Rabu, 4 Mei 2011

kami bersembang dari satu topik ke satu topik, dari kafe sudahnya tepi tangga buat halaqah tapi tak bulat la sebab dua orang je...

joe: kawan aku crita dia jumpa tok guru dia kat mekah waktu umrah, kiai ... (tayah sebut nama la). sedangkan tok guru dia memang dah meninggal dah. hah! camana tu?

aku: err aku ni tak le reti sangat bab gini. tapi camni la, stigma yang ada pada kita khususnya orang melayu menganggap apa aje yang dapat kat Mekah tu semuanya suci dan merupakan 'pemberian' Allah. sebab tu, baru ni aku baca blog ada orang ngutuk beberapa ahli politik yang sanggup bersumpah depan kaabah. sedangkan saidina umar kata (antara maksudnya), "kalau le bukan kerana aku melihat rasulullah s.a.w mencium kamu (hajarul aswad), ko hanyalah batu yang tak bernilai" hah! tu hajarul aswad, yang kita kalo pegi haji mesti ralat tak cium tu...

joe: ok yang tu aku setuju, sebab tu dulu pnah dengo crita orang nak bela toyol mesti amik kat mekah.

aku: nak kait dengan kawan ko yang jumpa roh tu guru tu, aku tanak kata dia salah ataupun tak, tapi bole aje syaitan menjelma atau menda lain wallahu a'lam. sebab, satu crita daripada ustaz aku dulu pnah bagitau ada sorang pesakitnya mendapat/dimasuki jin ketika dia sedang mengadap kaabah time mengerjakan haji. pegi aji sebagai orang biasa je macam kita ni haaa. kata la 40 hari, tapi bila balik je terus jadik hafiz dan sampai ble mengubat orang. lepas puas berubat dan dipulihkan, sudahnya jadi cam biasa la balik, takde hapal qurannya... cuma nak cakap, betapa syaitan yang masuk tu menyelinap dari tempat yang kita anggap sebagai 'pemberian' Allah ni tadi la, hafiz pulak tu, kan? so hati-hati le jangan terpedaya...

aku: cuma macam kesal gak le bila orang kita yang katanya belajar tasauf akan bercakap macam-macam yang pelik yang sudahnya bole ditafsirkan sebagai sesat!

pssst: errr t la kita sambung lain hari, panjang dah ni

29 zmn org suka mengomen:

Kakzakie Purvit berkata...

Hari ini memang banyak ilmuan agama. Akhir zaman juga akan ujud fahaman yg berbagai dan akhirnya tersesat. Sedangkan dlm diskusi dan tazkirah selepas solat maghrib (tempat kakak) kadang-kadang ada percanggahan dan akan dibincang lagi esoknya...

Kena berhati-hati....

Aku Anak Pahang berkata...

Salam, kita tak yah gi Mekah.. jauh tu... gi tmpt kawan sudah deme cerita ada yang berjumpa dgn Mat kilau dan bla..bla lagi mmg kaco... sebab kawan teringat satu ayat mengatakan setiap yang hidup pasti kana merasai mati. Pendek kalau kita dah mati terputus dah kita dgn alam dunia nie :(

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum,

Macam-macam cara Allah nak menguji kita tidak kira tempat dan masa.

sahromnasrudin berkata...

huhuhuh..takut sumpah2 nie..tak pasal sesumpah plak jadinya huhuhhhhh

sud@is berkata...

jgn dibuat main dengan sumpah...takutlah bala ALLah

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Jangan biarkan diri tersesat, kelak syaitanpun menarik diri.. "siapa suruh ikut aku" kata syaitan.

zulkbo berkata...

salam..
setakat ni koi dengar macam-macam kisah bila orang ke Mekah..kisah pak Cik Piewahid kita dulu benar2 menyentuh hati..

Miecyber berkata...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..


Penemuan Saintis Islam

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Setuju dengan entri ni.
Entah kenapa org kita ni selalu je taksub dengan Mekah sampai lebih had. Taksub dengan pak arab macam depa ni suci lagi bersih padahal...ramai jugak pak arab ni kristian. Kalau kita dok habaQ lagu tu...kita pulak kena tempelak.

Ada kala orang yang perasan warak ni sampaikan jatuhkan hukum yang ada masa tak masuk akal seperti "pakai jeans tu haram" huh! habis tu, kalau musim salji turun, nak pakai kain pelekat ka pulak? Tak paham betul la dema macam ni

noorlara berkata...

betul tu, cakap jgn sembarangan sebab bila disalah erti akan membawa padah terutama kepada mereka yg mudah menerima tanpa menapis dan memikirkannya terlebih dahulu.

Myra Jay berkata...

Dunia sekarang nie macam2 kan, takut sebenarnya, yg kdg buat kita jd keliru benar @ tak..

Miecyber berkata...

Tetapi memang banyak perkara unik berlaku semasa mengunjungi Baitullah atau berada di Tanah Haram Mekah.Saya juga mengalaminya..

Zaman Kegemilangan Islam

a.samad jaafar berkata...

cemomoi..
tiada apa yg perlu saya komen lg.. cukup terang, tak perlu saya suluh lagi..

cuma, saya kagum dgn n3 ini.. saya tak mapu menulis begini walaupun kekadang teringin juga.. tahniah geng

Nida n' Hanafi berkata...

As-salam..

Teringat kisah ustaz pernah bercerita dahulu, alkisah ada seorang hamba Allah yg berdoa depan kaabah agar diberi kekayaan kepadanya. Selesai sahaja berdoa, alangkah terperanjatnya hamba Allah itu kerana ada jin halus@toyol disebelahnya...

Tanpa Nama berkata...

kdg2 tkut bla dgr org berdakwah yg terlalu ikut perasaan.. Padahal Islam itu mudah. Cuma..jgn dipermudahkan.. ;D

nadbaptist berkata...

tetiba mcm tak reti nak komen..cam ne tu??

Ati Masrif berkata...

salam cemomoi,

orang sekarang ni dah tak takutkan
sumpah..

di buatkan mcm main msk2 jek

cik sakdi berkata...

bro, betul tu... skarang ni bahaya la.

Mutiara Bernilai berkata...

Salam cemomoi..

hu, zaman sekarang org buat main lak sumpah2 ni..

aish. bahaya lah. kan ada Allah Yang Maha Mendengar dan melihat sumpah-sumpah yg di lafaz ini. Janganlah di buat main..

Puan Nurussalwa berkata...

hmm.. anugerah ke musibah kan?
serahkan sahaja pada Allah..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ia sebagai cabang agama ke ,atau merasakan agama itu bercabang cabang

^ Uncle Syaf ^ berkata...

uncle paham ape yg cemomoi nk sampaikan...

ramai gak sekarang nih yg cerdik agame tapi songsang...bahaya jugak,

yg jenis sesat, bertambah tambah sesat...ntah lah,

mungkin ujian Allah untuk orang yg cerdik agama ni lagi kuat kot, so yg success je boleh survive dengan berimanyer

Miecyber berkata...

Tunggu sambungan...

Tips Kejayaan

Cik SHiNJU berkata...

Bersumpah boleh makan sumpah...
Menyumpah boleh makan penampor..
huhuh...


ade sorg cikgu yg p umrah baru2 ni,dia bwk duit p tawaf..katanya nak buat ibu duit...:@ astaga,ni kira mengumpat la kan? :P

Unknown berkata...

Budaya melayu masih banyak lg dipengaruhi ngan budaya hindu kottt tu yg jadi lagu tuu...
teringat kat buku Mastika ttg cerita seseorg yg pergi ke Mekah semata2 nk cari toyol...wallahualam.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum

salam ziarah di pagi jumaat :-)

munna berkata...

Assalamualikum... tak bila agaknya munna dpt jejak ke Tanah Suci

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Lihat sahaja keadaan iblis, dulunya ia sangat warak dan taat sehingga kedudukannya melebihi malaikat dan menjadi ketua mereka. Namun, setelah ingkar akan perintah Allah Taala untuk sujud kepada Adam a.s. maka ia dilaknat sehingga kiamat. So hati-hati kerana mereka akan goda kita sekali masuk dalam golongan mereka...nauzubillah

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

kakzakie: harap saya tak juga tersalah dalam menyampaikan hal berkaiatan agama

akuanakpahang: betui tu, ketnya deme ni kalo lebel arab je sema baik tu masalohnya...

LIPISLADY: moga Allah tak beratkan kita dengan ujian yang tak tertanggung

sahromnasrudin: sumpah jadik peti ais bole juga wakaf kat semejid

S..U..D..@..I..S: terlupa kat Allah tu yang lupa takut

kak werdah: ya Allah jangan Engkau balikkan hati kami sesudah Engkau berikan hidayah kepada kami, tetapkanlah hati kami di atas jalan-Mu ya Allah

zulkbo: betui, sangat memberi kesan pengalaman abang pie ter

diana: barangkali dah banyak sangat 'isi' yang dia dapat

Miecyber: meh kaji hikmahnya

anyss: dengar kata ulama, selidik kata umarak, jangan jadik haprak

noorlara: jangan pulak disebabkan belajar tasauf kita dapat 'isi' maka nak tunjuk kat orang yang cuma merasa 'kulit' je

Myra Jay: haru-biru hingga tak tau mana satu benar mana satu palsu

Miecyber: kongsikan le mudah-mudahan memberi manfaat kepada kami semua

a.samad jaafar: semoga Allah pimpin kita dalam menyampaikan hal agama... (takut juga tersalah, kang bawak ajaran sesat juga)

Nida: Allah bagi sesuai dengan hasrat kita cuma niat kita tu camana la gamaknya, tu yang dapat toyol kot?

arryani: 'assir wala tu'assir, mudah dan permudahkanlah!

anitaare: ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam - kalau diam itu lebih baik daripada berkata-kata maka cukup le kita sebagai pemerhatinya

Ati Masrif: ummmm cak! tutup mata lagi aummmcak! angkat tangan dan sesumpah le

cik sakdi: hendaklah kita jadik orang berilmu agar tak tertipu.. moga kita selamat daripada kesesatan

Mutiara Bernilai: kerana kita lupa untuk kembali kepada dua khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah

cik nurussalwa: seblom terlambat... moga Allah beri kita petunjuk-Nya

brutalsolo: terlalu banyak cabang sehingga lidah pon bercabang dan agama pon dibercabang-cabangkan

Uncle Syaf: semoga Allah pelihara iman kita di kala dunia yang terlalu bergelora

Miecyber: uih! sabar menanti n3, tima kasih

Cik SHiNJU: patut ke cekgu tu kena penampo? ada akai ke?

Yastro: sekira-kira yang patut makin jauh kita tinggalkan yang tak elok, kita makin baik... ni makin teruk yea...

sahromnasrudin: koi menjawab selepas jemaat... moga Jumaat yang berkah ini kita peroleh manfaatnya

munna: doa yang baik mudah-mudahan Allah kabulkan, pahala dah dapat dah tu pasal niat nak buat baik

Abd Razak: ya nauzubillah, kita asik berkata kat orang, berdoa untuk orang lalu terlupa memeriksa diri sendiri dan mecari kebaikan untuk diri sendiri...

rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak