Isnin, 28 Februari 2011

apa kabo nasruddin... dah lama tak dengo onarnya...

nasruddin ni kalu tuan-tuan pembaca blog nak tau, idop zaman timurlank, sorang pemerintah mongol yang kejam dan zalim. pnah dengo, kan, camana orang mongol membakar kota baghdad dan membuang semua buku karya agung umat islam dalam sungai tigris tu? jadik, zaman timurlank ni keadaan infrastruktur terbarai, hasil pertanian berkurangan dan pengangguran sangat teruk laaa. hasil mahsyul yang dikutip dari segala ceruk daerah sangat menjengkelkan timurlank. dek murka, timurlank panggil para pemungut hasil ni tadi. dengan penuh ketakutan dorang datang sambil bawak buku-buku laporan kutipan hasil. timurlank hangin satu badan lalu koyakkan semua buku tu dan memerintahkan pengutip hasil tu makan buku tu. kelattttt... tak cukup dengan tu, mereka kendiannya dipecat dan diusir keluar.

dah takde orang kepercayaannya melainkan nasruddin. argh! sudah la daaaah... timurlank perintahkan nasrudin dok gantikan para pemungut hasil dengan harapan lepas ni mesti dapat berlipat ganda. mampuih la keja dengan bos giniiii... nasruddin try cuba test mengelak, kantoi gak! lebih kantoi lagi bila hasil yang dipungut pon sama gak, ciput! nasrudin pun dipanggil mengadap.

ketar le weh! nasruddin terpaksa datang menghadap timurlank. tapi dia tak bawak buku. dia bawak roti bakar.

"hei! ngko ndak suap aku dengan roti celaka tu ke, nasruddin?" cengei sungguh timurlank.

"tuanku! adapon laporan pungutan hasil tu dah saya catat pada roti ini," cool je nasruddin jawab.

"ohoooo... ko pura-pura gila lagi yea?" makin la hangin timurlank...

tapi jawab nasruddin dengan penuh takzim, "ayuhai tuanku, usia patik sudah cukup lanjut. patik dah tak kuat nak makan kertas-kertas laporan itu. jadik, semuanya patik pindahkan le pada roti hangat ini."

psst: jangan buat lawak bodo ni kat bos jika anda bukan ahli sufi seperti nasruddin ni

Related Posts:

  • waspada sapa dalam ati kita “Wahai anak muda! Waspadalah jika Allah melihat di dalam hatimu ada selain Diri-Nya. Waspadalah bahawa Allah melihat di dalam hatimu ada rasa takut kepada selain Diri-Nya, ada harapan kepada selain-Nya, dan ada kecintaan ke… Read More
  • ingat Allah, Allah ingat Apabila seseorang dekat kepada Allah, maka malaikat-malaikat-Nya akan diberi tugas mengawasinya setiap saat. Jika dia tidur, mereka akan duduk di arah kepalanya dan di arah kakinya; mereka menjaganya baik di depannya mahup… Read More
  • waspada ati kita cintai apa? Wahai anak muda! Ingatlah bahawa segala sesuatu yang kau lihat berupa wajah-wajah yang digilap dan kau cintai adalah cinta yang palsu, yang menyebabkanmu dikenakan hukuman. Sebab, cinta yang benar dan tidak akan mengalami p… Read More
  • belajo tasauf dengan isi dan kulit.. jangan berbangga dengan isi je Imam Ahmad bin Muhammad al-Jariri — (semoga Allah merahmatinya) — berkata, “Barangsiapa belum menguasai ilmu tauhid berserta argumen-argumennya, maka telapak kaki yang tertipu pasti akan tergelincir ke dalam kerosakan … Read More
  • ati sunyi? SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI qaddasallahu sirrahu mengatakan: "Wahai kalian yang kalbunya mati, kalian harus senantiasa mengingati Tuhan kalian, membaca Kitab-Nya, mengikuti Sunnah Rasul-Nya, dan menghadiri majlis-majlis … Read More

9 zmn org suka mengomen:

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau tuan hendak tahu apa yg tercatat tunggulah esok bila tuan keluarkan semua hasil perkumuhan roti yg telah tuan makan itu. Tuan bertanya kembali. Boleh ke?*&@~+/-...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Setiap bekas pasti mengeluarkan yang terisi di dalamnya..

Relevan berkata...

Panyamun Kota Baghdad ke Nasarudin ni..haha!

Cik SHiNJU berkata...

Ahaha...bijak tol Nasrudin nih..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum

Bila dah berkuasa tu dah tak ingat apa lagi lah tu.. semua boleh buat, ya tak?

noorlara berkata...

hahahahha sibijakpandai yg disangka gila!

munna berkata...

bijak2 nasaruddin ni...tak mboh lah dpt bos cenggitu...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..

yg pasti nasruddin itu bukanlah sahromnasrudin kan heheheheheee

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

nak pesan dulu seblom reply komen ni;

tuan-tuan sidang blogger sekalian, nasruddin hoja seorang ahli sufi sebenarnya... tapi dek barangkali sifat nakalnya sejak kecil dan masin mulut cekgunya yang berkata, "engkau bakal menjadi seorang yang bijaksana kelak, namun sebijak mana pon kamu, orang tetap akan ketawakan engkau..." jadi le nasruddin ini lebih terkenal sebagai pak lawak. sesapa yang nak baca lawak mamainya sila le gugel dengan nama itu. tuan-tuan akan temui macam-macam cerita karut yang membuat sakit perut dan tak masuk akal bila dilakukan kekadang pada orang yang sangat zalim. sebab tu le saya tidak mencadangkan anda semua buat lawak bodo gitu dengan bos tuan-tuan sekalian

rasanya cukup le dua siri ni untuk nasruddin sebab dah bagi tau camana nak cari crita dia, kan?

Kakzakie: hilang akal...

Abd Razak: cari le bekas yang mengandungi isi yang bermanfaat

relevan: dak aihhh!

Cik SHiNJU: minum susu ibuuu

kak Werdah: manusia dari asal kata 'nisian' lupo akan asal-usulnya... tu yang asik nak tunjuk kuasa je tu

kak noorlara: jangan bergurau dengan orang gila.. kang kita dikatanya gila

munna: ingat juga le jangan eeesok kita jadik bos pon gitu juga

sahromnasrudin: kompom bukan tapi eelok le doa agar kebijaksanaan tu dapat juga kat kita

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,960

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak