Jumaat, 24 Disember 2010

1:1- 31
31 Maka Tuhan melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, dan itulah hari keenam.

2:1-7
1 Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. 2 Ketika Tuhan pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang dibuat-Nya itu. 3 Lalu Tuhan memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.

4 Demikianlah riwayat langit dan bumi pada waktu diciptakan.


tu petikan crita dari bible Kitab KEJADIAN tentang pencritaan langit dan bumi...

...

sambil termenung memikirkan crita tok khatib dalam kuliahnya ari ni seblom khutbah bermula : "ada sorang hamba Allah tu, dia dikurniakan dengan 7 orang anak lelaki. dok harap anaknya nanti jadik anak soleh maka dia pon isikan nama saleh dipangkalnya..."

aku pon dok kira: saleh wahid, saleh thani, saleh thalith, saleh arba', saleh khamis, saleh sittah dan saleh sab'ath.. he he... aku ada lima orang je, napa aku tak buat cam tu dulu yea?

melelong pulak fikiran aku kepada 'wahid @ ahad'. ahad (bahasa arab) ialah nombor satu dalam bahasa kita. maknanya, hari pertama dalam seminggu ialah hari ahad. so ahad bukan sepatutnya jadik hujung minggu kot. ati bertanya lagi; bagaimana pula dengan jumaat? tak disebut sittah sebaliknya jumaat yang bermaksud berhimpun le kot sebab berasal dari kalimah 'jama'a). jumaat menjadi penghulu hari dalam mingguan islam. banyak le kelebihan hari jumaat ni, selain mandi pon jadik pahala, di syurga pon jumaat akan menjadi hari perhimpunan penduduknya mengadap Allah.

teringat kat satu ayat:

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas `Arsy ..." (maksud surah Al-A'raf: 54)

walopon ada ulama yang mentafsirkan 'enam hari' pada kalimah 'ayyam' (bermaksud beberapa hari) dalam surah tu, kebanyakannya mentafsirkan sebagai 'enam masa/periode'. kalu diambil tafsiran sebagai 'hari', ia ada persamaan dengan apa yang ditulis dalam bible. so alam jadi sempurna pada hari jumaat? heh! korang penen ke dengan apa yang aku tulih ni... kalu macam tu, moh tanya kat ustat la.

psst: bible kata, hari ketujuh dikuduskan, maknanya hari sabtu (sab'ah (arab)/sabbath (yahudi)). tapi kristian memilih ahad untuk hari brehat, sesuatu yang tidak disuruh oleh bible sendiri!

19 zmn org suka mengomen:

Aku Anak Pahang berkata...

Moralnya kawan amat berminat kalau kita dpt bercuti pada hari Jumaat lebih sempurna dan indah ditambah tidak berkejaran nak buat solat Jumaat.

Nizam Awang Brahim berkata...

Bile gamoknye Malaysia nok jadikan Jemaat ter hari cuti hujung minggu.

Melatidaisy berkata...

stakat ni cuma kelantan terengganu n kedah je cuti jumaat. negeri lain bile lagi?

Relevan berkata...

Alhamdullilah..dapat lagi nengok hari esok..! maksudnya hari ini lah tu..

Werdah berkata...

Salam Cemomoi.

Kak sokong akuanakpahang.. jom cuti hari Jumaat

Asmi Asmidar berkata...

setiap yg berlaku ada sebabnya.:)

Abd Razak berkata...

Ya, saya setuju dengan akuanakpahang, sepatutnya hari jumaat kita bercuti bukan hari ahad. Di negara kita ikut sapa bercuti hari ahad erk?

Tanpa Nama berkata...

tak faham yg 6 masa tu~

saharul berkata...

salam...payoh dah nak ubah kalo dah tradisi sebegitu...

Ati Masrif berkata...

jumaat mandi pun dpt pahala ke
kita tak tahu tu

Rafi Harumin berkata...

Salam.

Semua berfikir tentang cuti hari Jumaat. Saya pun sama. Setiap kali mengambil cuti pada hari Jumaat, saya rasa agak tenang dan senang untuk banyak perkara, boleh jadi kerana hari yang punya banyak berkah dan peristiwa menarik di sebaliknya.

Unknown berkata...

jumaat dan ahad mne 1 hari pertama? hmm...

ckLah @xiiinam berkata...

Sadisnya...ramai juga yang terlupa hari...



Tengahari Jumaaat, pergi ke Pasar Raya nak beli barang dapur...ingatkan lapanglah sikit orang kan. Rupanya...ramai juga Lelaki Melayu Terakhir yang tak segan silu turut serta membeli belah di tengahari rembang Jumaat...

Kakzakie Purvit berkata...

dulu di Johor cuti hari jumaat tapi kakak pun tak ingat bila dan kenapa tikdar jadi hari ahad.

Kakzakie Purvit berkata...

satu lagi cemomoi kakak dulu berangan nak anak lelaki semua pangkal nak bubuh MUHAMMAD tapi tak dikurniakan pulak. Tunggu anak-anak besar cari menantu ada nama Muhammad. He...he...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..setuju..sepatutnya hari jumaatlah kita bercuti supaya tak terkejar2 untuk solat jumaat...

Cempaka R.Minta berkata...

hii salam
kita tiru sapa cuti ahad

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

akuanakpahang: tul tu, setahun lebih koi dok klate, rasa tenang je hari jumaat. lepas jemaat senang nak atur program

jejakadesa: takan nak tunggu tuko kerajaan kot... sebab hok ni tanggungjawab umat islam

melatidaisy: jangan yang ada ni nak ubah sudah le

relevan: celik mata idop lagi.. satu nikmat yang tak terhingga

kak werdah: kena buat memorandum pilihanraya gini ni

mida: tak tentu begitu sebab sesuatu takan berlaku dengan sia-sia

abd razak: warisan penjajah yang dikekalkan untuk kita jadik pak turutnya

macy: kena tanya ustat tu... barangkali dunia dicipta secara berperingkat dan disebut dalam 6 masa. sebab tu ada ulama menyebut '6 masa' itu sebagai '6 hari' jadiknya alam ini diciptakan dalam tempoh 6 hari. dalam ayat lain Allah hanya menyebut 'kun' maka terciptalah apa yang Allah kehendaki... walllahu a'lam

cekgujang: bule kot... nok dengan tanok je

ati: heee saya ingat-ingat lupa plak hal tu so terpaksa la menggugel jap

( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

kita memang dah mandi setiap hari, kan? so apa la salahnya kita niatkan mandi sunat pada hari jumaat, insyaallah dapat pahala. sama cam mandi hadas. ada orang kata tak salah setiap kali kita mandi dan berniat mandi hadas walopon tak berhadas... sokmo dalam suci. walllahu a'lam

ashrafi: bila dah Allah jadikan hari tersebut sebagai penghulu segala hari, mesti banyak kelebihannya tu

nick irfan: tak kesah la yang penting yang mana paling utama. ada orang kata dapat no. 1 paling baik. tapi dalam sistem pemarkahan plak 1 tu tercorot berbanding 100%

ckLah: tul tu. dunia orang islam makin teruk. kecik-kecik dulu koi slalu terserempak dengan orang tua berjudi dalam ladang sawit. la i berjudi terang-terangan. tak semayang jumaat tu memalukan pada satu masa dulu, la ni macam muka sadin bersepah kat kompleks beli-belah. ada pulak yang kata apa nak malu kat manusia!

kak zakie: napa la orang johor buat cenggitu. orang johor ni bule tahan dari sudut agamanya. johor le negeri yang kluokan silibus sekolah agama rakyat yang kendian diambuil oleh negeri pahang. dorang pon kuat berzanji dan sebagainya...

malangnya, saya yang ada ramai anak lelaki ni pon tak isi pulak pangkal nama muhammad... apa pon harap mereka menjadi orang yang saleh dan memberi manfaat mana agama, bangsa dan negara kelak

shahrom: tul tu. lagi pon rugi rehat lama sangat. petang mood pon dah down

cempaka: kita tak tiru sesapa tapi kita warisi dari penjajah inggeris

terokai seni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak