Jumaat, 6 Mei 2011

"eeee nangis, uuuu dapat hadiah pon nangis!!!"

kena cubit skali...

masa aku balik rumah itu ari, aku nampak mata merahnya... tapi ati lelaki yang penuh ego ni buat deeek je.

"hadiah apa tu?"

"la hadiah hari ibu la... patutnya abang kena bagi kat mie..."

"aphal lak nak kena bagi? kalu abang nak bagi pon, abang takan bagi kat mie" keras ati tul, kan?

"napa?"

"laaa... hari ibu, kan? bagi kat mak abang la..." tu adil - meletakkan sesuatu pada tempatnya. tul, kan?

(istana cinta ni rasanya ada kat pulau bonggi je ni)

diam.

kluo jap, masuk balik bilik... baru la berlangsung dialog mula-mula tu tadi... apsal?

'mama along mintak maaf sebab along melawan... selamat hari ibu' - tulisan yang pontang-panting dengan sebuah hadiah anak patung yang dibeli menggunakan duit belanja hari tu sambil menahan lapar untuk belikan hadiah tersebut dari anak sulungnya... tak heran la dia nangis! sentap tangkai jantung le tu...

angah terpingga-pinga tak ingat tarikh tu, tapi tak mau kalah, "mama, tunggu hari ahad ni yea!"

"ko ada duit?"

sengih, diam...

pssst: sori takde gambo hadiah tu sebab kamera dah rosak la pulak....

33 zmn org suka mengomen:

Kakzakie Purvit berkata...

Alahai romantik gak ye bujang comel tu. Tak sangka kakak, sebab itulah merobek tangkai jantung mama dia. Sayu tau bila anak kecik pun tahu menilai erti kasih ibu.....

Ateh Nour berkata...

Sallam,

Pandainya adik tu menghargai kasih ibunya.Siang2 lagi dah beli hadiah.Memang terharu sangat kalau anak2 ingat tarikh tertentu berkenaan kita

Nida n' Hanafi berkata...

olorrrr... sayu pula baca kisah ni. Maklumlah naluri seorang ibu, dapat menyelami apa yg dirasa...

Ati Masrif berkata...

hati seorang ibu kan...

cemomoi..hang tak patut tau
apasalahnya bagi hadiah...coklat ka
pasti berbunga hati si isteri tau..

cuba ye ^_____^

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Ingat pada ibu dan ayah dalam doa kita setiap hari...

shameel Iskandar berkata...

Bagus sekali, anak2 kecil diasuh agar mengerti pengorbanan ibu dan sekali gus mentaati ibu.

Unknown berkata...

Tia segan nak bagi hadiah kat ibu .. huu

Aku Anak Pahang berkata...

Ayah dan ibu tanpa mereka kita tidak dpt melihat bulan dan matahari.

Tanpa Nama berkata...

terharu dgn keletah anak2 tu.. ahad neh x dpt balik kg jumpe mak.. tp ahad depan mmg bole balik sbb da mintak cuti sampai 18hb.. coklat pun da tempah.. tunggu kepulangan anakmu ini ya ibu.. kita cuti2 malaysia!! haha~~

Mak lagenda berkata...

mmg tersentuh hati si ibu dgn sikap prihatin si anak..apaknya??

Miahahaha..keras btl hati yea!

Unknown berkata...

memang jenoh dgn date yg istimewa nih...
memangjang kena huluq saja..hee

Abu Aiman berkata...

Lama tak bagi hadiah, tapi telefon kena selalu, ibu tinggal sorang sekarang...

Nizam Awang Brahim berkata...

Kene ingat sokmo ter weh...

dyea irdina berkata...

Ahad ni ari ibu ek....nasib mak ada kat umah ni br datng dr kg leh la celeb ngan dia...

zulkbo berkata...

salam..
saya tak reti nak sambut hari ibu nih..buat baik pada mak ayah selamanya itu yang penting..alhamdulillah orang rumah saya pun saya kalau boleh tak nak ajar, wish-wish ni..he he

ajumohit berkata...

selamat hari ibu

Tanpa Nama berkata...

hari ibu = ahad kedua bulan Mei setiap tahun.. selain hari ibu, bulan Mei ni ada hari guru, hari jururawat, hari belia.. terima kasih ibu..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

selalu ingat mak.. semoga damai di sana.. semoga semua anak menghargai jasa bonda..

