Isnin, 20 Disember 2010

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin (jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sebar luaskan nasihat ini. Moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini. Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan sampai sebegini rupa tetapi apa yang pasti email di bawah adalah sebuah kisah benar yang saya petik dari email saya. Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
1) Aurat wanita : Apa sudah jadi
2) Kerjaya wanita, Aurat & Suami Nusyuz
3) Bertudung Tapi Hina Agama & Hukum : Dosa Ganda
4) Seluar Londeh Wanita & Seksi : Hak Kebebasan Peribadi ?

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

psst: kluo rumah je segala dosa dan pahala dah bercampur-baur. camana la nak kita sisihkan dosa kering ni kalu amalan kering (sunat) pon kita tak buat

27 zmn org suka mengomen:

Puan Nurussalwa berkata...

salam..

ade yg tahu tapi buat2 taktahu..

Mohamad berkata...

semakin hari semakin menjadi-jadi keadaan begini. Alasan mengikut fesyen. lebih-lebih lagi yang jahil ilmu agamanya. Seluar cawat singkat memang jadi pilihan...

Belum pasti pendidikan seks disekolah boleh mencapai matlamatnya jika tidak disertai dengan ajaran agama..

Nizam Awang Brahim berkata...

Alasan nok buat mende tak molek ni kadang deme boleh buat satu buku.Punye la nok menang ke diri.Hukum hakam buat pemain je.

Aku Anak Pahang berkata...

Salam .. dunia kita semakin haru kerana org dah berubah segala laku :(

za berkata...

thanx. perkongsian

Abu Aiman berkata...

Duduk di rumah, TV pulak 'menggoda'. Walaupun kita tengok rancangan yg elok, iklannya kdg2 ntahapahapa.

Kakzakie Purvit berkata...

salam cemomoi,

sesungguhnya setiap kita ini ada tanggung-jawab yg telah Allah berikan. kita juga akan ditanya diakhrinya nanti adakah kita telah melunaskan tanggung-jawab itu?

kepimpinan agama tunggak dalam segala hal. bila iman kosong natijahnya inilah jadinya....

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

Inilah fitnah akhir zaman.. perkara yang buruk tampaknya baik begitu juga sebaliknya..

hentakbelipat berkata...

moga-moga ada yang berjalan ke arah yang betul

Unknown berkata...

setuju sangat! dosa kering-kering je dapat, klau amal sunat tak buat :(

oya berkata...

harus beringat

Ayuraza berkata...

salam..blogwalking...
saya anak pahang..hehe
time kasih info..sangat melekat dikepala..:)

si para para berkata...

budak budak zaman sekarang....kalau di tegurnya.kita pulak yg kena marah...

last2 benci dlm hati je..

I'm Seri berkata...

Terima kasih. Suka entri perkongsian ini.

ckLah @xiiinam berkata...

ckLah skodeng sambil tutup mata sebelah...


:D

azieazah berkata...

Cabaran masa kini, sangatlah dahsyat...

Tanpa Nama berkata...

thx cemomoi. macy baca part 2 dlu bru part 1. huhu

Anaasuria berkata...

salam tuan cemomoi,
setuju sangat dengan "camana la nak kita sisihkan dosa kering ni kalu amalan kering (sunat) pon kita tak buat" ... kalo buat pun tak istiqamah, mula hangat, pastu suam, pastu sejuk beku.. takpe, mujahadah lagik.. :)

sahromnasrudin berkata...

fesyen ohh..fesyen..inilah penangannya huhuhuhhh

Ati Masrif berkata...

manusia zaman sekarang ni

semoga kita juga tidak terleka ...

zulkbo berkata...

salam..
fitnah Dajjal pasti
tiba satu masa nanti
bersedialah kita...

ckLah @xiiinam berkata...

Tanpa sedar...nada dan isi percakapan pun kekadang boleh dikategori menghampiri zina. Na'uzubillah...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

segan & malu pun ada bila kawan cina tegur kawan melayu di ofis .



berkahwin tp macam tak rasa apa bila sentuh yg bukan muhrim bangsa lain. kesian suami dia.

oya berkata...

yg mana haru perbetulkan haruslah berubah kan...manusia x sempurna juga

al-lavendari berkata...

cabaran datang bertalu-talu dari segenap penjuru .. tiada siapa yang kebal .. semoga saya dan ahli keluarga tidak hanyut.

terima kasih atas entri yang ingat mengingatkan ini.

~fisha~ berkata...

takutnye,...:( insyaallah nak sebar2 kan, & mudah2 sy pun blh berubh makin baik.

terokai seni berkata...

ya Allah, peliharalah kami ketika kami terlalu lemah berhadapan dengan penyakit wahan... peliharalah diri kami, anak isteri kami dan seluruh keluarga jiran tetangga kami dari terjerumus ke lembah noda dan dosa

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak