Isnin, 27 Disember 2010

alhamdulillah... dah sihat!

dalam setahun biasanya Allah akan bagi aku sekali demam yang teruk. selsema, batuk dan demam kecil lain besanya masih bole lagi nak g keja. tapi yang ni all out. nak abihkan bajet hujung tahun le ni. bergulung sehari suntuk dalam gebo, tido macam baby 18 jam sehari, tapi masih ada masa nak tengok ikan...

bila penyakit cam tu datang akan disertai pulak dengan penyakit lain: tanak makan ubat. bukan tak suka makan ubat tapi tak mau bergantung dengan ubat. lepas tu telinga akan diasak dengan bebelan...

mengikut sebuah kitab perubatan kesufian: demam, batuk, selsema, cirit-birit dan sebagainya ialah satu anugerah Allah untuk membersihkan toksid dalam badan kita secara natural. kotoran dalam badan akan dibuang secara semula jadi. ubat yang dicipta oleh orang eropah menggunakan bahan kimia bersifat memberhentikan atau menyekat pembuangan toksid tu. contohnya, bila kita selsema, hingus akan meleleh untuk membuang toksid yang tak diperlukan. bila kita makan je ubat, ia dah mencairkan kahak dan selsema lalu terus terserap dalam badan kita. maknanya toksid tu tak dapat dibuang lagi dan dan akan berkumpul.

(brother ni sikit pon tak kesah dengan makan dan ubat moden)

jadik, aku pon tak brapa nak makan ubat. buat senaman ringan walopon sakit-sakit badan supaya badan berpeluh. insyaallah badan akan cepat sembuh, sebab badan kita ni dah dijadikan imun oleh Allah. cuma kita masih memerlukan bahan lain seperti herba untuk mempercepatkan ia sembuh dengan izin Allah.

"Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." (Hadis riwayat Muslim).

15 zmn org suka mengomen:

Nurul Aziz berkata...

semoga cepat sembuh hendak nye..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam sahabat doa saya semoga anda cepat sembuh adat sihat pasangannya sakit ada hidup pasangnya mati semoga kita tabah dgn segala ujian drp yang maha esa.

Asmi Asmidar berkata...

. .semoga cepat sembuh. .
setiap penyakit itu memang ada ubatnya . .
dan ubat itu hanyalah ikhtiar shj tapi yg memulihkan kta adlh ALLAH , dengan izin DIA kita sihat semula. .;)

deena farhana berkata...

syafakallah..moga cpt sembuh :)

p/s:dlm botol tu ape? mcm ular je??

sahromnasrudin berkata...

as salam cemomoi..sy ingin mencadangkan agar cenmomoi buat entri mengenai bekam..dalam perubatan Islam, teknik bekam ini sgt digalakkan kan..ramai yg tak tahu...
p/s: semoga permintaan sy tercapai..TQ

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga cepat sembuh...

Ati Masrif berkata...

betul juga kan ..

pasal tu org dulu2
sihat2 belaka

semoga cepat sihat..leh gi kerja ^_^

Werdah berkata...

Salam cemomoi

Masa mak masih ada, jika kami demam, batuk atau selsema, mak akan kejutkan kami pukul 5 pagi, letak bawah cucuran air paip sehingga keluar panasnya.. buat selama beberapa hari.. jarang g klinik..

Apa-apapun sekarang ni musim org demam n batuk kut.. semoga segera sembuh...

Kakzakie Purvit berkata...

Salam cemomoi,

Ala kakak tahu memang takut makan ubat. Org dulu tak makan ubat tapi kerja dia macam mana? Macam org dlm gambar yg cemomoi tunjuk tu. Dia kerja tak ada airconditioner.

Ikut kata org yg cemomoi kata membebel tu. Sebab sayanglah dia kata makan ubat. Atau sakit olok2 sebab masih boleh tengok ikan lagi. He....he...

Moga dah sembuh kini. Amin....

Tanpa Nama berkata...

oh ye tak ye jugak ye. yg macy tau ubat bunuh sel je. hehe

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

nurul aziz: alhamdulillah dah sihat... jangan ada gelombang kedua dah le

akuanakpahang: aminnnn... moga makbul doa tu. tima kasih!

mida: yea tul tu... ikhtiar jumpa doktor tu yang malas tu

deena: alhamdulillah dah ok daah ni

dalam botol tu katanya ramuan ubat kuat untuk orang lelaki. orang cina je minum tu. ada 2 ekor ular, kuda laut dan semacam cicak tokek kot

sahrom: tima kasih atas saranan. tapi rasanya tak dapat nak dipenuhi kerana saya bukan pakar perubatan. yang saya tulih tu pon kekadang diambil dari buku bacaan saya selain browse je. seumur idop, baru skali saya berbekam, kang takut tersalah fakta pulak

abd razak: tima kasih atas doa tu ustaz

ati masrif: barangkali ada le kebenarannnya... apa pon penyakit sekarang banyak kompleks dan perlukan ubat khusus. cuma kesan sampingan tu yang tak bagus tu

kak werdah: perubatan orang melayu dulu-dulu ada yang sesuai tapi kerana takde kajian saintifik, slalu dianggap kolot dan mengarut

kakzakie: heee, macam tau je ni... cuma saya lebih suka bergantung pada semangat daripada ubat. kalu kuat semangat, hantu pon takutttt

macy: tul tu... cam hadis tu kata, kalu ubat sesuai insyaallah akan sembuh dengan izin Allah. 'rasi' kata orang melayu. kalu tak rasi berpuluh orang doktor, berpeluh pulak si bomoh, sakit tak juga kebah

nur berkata...

dah sembuh ye.. syukurlah

jemput ke ALL IN ONE

terokai seni berkata...

nur: tima kasih

sokmo gak ke sana sebab aktif ngat kluo n3 sampai tak terkejo yeop

Zezebel berkata...

Demam + Batuk + Selesma = Sakit akhir tahun?

terokai seni berkata...

zezebel: hee bukan sakit akhir tahun... cuma nak abihkan stok toksid dalam badan di penghujung tahun...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak