Selasa, 24 Mei 2011

antumus sabiqun wa anas sahiqun

"lepas ni wheelchair ni awak bule buang la"

"napa nak buang pulak, kan nak guna lagi..."

"saya tak guna dah. tak guna selama-lamanya daaah"

"awak jangan pegi mana-mana... saya ni dah nak mati dah..."

"dia baring atas kerusi malas, lepas tu suruh tutup tv, takde semput ke, sesak ke terus dia pergi..." dalam sedu, bekas pengasuh anak aku bercerita.

apa lagi yang bole aku kata, sekadar memujuknya sabar atas ketentuan Ilahi. ada hikmah dia pergi, sekurang-kurangnya setelah lama menanggung sakit.

sebenonya aku dah nak sampai opis, baru prasan ada 3 miss call dan satu mesej, "aki dah ninggal" gelaran kepada suami pengasuh anak aku tu le. bergegas le balik dan terus je amik cuti emergency. lepas zohor ni tadi baru selesai kebumikan. semoga Allah memeliharanya beliau dah merahmatinya sejak pada hari yang amat menakutkan ini hinggalah kita dimasukkan ke jannatu naim. "perjalanan awal memasuki alam barzah" kata tok imam yang membacakan talkin tadi...

21 orang adijauhari:

Abu Aiman berkata...

inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun...

munna berkata...

Al-Fatihah buat Aki....mudah je arwah pergi dah mcm dah tahu yg dia nak meninggalkan dunia ni

Miecyber berkata...

Al Fatihah.....

Taman Gantung

a.samad jaafar berkata...

al-fatihah buat arwah..
setiap kematian itu menghantar isyarat buat kita yg masih bernafas..

Adinda Amy Sensei berkata...

cemomoi...lama sepi, apa khabar??

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah mengampunkan segala dosanya dan menempatkan dalam kalangan orang yang berbahagia di sisi~Nya.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum

DaripadaNya kita datang keoadaNya kita kembali.. semoga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan ke golongan yang dirahmati..

anitaare berkata...

Al-Fatihah

susah atau senang cara seseorang itu pergi mengadap Ilahi..teladan pada yang masih hidup

ajumohit berkata...

semoga rohnya ditempatkan bersama org yg berimann

sahromnasrudin berkata...

al fatihah utk arwah..kiter tidak tahu pula bilakah masanya...

Kakzakie berkata...

Masya-Allah mudahnya dia pergi.... Sesungguhnya Allah maha pengasih dah maha mengetahui.

Moga aki ditempatkan bersama-sama mereka yg beriman....

Jejaka Desa berkata...

Al-Fatihah...

Yastro berkata...

Al fatihah buat arwah...
selalu cam tu...
org yg dah hampir2 dihujung nyawanya seakan2 mendapat firasat disaat akhirnya..

(teringat kat arwah nenek jugak...kisah yg hampir2 serupa, cuma arwah sempat panggil semua anak2 dan menantu tuk memohon ampun....)

^ Uncle Syaf ^ berkata...

alfatihah pada arwah

cik sakdi berkata...

huhu, macam tahu2 je dia akan pergi. :( al fatihah.

Azmie berkata...

al fatihah..

arwah abah pun pergi dgn mudah.. dia suruh mak tido dan xpayah jaga dia lagi.. rupa-rupanya mlm tu arwah abah pergi buat selama-lamanya..

semoga mereka tergolong di kalangan org2 yang beriman.. aminn..

kiwi berkata...

inna lillah..sme2 la kite sedekahkan al fatihah kat allahyarham

POSH76 berkata...

alfatihah...

Ati Masrif berkata...

al-fatihah buat arwah

mudah saje dia pergi...
semoga di ampunkan segala dosa

Myra Jay berkata...

Innalillah, moga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan yang beriman..

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

terima kasih atas doa saudara semua.

semoga doa kita kepada saudara kita yang telah kembali ke rahmatullah akan dapat memberi manfaat dan rahmah daripada Allah untuk bekalan mereka di sana sehinggalah sampainya waktu kita pula bergabung dengan mereka dan berharap pula pada doa orang lain yang masih idop....