa yang mereka fahami sekarang..

Reply
avatar
So Shy Lady
Admin
22 Mei, 2011 01:16

ms pesta buku thn lpas mmng ada bli byk buku sbgini tp smpAI skrg t.haBiS2 baca lg...

Reply
avatar
werdah
Admin
22 Mei, 2011 09:50

Assalamu'alaikum cemomoi

Kak belum ada lagi buku tu, dulu ada buku dialog paderi dengan seorang imam dibuat dalam bentuk kartun, lama dah buku tu dalam tahu-tahun 80an tapi dah hilang entah ke mana, bila ustaz Kariman sebut bahawa paderi tu akhirnya peluk Islam selepas dialog tu kak cari semula tapi tak jumpa juga.. insyaAllah nak cari juga dua-dua buku ni.. memang elok kita baca untuk memudahkan kita menjawab soalan sahabat kita yang non muslim

Reply
avatar
Jejaka Desa
Admin
22 Mei, 2011 14:04

Ande versi Melayu tak...

Reply
avatar
noorlara
Admin
23 Mei, 2011 16:32

bagaimana akan timbul rasa cinta kasih kepada Al Quran kalau kebanyakan kita jgnkan nak membacanya setiap hati iaitu dimasukkan dalam jadual haria hidup kita mengenal huruf, makhraj apalagi hukum tajwidnya (lom lagi taranum) pun tidak.

Reply
avatar
ckLah
Admin
23 Mei, 2011 21:21

...membaca, boleh merungkai segala.

Reply
avatar
cemomoi
Admin
25 Mei, 2011 12:01

assalamualaikum:

Uncle Syaf: eelok tu, menambah pengetahuan dan sekurang-kurangnya kita tau rupanya banyak lagi yang kita tak tau

Ampuan Awang: musuh je yang klaji kelemahan dan kekuatan kita...

akuanakpahang: buat ubat tido...

Abd Razak: kekadang kita sokmo tengok dari kaca mata kita, sesekali kena lihat juga dari kaca mata orang lain

sahromnasrudin: untuk tau dan tak tertipu...

Kakzakie: banyak buku cenggitu di pasaran, yang ada tu sekadar contoh. yang penting kita kena tau strategi dorang untuk kita sokmo bersedia

azrina: ngeh3x masa beli, semangatttt... besa la tu, sebab tu kena berguru tu

kak LIPISLADY: kalu kita ni suka dok komen deme tetiba deme tanya ke kita tak dapat jawab, haru kitaaa

Natasya A'lia: biasanya kawan takmoh kabo kelemahan kita...

Abu Aiman: takpe, beli buku banyak-banyak bule buat topop bayo lhdn

cik sakdi: aik, c.conan kan dah ada yang kartun tu... tak puas ya kena baca baru thrill

Miecyber: dari buaian hingga liang lahad le katanya...

Cik SHiNJU: koi baca time nak tido jadiknya tak brapa nok paham juga...

anitaare: dorang kaji dengan penuh takjub jadik kita akan tau aura keindahan tu cuma ati tertutup buat mereka terus buta dalam ketakjuban mereka sendiri

Uncle Syaf: tima kasih kerana sokongan kuat tu... orang memberi kita merasa... kongsi bersama...

Mohd Yazan: semangat yang terbenam bersama tidur yang lena...

zulkbo: kata orang marketing "tau kehendak pelanggan"

So Shy Lady: buat koleksi... tengok buku kat rak pon buat ati rasa puas, tu blom baca lagi tu

kak werdah: rasa-rasa cam pnah tengok komik tu, tapi ada satu novel dialog paderi dengan sorang budak yang saya baca time awal sekolah menengah, kendian bila dah keja beli balik buku tu...

Jejaka Desa: memang versi Melayu le ter

noorlara: tul tu... baca time ada baca yasin untuk tahlil gamaknya kita ni tu pon kalu ada oang buat

ckLah: jambatan ilmu...

Reply
avatar
Yastro
Admin
27 Mei, 2011 01:22

tak pernah lagi baca buku2 ni..
kalau le ade ygg menanya...kompom koi x tau punya..:(

Reply