Melatidaisy berkata...

alahai sweetnye along..mau ibu die x sentap..kalau sy pon confirm touching :)

Miecyber berkata...

Selamat hari ibu kepada ibu ibu..

Osama Laden seorang Idola

nadbaptist berkata...

cemomoi,

nak kena ada hari isteri pulaklah ye..baru kena pada tempatnya nk bg hadiah..hehe

cian ngan isteri..

Amri Abd Rani berkata...

Selamat Hari Ibu...

Sham berkata...

ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku...

ckLah @xiiinam berkata...

Banyak hari nak di ingat dalam bulan Mei ni ya...
Yang pasti, Mei ini cklah akan berrpisah dengan seorang lagi anak cklah...demi mengejar cita-citanya...

Woofer Storm berkata...

slmt hari ibu buat ibu kamu ye...

*rindu ngan ibu sy..ermmmm

sahromnasrudin berkata...

alamak cemomoi..pakaila enset snap pic erk hehehehehee..nk tgk kad tue...

Unknown berkata...

sedihnya.....

Tanpa Nama berkata...

ahaha. comelnya!

munna berkata...

munna pun nangis klu anak2 kasi hadiah..klu en abg yg kasi pun nangis juga..biaslah hati nurani perempuan

cik sakdi berkata...

meh nak cubit pipi budak tu, HAHA

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

Kakzakie: time dia hengat, time tak hengat, rasa cam plastik nak diperonyokkan je

LIPISLADY: bebudak sekarang ni dah biasa dengan menda gitu tu yang ingat tu

Nida: banyak sangat tengok industan kot, asik nak nangis je...

Ati Masrif: eee anak tak bagi makan cekelat, ooo rupanya maknya yang nak makan heh!

Abd Razak: sekurang-kurangnya 5 kali sehari, insyaallah Allah makbulkan doa kita nanti

shameel: harap jadik anak soleh

Ini Kisah Tia: cuba sekali mesti nak bagi lagi...

akuanakpahang: nak balik kampung pon tak berseri kalo deme dah tak ander

Azmie: jangan nyanyi lagu 'balik kampung' plak, kang kitorang pon nangis!

lagenda: apaknya kontrol macho!

Lana~Bulu: huloq jangan sampai kebuloq

Abu Aiman: mesti ibu slalu dok tunggu tipon

Jejaka Desa: lepas ni ari apa pulok dah...

dyea irdina: jangan blanja kopok lekor heh!

zulkbo: sama le... berbuat baik dan paling penting doakan kerahmatan untuk mereka

ajumohit: ibu, semoga dikau selamat sepanjang masa

Hisyam Muhibah: addoi la kalo cekgu nak kena bagi hadiah, jururawat pon minta jugak... argh!!!

kak werdah: menjadi anak soleh hadiah terbaik buat ibu

melatidaisy: tak minta apa-apa, kan? bukan buat baik ada makna ni..

Miecyber: ibu, kau la ratu atiku

anitaare: befday dia nak bagi hadiah, anniversary pon nak bagi hadiah, takan hari ibu pon nak hadiah kat dia juga... sian kat para suamiiii

Amri Abd Rani: moga para ibu berbahagia slalu

Sham: mic mana ni, nak karaoke sikit!

ckLah: dah sampai masa untuk dia berdikari...

Woofer Storm: buat ibumu dan semua para ibu juga...

sahromnasrudin: takyah la... kang lagi sentap nengok ada kat dalam blog ni...

alimaz kembara terasing: dia sedih, kita buat deeek jugaaa

maCy: sapa? bapaknya ke? eeee

munna: iskh susah la camni... orang bagi suruh epi!

cik sakdi: cubit la pipi bapak budak yang paling cool ni..

terokai seni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
terokai seni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak